Showing posts with label Disiplin. Show all posts
Showing posts with label Disiplin. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

Sembunyi Dalam Tandas


Pagi2 buta lagi dah ada kes. Seorang pelajar bersembunyi dalam tandas sedangkan yang lain2nya di tapak perhimpunan mendengar leteran dan nasihat. Apa dia buat?


Thursday, January 14, 2010

Saturday, January 9, 2010

Masalah Ponteng Kelas Lagi

Hari nie 9 pelajar tingkatan 5 Dinamik telah di cekup kerana ponteng kelas.
Jika diteliti raut wajah pelajar, mereka ini adalah orang-orang yang sama selalu ponteng kelas...
Apa ke jadahnya mereka datang ke sekolah ( Wan Kamarudin-TV9) jika datang hanya untuk merayau...Siap mahu pilih cikgu yang mengajar lagi. Apa hak mereka untuk memilih guru, jika mahu pilih guru yang mengajar silalah pergi belajar ke sekolah swasta...Semua guru di sini telah bertungkus-lumus dalam mendidik pelajar supaya menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa..Terpulanglah pada murid-murid untuk mengambil peluang ini kerana hanya permata yang mengenal manikam...

Tuesday, January 5, 2010

Dicekup Dalam Stor



Mujahid dan rakannya ditangkap kerana bersembunyi dalam stor pekerja kerana disyaki merokok. Operasi yang dijalankan oleh Ostad Am ini berjaya

Saturday, January 2, 2010

Disiplin


Seperti biasa di awal persekolahan ramai pelajar yang sengaja melanggar peraturan sekolah.Guru-guru disiplin dan pengawas sekolah sibuk membuat pemeriksaan ke atas semua pelajar lelaki dan perempuan sebelum mereka bersurai ke kelas masing-masing.

Pengumuman kepada semua pelajar baru tingkatan 4 supaya berada di kafeteria untuk agihan kelas dan aduan berbangkit.

Telah ramai pelajar ditahan kerana beberapa kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan di hari pertama ini. Hampir 30 orang!

Antara kesalahan-kesalahan mereka ialah berambut panjang, gaya rambut yang tidak senonoh, rambut berekor, rambut 'trojan', rambut diwarnakan, 'side burn' ditarah panjang atau kecil. Selain itu juga ada pelajar yang memakai kasut perempuan dan berstokin pendek, ada juga yang berstokin belang-belang. Apa yang ketara ialah kurangnya pelajar yang memakai celana ketat.
Encik Ahmad dan Tuan Haji Mat Saad menggunting rambut pelajar-pelajar yang ditahan tadi. Ustaz Amran dan Encik Riduwan Nor mengawasi pelajar-pelajar lain yang ditahan itu.