Saturday, February 13, 2010

Tahun Baru Cina (2/2)


Wiki: Tahun Baru Cina

6. 2. Pasar Tahun Baru



Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

6. 3. Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]

6. 3. 1. Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.
  • Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.
  • Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.
  • Singapura: Pengharaman separa dikanakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972.[15] Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.
  • Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.
  • Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.
  • Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown.[17]

6. 4. Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

6. 5. Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

6. 6. Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.[19]

6. 7. Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Hiasan Bunga Maksud
Bunga plum melambangkan tuah
Kumkuat melambangkan kemakmuran
Narcissus melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa melambangkan panjang umur
Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

6. 8. Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi
Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú).[9]
Jongkong Yuanbao Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.
Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.
Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.
Tarian singa Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.
Cai Shen Cai Shen (Cina Tradisional: 財神, Cina Ringkas: 财神) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

6. 9. Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

6. 10. Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

7. Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話, Cina Ringkas: 吉祥话, pinyin: jíxiáng hùa).

7. 1. Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年快乐; pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过年好) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

7. 2. Gong xi fa cai


Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong
"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakat Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

7. 3. Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲歲平安, Cina Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘 (Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.[2][9]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包拿來, Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

8. Pantang-larang sewaktu perayaan

8. 1. Tuah baik

  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

8. 2. Nasib Malang ("Tuah buruk")

  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

9. Rujukan

9. 1. Nota

  1. "Nian". About.com. http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa010900a.htm. Dipetik 2008-01-21.
  2. ↑ "春节 CHUNJIE, Spring Festival (The Chinese New Year) (1st of the 1st month)". huayinet.org. http://www.huayinet.org/culture/culture_chunjie.htm. Dipetik 2008-01-21.
  3. ↑ "Chinese New Year's Eve Dinner aka Reunion Dinner". Everything2. 2004-01-20. http://everything2.com/index.pl?node_id=1514200. Dipetik 2008-01-21.
  4. "Chinese New Year Customs Around the World". Quick Brown Fox. 2006-03. http://www.pscscholarships.gov.sg/pscscholarshipscms/ezinehtml/2006-03/6etc.html. Dipetik 2008-01-21.
  5. ↑ "Celebrating Chinese Lunar New Year in a Cantonese's Way". http://www.newsgd.com/specials/springfestival07. Dipetik 2008-01-21.
  6. "Chinese New Year". Kiwi Families for Passionate Parents. http://www.kiwifamilies.co.nz/Topics/Festivals/Chinese+New+Year.html. Dipetik 2008-01-21.
  7. ↑ "Yan Yat: Everybody’s Birthday". Christine O'Keeffe's New Year Legends. http://www.tartanplace.com/newyear/newyrlegend/birthday.html. Dipetik 2008-01-21.
  8. ↑ "Lo Hei". Mana Makan - The Feast Crusade. 2006-01-28. http://thefeastcrusade.blogspot.com/2006/01/lo-hei.html. Dipetik 2008-01-21.
  9. ↑ "Yu San (Chinese New Year Fish Salad)". DimSum. 2001-01-01. http://www.dimsum.co.uk/community/yu-san-chinese-new-year-fish-salad.html. Dipetik 2008-01-21.
  10. "Chinese New Year". HK Information. http://www.hk-info.net/newsshow.php?pid=942. Dipetik 2008-01-21.
  11. Firecrackers Singapore
  12. Yardley, J.. "Bang is back for Beijing's New Year", International Herald Tribune, 2006-01-27.
  13. Book soul 1970
  14. Chingay Past
  15. Akbur M., Peer (2002). Policing Singapore in the 19th and 20th centuries, 100, Angkatan Polis Singapura. ISBN 981-04-7024-X.
  16. "Singkawang dan Pinyuh Sepi Petasan, YBS Setuju Imlek Tanpa Petasan", Equator Online, Kalbar, 2003-01-30. Dipetik 2008-01-21.
  17. "Can you pig it? New York goes hog-wild for Chinese New Year", New York Post, 2007-02-17.
  18. "HAPPY NEW YEAR part 3, News Archive - Feb 2003". 2003-02-03. http://emperor.heavengames.com/archives/arc1-2003.shtml. Dipetik 2008-01-21
  19. "fu dao". Everything2. 2002-12-23. http://everything2.com/index.pl?node_id=1405424. Dipetik 2008-01-21.
  20. "The origins and meaning of Gong Xi Fa Cai", Daily Express, 2007-02-17. Dipetik 2008-01-21.

9. 2. Umum

10. Pautan luar

The article "Tahun Baru Cina" is part of the Wikipedia encyclopedia. It is licensed under the terms of the Creative Commons Attribution/Share-Alike License.
2010-01-04 09:05:16

    No comments:

    Post a Comment