Beliau adalah antara ahli panel yang membentangkan kertas kerja di Hari Pejuang Bahasa ‘152’ yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam. Ahli panel lain termasuk Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Prof Datuk Dr Zainal Kling dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Malah, hari istimewa bagi Bahasa Melayu yang julung kali diadakan itu menjadi medan melemparkan kritikan pedas bukan saja kepada pemimpin Melayu, malah orang Melayu yang menganggap bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kolot yang menyekat pembangunan bangsa.
Sebagai orang paling lantang menyuarakan pandangannya, Hassan menggunakan istilah bebal terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri.
“Bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk memartabat, memperkasa atau memperjuangkannya ketika ini kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996.
“Masalah timbul bukan kerana bahasa Melayu tidak layak menjadi alat kemajuan, tetapi kerana dasar itu tidak dilaksanakan dengan tegas, benar dan jujur dan sering kali diselewengkan,” katanya.
|
“Langkah kerajaan memansuhkannya tidak lama lagi perlu dipuji, tetapi kesan yang terpaksa ditanggung amat besar,” katanya.
“Ia bukan saja membabitkan usaha menyusun semula kurikulum mata pelajaran itu, tetapi nasib murid yang terbabit secara langsung di bawah program itu,” katanya. Dr Zainal dari Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mempersoalkan mengenai peruntukan besar disediakan untuk memajukan Bahasa Inggeris di negara ini sedangkan Bahasa Melayu dipinggirkan.
“Saya difahamkan sebanyak RM5 bilion diperuntukkan. Jadi kita mahu Bahasa Melayu menerima jumlah sama,” kata beliau.
Sementara itu, Dr Mohd Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencadangkan sekolah satu aliran dilaksanakan segera jika mahu masyarakat berbilang kaum di negara ini mencintai bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment