Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Remaja maut dihempap jentolak

IBU mangsa, Esam Eddie (tengah) ditemani saudara-mara berada di sisi mayat Mohamad Aiman yang dihempap jentolak di Kampung Sungai Jernih, Alor Gajah semalam.



Remaja maut dihempap jentolak
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

ALOR GAJAH – Sifat aktif seorang remaja, Mohamad Aiman Mohd. Darus, 14, untuk mencuba sesuatu yang luar biasa dengan menaiki sebuah jentolak membawa padah apabila dia menemui ajal akibat dihempap kenderaan itu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi di kawasan sawah Kampung Sungai Jernih, Lubok Cina di sini itu, jentolak seberat kira-kira lapan tan yang dinaiki Mohamad Aiman ketika sedang beroperasi itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap dirinya.

Sebelum kejadian ngeri itu, Mohamad Aiman yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Cina bersama dua lagi rakannya bermain di kawasan sawah berdekatan jentolak tersebut.

Ketika itu, pemandu jentolak berkenaan dikatakan tidak berada di atas kenderaan terbabit tetapi enjinnya hidup kerana pemandu terbabit dikatakan berhenti seketika selepas kerja-kerja penanaman semula padi di kawasan itu.

Jurucakap polis memberitahu, pada ketika itulah Mohamad Aiman bersama seorang lagi rakannya, Mohd. Izwan Mustafa, 10, tiba-tiba bertindak menaiki jentolak terbabit dan duduk di tempat pemandu.

“Selepas mereka naik, jentolak itu tiba-tiba tidak stabil lalu menyebabkan ia terbalik menghempap kedua-duanya manakala seorang lagi terselamat,” kata jurucakap polis itu semalam.


Laporan Metro pula

Mati serta-merta


MASJID TANAH: Keakraban dua sahabat yang bermain di atas sebuah jentolak yang bergerak berakhir dengan tragedi apabila seorang maut dihempap kenderaan berat itu yang terbalik di Kampung Sungai Jernih, Lubok Cina, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Muhammad Aiman Mohd Derus, 14, mati di tempat kejadian manakala rakannya, Izwan Mustafa, 10, cedera parah di kaki selepas dihempap jentolak itu yang membuat kerja-kerja tambakan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika jentolak dipandu seorang lelaki berusia 40-an berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap kedua-dua mangsa sewaktu menyusur tebing di kawasan sawah terbiar di kampung itu.

Saksi, Junirapi Jemain, 38, yang juga pemilik jentolak, berkata dia ada di lokasi berhampiran dan ternampak dua kanak-kanak bermain di sekitar kawasan kejadian ketika kenderaan berat itu membuat kerja mengisi tanah di dalam karung untuk menambak tanah.

“Pemandu jentolak itu menekan kayu di atas pembetung. Apabila siap, ia (jentolak) mahu berundur untuk menolak tanah. Yang saya dengar, dia (pemandu) menghalau kedua-dua kanak-kanak itu turun (dari jentolak).

“Dia (pemandu) juga beritahu mahu membawa karung guni mengandungi tanah untuk menahan air sementara saya mengambil karung guni. Tiba-tiba saya lihat jentolak itu terbalik ke kiri dan menghempap budak-budak itu,” katanya.

Junirapi berkata, dia sempat melihat seorang remaja cuba bangun selepas dihempap jentolak manakala seorang lagi rakannya tidak bergerak lalu terus memaklumkan kejadian kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ.

“Apabila datang balik ke tempat kejadian, baru saya perasan kaki budak yang bangun tadi sudah putus manakala rakannya sudah tidak bernyawa kerana kepalanya terhimpit pada palang bumbung jentolak.

“Saya dan pemandu jentolak cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit dengan mengalihkan jentolak, tetapi gagal kerana keadaan mangsa ketika itu di tengah-tengah palang bumbung hingga menyukarkan usaha kami disebabkan tiada kekuatan.

“Berikutan itu, saya terus memaklumkan JKKK, Sidang dan penduduk kampung berhubung kejadian, dan pemandu jentolak terus pergi ke Balai Polis Lubok Cina untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, ibu bapa mangsa yang maut dalam kejadian, Mohd Derus Jantan, 47, dan Esam Eddie, 42, yang masih bersedih atas kematian anak kedua daripada lima beradik berkenaan enggan memberi sebarang ulasan.

“Buat masa ini, kami tidak mahu komen apa-apa kerana keadaan kurang sesuai, lagipun seisi keluarga masih bersedih. Insya-Allah bila keadaan tenang kami akan memberi kenyataan,” katanya.

Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai Jernih, Datuk Mulup Jantan, berkata beliau tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa anak saudara dan juga rakannya kerana pihak kontraktor sepatutnya melarang mana-mana individu yang cuba menghampiri kawasan tapak projek atas aspek keselamatan.

“Sepatutnya mereka menekankan aspek keselamatan, apatah lagi di kawasan kampung di mana kanak-kanak suka perkara sebegini.

“Namun ini semua takdir dan kami reda dengan pemergian arwah dengan cara ini, serta meminta pandangan perundangan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Bekas kekasih ugut santau, sebar gambar bogel

Bekas kekasih ugut santau, sebar gambar bogel

KUALA LUMPUR: Akibat memutuskan hubungan cinta, seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila bekas teman lelakinya mengugut akan menggunakan santau selain mahu menyebarkan gambar bogel mangsa yang didakwa diambil ketika dia tidur.

Difahamkan, mangsa yang menjalinkan hubungan sejak enam tahun lalu itu memutuskan hubungan mereka selepas tidak tahan dengan perangai bekas teman lelakinya yang panas baran selain pernah mengugut akan membunuhnya.

Berikutan itu, wanita berusia 26 tahun itu ditemani bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan ugutan lelaki terbabit. Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada lelaki berkenaan yang mendakwa akan menggunakan santau dan menyebarkan gambar bogel mangsa Selasa lalu.

“Kandungan SMS terbabit menyatakan yang dia akan memalukan mangsa dengan menyebarkan gambar bogelnya kepada semua orang yang mengenalinya dan gambar terbabit didakwa diambil ketika mangsa sedang tidur.

“Bekas teman lelakinya itu memberitahu yang dia berang kerana mangsa memutuskan hubungan cinta mereka dan dia tidak dapat menerima hakikat hubungan yang dijalinkan sejak enam tahun lalu berakhir begitu saja,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa sebelum ini pernah beberapa kali meminta memutuskan hubungan kerana tidak dapat menahan kesabaran dengan sikap panas baran bekas teman lelakinya itu.

“Wanita berkenaan mendakwa sepanjang hubungan mereka itu , dia pernah beberapa kali dipukul bekas teman lelakinya itu.

“Malah, pernah ketika dia diugut bunuh jika masih mahu meneruskan niatnya memutuskan hubungan itu,” katanya. Difahamkan, selain mengugut mangsa, lelaki terbabit turut ke rumah mangsa bertujuan mengganggu dan menakutkannya serta mahu menagih kembali cinta yang terputus itu.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Gadis diperkosa di sebelah ibu

Gadis diperkosa di sebelah ibuOleh Abdullah Wahab

BANTING: Angkara mabuk, seorang lelaki menjadikan anak tirinya yang sedang tidur sebagai tempat melampiaskan nafsu di sebuah rumah di Kampung Sungai Manggis, dekat sini, Isnin lalu.

Malah, ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, pelajar tingkatan dua, sedang tidur di sebelah ibunya sebelum lelaki itu merogolnya hampir 10 minit.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa tersedar daripada tidur selepas menyedari perbuatan bapa tirinya itu lalu cuba menjerit, namun ditampar beberapa kali suspek yang kemudian merogolnya.

Sebelum kejadian, ibu mangsa yang berusia 34 tahun bertengkar dengan suaminya selepas mendapati dia pulang dalam keadaan mabuk dan kembali menyambung tidur tanpa menyedari kejadian menimpa anak gadisnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan kejadian, bagaimanapun, dia yang trauma datang sendiri ke balai polis dan membuat laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis menahan lelaki berkenaan di sebuah kedai berdekatan rumah mereka.

“Suspek berusia 32 tahun ditahan kira-kira 400 meter dari rumahnya, kira-kira jam 1 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Mangsa juga sudah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Mangsa anak kedua hasil perkahwinan pertama ibunya dan masih mempunyai empat adik perempuan.

Mohamad Radzi berkata, hasil siasatan, mangsa mendakwa bapa tirinya beberapa kali cuba mencabulnya dengan menarik kain dan tangannya, namun tidak pernah dirogol.

“Suspek yang bekerja sendiri itu direman sehingga 26 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katany

Wednesday, February 17, 2010

Peguam diperkosa

Peguam diperkosa

Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/02/17

KUALA LUMPUR: Seorang peguam wanita yang sedang lena tidur dirogol seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di sebuah kondominium di Bandar Tasik Permaisuri di sini, Jumaat lalu.

Mangsa yang berusia 20-an diugut lelaki terbabit dengan pisau supaya tidak berbuat sesuatu jika tidak mahu dicederakan.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa sedang tidur dalam biliknya sebelum terkejut apabila mendapati ada seseorang lelaki tidak dikenalinya berbaring di sebelahnya.

“Sejurus menyedari ada seseorang berbaring sebelahnya, mangsa terjaga namun lelaki terbabit meminta dia mendiamkan diri sambil meletakkan pisau di leher.

“Mangsa yang ketakutan kemudian disuruh mengambil minuman di dapur. Bimbang mengenai keselamatannya, mangsa patuh kepada arahan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian menyerahkan minuman itu kepada suspek sebelum dia diarahkan berbaring semula.

“Mangsa kemudian diarah menanggalkan pakaiannya sebelum dirogol,” katanya.

Lelaki terbabit turut melarikan wang tunai RM50, sebuah komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa.

Difahamkan, mangsa kemudian menghubungi pengawal keselamatan untuk mendapatkan bantuan namun suspek melarikan diri.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut

3 pelajar perkosa, sula hingga pengsan

3 pelajar perkosa, sula hingga pengsan

2010/02/17

KUALA LUMPUR: Kejam adalah istilah paling tepat menggambarkan tindakan tiga lelaki yang bukan hanya memperkosa seorang wanita bergilir-gilir, malah turut menyula mangsa dengan kayu hingga pengsan akibat kesakitan.

Difahamkan, kumpulan penjenayah yang juga pelajar berusia awal 20-an berkenaan sengaja mencucuk kayu ke bahagian dubur mangsa dipercayai bagi mendapat keseronokan selain menyeksa mangsa. Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berkata kumpulan penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan berkeliaran mencari mangsa di sekitar Pandamaran, Klang, sebelum cuba menculik seorang gadis jam 5.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, dalam cubaan pertama itu, gadis yang hampir menjadi mangsa terbabit berjaya menyelamatkan diri. “Dalam cubaan seterusnya sekitar jam 6 pagi hari sama, suspek menyerang seorang wanita berusia 35 tahun yang ketika itu berada di tepi jalan,” katanya. Menurutnya, suspek yang menaiki kenderaan kemudian membawa mangsa ke kawasan belukar sebelum memperkosa mangsa bergilir-gilir.

“Tidak cukup memuaskan nafsu dengan memperkosa mangsa, suspek turut mengambil kayu sebelum memasukkannya ke bahagian dubur mangsa.

“Tindakan terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesakitan sehingga pengsan,’ katanya.

Menurutnya, pada masa sama mangsa pertama yang hampir diculik dan diperkosa membuat laporan polis sebelum pihak polis segera menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.

“Usaha polis akhirnya berhasil apabila dua daripada penjenayah itu berjaya diberkas polis pada hari sama di sekitar daerah Klang,” katanya.

100+ kali diliwat bapa saudara

10 tahun hidup songsang

2010/02/17

BACHOK: “Ketika berusia sembilan tahun, saya disogok pelbagai hadiah menarik sebagai umpan oleh bapa saudara sebelum dia meliwat saya lebih 100 kali selama lima tahun menyebabkan diri ketagihan melakukannya selepas itu.


MENGAKU...Farid dakwa diliwat bapa saudara sejak berusia 9 tahun.

“Pada masa sama, bapa saudara turut menjadikan saya sebagai hamba seks kepada rakan-rakannya termasuk perlu melayan mereka mengikut giliran kerana takut dipukul olehnya,” dakwa Farid, 24, ketika menceritakan pengalaman menjadi ‘sugar boy’.

Bapa saudara Farid yang dikenali Jimi itu sudah meninggal dunia tahun lalu akibat Aids kerana menagih dadah serta seks bebas, turut memperoleh ribuan ringgit sebulan hasil ‘menjual’ anak saudaranya itu.

Dengan pendapatan itu, Jimi membeli bekalan dadah selain turut membeli beberapa helai pakaian mahal kepada anak saudaranya sebagai hadiah dan umpan menutup rahsia berkenaan daripada terbongkar serta diketahui ibu bapa Farid. Pengakuan Farid itu dibuat di depan Kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP), Zaimah Hussein sebaik mengetahui dirinya disahkan dijangkiti kuman HIV selepas bergelumang dunia maksiat yang menjijikkan itu selama 10 tahun.

Guru pondan mungkin dipindah

Guru pondan mungkin dipindah

2010/02/17

MELAKA: Guru lelaki berusia 41 tahun yang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) malam kelmarin, atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh, berkemungkinan dikenakan tindakan tatatertib termasuk ditukarkan tempat kerja jika terbukti melakukan kesalahan berlagak perempuan.

Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu, berkata beliau perlu menunggu laporan lengkap berhubung siasatan terhadap guru sekolah rendah terbabit sebelum sebarang tindakan susulan diambil. “Saya akan mendapatkan laporan lengkap dan terperinci mengenai perkara berkenaan sebelum buat sebarang keputusan.

Saya juga akan meneliti siasatan berhubung butiran peribadi lelaki itu sama ada beliau benar-benar seorang guru.

“Jika terbukti beliau seorang guru dan melakukan kesalahan kita akan tentukan apakah bentuk tindakan disiplin dan tatatertib yang bersesuaian,” katanya, ketika diminta mengulas laporan akhbar ini semalam berhubung seorang guru sekolah rendah di Bukit Rambai, dekat sini ditahan penguat kuasa Jaim kerana didapati berlagak wanita di Taman Astakona, Bandar Hilir, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Isa berkata kejadian berkenaan adalah yang kedua dilaporkan media selepas kes membabitkan seorang guru yang ditahan bersama 15 pondan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) pada 25 Julai 2008, kerana menyertai pertandingan ratu cantik ‘mak nyah’ di sebuah pusat peranginan di Bachok, Kelantan.

Parah diseret kereta

Parah diseret kereta

2010/02/17

KUALA TERENGGANU: “Kejadian berlaku begitu pantas malah saya tidak sedar bagaimana tubuh saya boleh diseret kereta kira-kira tujuh meter.

PARAH...Wahab dirawat di HSNZ.

“Paling mengecewakan, pemandu itu tergamak meninggalkan kami dua beranak dalam keadaan berlumuran darah tanpa mendapatkan sebarang bantuan kecemasan,’’ kata Wahab Ngah, 60, menceritakan pengalaman ngerinya dirempuh sebuah kenderaan di Kampung Lintang, Jalan Tok Kah, Jerangau Sungai, Dungun, petang Khamis lalu.

Penternak lembu yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), berkata kejadian jam 2.30 petang itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput anaknya, Firdaus Wahab, 14, dari sekolah. Menurutnya, dia difahamkan penduduk, motosikal dinaiki bersama anak bongsunya itu dirempuh sebuah kenderaan yang memasuki laluannya.

“Malangnya pertembungan itu menyebabkan pemegang motosikal saya tersangkut pada tayar kenderaan terbabit lalu menyeret saya beberapa meter,’’ katanya yang patah kedua-dua belah tangan serta cedera di kaki kanan. Bapa kepada 10 anak itu berkata, anak bongsunya bernasib baik kerana hanya cedera ringan di dada akibat terjatuh di bahu jalan.

“Semua yang berlaku kepada saya ketika itu dilihat dengan jelas oleh anak, namun dia tidak berdaya menghulurkan sebarang bantuan,’’ katanya yang diselamatkan penduduk.

Wahab berkata, anaknya yang dirawat sebagai pesakit luar memberitahu pemandu terbabit adalah seorang warga asing kerana sempat melihat wajahnya yang bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Sementara itu anak keenamnya, Aminah Wahab, 24, yang bekerja sebagai pembantu pasar raya di Kuantan, Pahang berkata dia lega kerana ayahnya semakin pulih selepas menjalani pembedahan dua hari lalu.

Wanita maut, dua pemandu parah

Wanita maut, dua pemandu parah

2010/02/17

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita terbunuh apabila Proton Iswara dinaikinya bertembung dengan sebuah Proton Waja di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, jam 4 pagi semalam.

REMUK...keadaan kereta dinaiki Tengku Intan Karina (gambar kecil) yang bertembung dengan Proton Waja. 

Ketika kejadian, mangsa, Tengku Intan Karina Wan Kamal, 26, duduk di kerusi penumpang bahagian depan kenderaan dipercayai dipandu teman lelakinya, Mohd Faizal Mustafar, 28. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin, berkata kemalangan itu berlaku apabila kereta dinaiki mereka berdua dari Dataran Syahbandar bertembung dengan sebuah Proton Waja dipandu Lim Kit Lee, 23.

“Kereta dipandu Lim dari bulatan Ladang menuju Dataran Syahbandar dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar Proton Iswara berkenaan.

“Kenderaan terbabit juga dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Iswara berhampiran selekoh berhadapan sebuah kopitiam di Jalan Sultan Zainal Abidin,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan Tengku Intan Karina dari Kampung Balik Bukit, Jertih, Besut, meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapati mangsa cedera parah di dada. Katanya, kedua-dua pemandu kereta terbabit, Mohd Faisal dari Manir dan Lim dari Taman Jasa, Padang Midin di sini, cedera parah serta masih dirawat di HSNZ.

“Polis kini sedang menunggu keputusan ujian darah serta alkohol pemandu terbabit dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kawasan kemalangan itu boleh dikatakan sebagai laluan maut kerana dua kemalangan maut dicatatkan di situ selain beberapa kemalangan biasa membabitkan kecederaan parah,” katanya.

Tuesday, February 16, 2010

Gagal kuasai 3M, Guru juga dipersalahkan?

Guru punca pelajar gagal kuasai 3M?

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengejutkan rakyat negara ini.

Ahli-ahli akademik menyatakan mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap satu tindakan yang serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah itu.

Tokoh pendidik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, keadaan itu berlaku mungkin berpunca kerana guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan sahaja tetapi tidak mendidik.

"Mereka langsung tidak mengenal pasti kelemahan menguasai perkara asas 3M itu tetapi hanya menyasarkan pelajar tersebut lulus peperiksaan semata-mata," katanya.

Katanya, kelemahan sistem pembelajaran sekarang juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik.

Mengulas isu yang sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menganggap masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan.

"Sama seperti membina bangunan, jika asasnya tidak kukuh maka bangunan tersebut akan runtuh dan prasekolah merupakan asas pendidikan negara yang harus diberi tumpuan.

"Ketika ini, pelaksanaan prasekolah masih belum menyeluruh terutamanya di luar bandar dan jika guru gagal menumpukan aspek 3M, ia merupakan satu cabaran utama yang perlu diatasi Kementerian Pelajaran," katanya.

Tambah beliau, kurikulum dan modul prasekolah juga perlu dipertingkatkan semula agar pelajar tidak tertekan dan seronok untuk ke sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak.

"Berdasarkan pemerhatian saya, rancangan berbentuk pendidikan yang ditayangkan di televisyen seperti Along dan Sesame Street mampu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan kanak-kanak.

"Malangnya, rancangan seperti ini tidak diketengahkan sebaliknya hanya rancangan berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika waktu cuti sekolah," katanya.

Hashim berkata, proses pembelajaran kanak-kanak sangat berbeza dengan orang dewasa dan mereka tidak boleh ditekan dengan modul yang berat.

"Mereka lebih tertarik dengan sesuatu yang unik dan menyeronokkan seperti pembelajaran secara interaktif dan cara ini sudah digunapakai oleh negara maju.

"Saya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan media massa tempatan bekerjasama merancang program yang kreatif dan mampu menyampaikan kemahiran 3M ini secara santai serta diterima kanak-kanak zaman sekarang," katanya.

Monday, February 15, 2010

Melayu pinggir bahasa sendiri golongan bebal

KUALA LUMPUR: Bebal! Itulah gelaran diberikan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri.

Beliau adalah antara ahli panel yang membentangkan kertas kerja di Hari Pejuang Bahasa ‘152’ yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam. Ahli panel lain termasuk Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Prof Datuk Dr Zainal Kling dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Malah, hari istimewa bagi Bahasa Melayu yang julung kali diadakan itu menjadi medan melemparkan kritikan pedas bukan saja kepada pemimpin Melayu, malah orang Melayu yang menganggap bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kolot yang menyekat pembangunan bangsa.

Sebagai orang paling lantang menyuarakan pandangannya, Hassan menggunakan istilah bebal terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri.

“Bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk memartabat, memperkasa atau memperjuangkannya ketika ini kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996.

“Masalah timbul bukan kerana bahasa Melayu tidak layak menjadi alat kemajuan, tetapi kerana dasar itu tidak dilaksanakan dengan tegas, benar dan jujur dan sering kali diselewengkan,” katanya.

Manakala, Dr Abdullah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, masa depan Bahasa Melayu menerima kesan besar berikutan pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Langkah kerajaan memansuhkannya tidak lama lagi perlu dipuji, tetapi kesan yang terpaksa ditanggung amat besar,” katanya.

“Ia bukan saja membabitkan usaha menyusun semula kurikulum mata pelajaran itu, tetapi nasib murid yang terbabit secara langsung di bawah program itu,” katanya. Dr Zainal dari Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mempersoalkan mengenai peruntukan besar disediakan untuk memajukan Bahasa Inggeris di negara ini sedangkan Bahasa Melayu dipinggirkan.

“Saya difahamkan sebanyak RM5 bilion diperuntukkan. Jadi kita mahu Bahasa Melayu menerima jumlah sama,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Mohd Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencadangkan sekolah satu aliran dilaksanakan segera jika mahu masyarakat berbilang kaum di negara ini mencintai bahasa Melayu.

Rebah bagai domino

GUAR CHEMPEDAK: “Saya nampak gerabak itu tumbang satu-persatu seperti domino,” kata Hafiz Abdullah, 22, saksi kejadian 28 gerabak kereta api barang yang tergelincir dan terbalik di Kilometer 58.75 berhampiran Kampung Guar Stesen Dalam, dekat sini, petang kelmarin.

GIGIH...pekerja KTM menggunakan kren untuk mengalih gerabak.
GIGIH...pekerja KTM menggunakan kren untuk mengalih gerabak. 
 
BERGEGAS...Mohd Desa mengusung ibunya yang sakit keluar rumah kerana tidak tahan bau gas dari gerabak.
BERGEGAS...Mohd Desa mengusung ibunya yang sakit keluar rumah kerana tidak tahan bau gas dari gerabak. 
 
Kejadian kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan perkhidmatan Ekspres Langkawi-Hatyai dari Gemas dan perkhidmatan Ekspres Hatyai-Langkawi dari Padang Besar tergendala kerana landasan ditutup.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Difahamkan, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth membawa barangan berasaskan getah.

Hafiz ketika ditemui semalam berkata, ketika kejadian itu dia menonton televisyen di rumahnya sebelum ternampak kereta api terbabit yang bergerak perlahan di landasan terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya di kampung berkenaan.

“Kereta api itu berhenti sebelum saya terdengar bunyi seperti letupan di gerabak paling belakang. “Sejurus selepas itu, semua gerabak berkenaan terbalik satu persatu kecuali kepala kereta api dan saya difahamkan pemandunya sempat membuka penyambung gerabak pada kepala kereta api itu,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan dua keluarga yang tinggal berhampiran landasan meninggalkan kediaman mereka berikutan tiga gerabak dengan muatan cecair latex dan dipercayai mengandungi gas ammonia bocor.

Penduduk, Md Desa Said, 53, berkata selepas kejadian dia cuba menghampiri salah satu gerabak terbalik itu tetapi membatalkan hasratnya selepas menghidu bau busuk seperti gas ammonia.

“Ketika itu bau dari gerabak yang terbalik semakin kuat kerana jarak rumah saya dengan gerabak itu hanya 10 meter,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di tempat kejadian, semalam mendapati sebahagian landasan menjadi bengkok serta beberapa tayar gerabak tercabut. Selain itu, kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja pengalihan gerabak dan mengesan kebocoran gas selain menutup landasan.

Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran landasan berkenaan turut meninggalkan rumah masing-masing berikutan tidak tahan dengan bau gas itu.

Ketua Operasi Balai Bomba Guar Chempedak, Hasbullah Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kemungkinan kerosakan terbabit berpunca akibat cuaca terlalu panas menyebabkan besi landasan mengembang dan bengkok.

Pura-pura diserang sawan babi elak dicekup Jaip

KUANTAN: Bagi mengelak dicekup, seorang lelaki memberi alasan diserang sawan babi selepas bilik hotel disewa bersama pasangannya diserbu pihak berkuasa kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.


BERLAKON...seorang lelaki berpura-pura tidak sedarkan diri manakala pasangannya bersembunyi bawah katil ketika bilik hotel mereka diserbu Jaip, semalam. 
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu bekerja sebagai tentera laut dan sudah berkahwin manakala pasangannya berumur 30 tahun, juga sudah berkahwin serta mempunyai anak.

Sebelum serbuan, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) terpaksa mengetuk pintu lebih sejam sebelum mendapatkan bantuan pihak polis untuk membuka pintu bilik didiami pasangan berkenaan.

Apabila pintu bilik berjaya dibuka, seorang lelaki tidak berbaju dan berseluar jeans didapati terbaring seolah-olah sedang mengalami sawan babi manakala pasangannya dijumpai menyorok di bawah katil.

Tindakan lelaki berkenaan menyebabkan penguat kuasa Jaip menyimbah air pada muka dan badannya untuk ‘menyedarkan’ sebelum pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini.

Isteri Belasah Suami sebab tak mau balik kampung

SUBANG JAYA: Hanya kerana tidak menepati janji, seorang lelaki cedera dibelasah isterinya yang tiba-tiba ‘naik angin’ di rumah mereka di Batu 3, di sini, semalam.

Difahamkan, isteri berusia 33 tahun itu hilang pertimbangan apabila suaminya dikatakan enggan pulang ke kampung halamannya di Perlis untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Lebih memburukkan keadaan apabila isterinya itu dikatakan sudah berjanji dengan keluarganya untuk pulang beraya selain sudah membuat persiapan membeli pelbagai barangan semata-mata mahu menyambut perayaan itu bersama anak sulungnya yang baru berusia lapan bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 37 itu dikatakan berubah fikiran pada saat akhir menyebabkan isterinya mengamuk sebelum bertindak menyerang suaminya itu.

Difahamkan, pada malam sebelumnya, lelaki yang bekerja sebagai pengurus kilang itu sudah berjanji untuk pulang ke kampung isterinya.

Sumber berkata, keengganan mangsa untuk pulang ke kampung halaman isterinya seperti dijanjikan adalah kerana terjadi pertengkaran kecil antara mereka beberapa jam sebelum bertolak ke Perlis.

Tak layan rayuan cikgu pondan

Tak layan rayuan cikgu pondan
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my

MELAKA: “Abang...tolong lepaskan saya bang, saya tak bersalah...saya (janji) tak buat lagi!“ Itulah rintihan seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), ketika ditahan kerana berlagak seperti wanita di kawasan tumpuan pondan di Taman Astakona atau lebih dikenali ‘Taman Asmara’, Bandar Hilir awal pagi semalam.


DICEKUP...kakitangan Jaim bersama anggota MBMB menahan seorang guru lelaki berpakaian wanita, awal pagi semalam. 
Operasi cegah maksiat bermula jam 2 pagi itu turut dilakukan di kawasan pasangan berdua-duaan di dalam kereta dan pusat hiburan yang beroperasi lebih masa sekitar Taman Merdeka, Bukit Rambai, Pantai Klebang, Bachang, Bukit Beruang dan di kawasan Jalan Tun Ali dan Jalan Kilang.

Ia dianjurkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan diketuai Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komunitinya, Mohd Derus Tompang dan turut disertai Polis Tentera.

Terdahulu, lelaki berusia 40 tahun dan mendakwa secara lisan kepada pegawai Jaim dia seorang guru Sains dan Matematik di Bukit Rambai itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa agama kira-kira jam 4.25 pagi semalam.

Namun, beliau yang ketika itu memandu kereta Proton Gen-2 gagal memboloskan diri berikutan jalan keluar dari taman itu disekat di lorong belakang Medan Selera Samudera, Bandar Hilir oleh kereta penguat kuasa. Dia yang bertubuh besar dan berambut pendek ditahan sekumpulan penguat kuasa Jaim selepas berlaku pergelutan, manakala ‘teman lelakinya’ dapat melepaskan diri.

Selepas berkali-kali merayu dan merintih, lelaki terbabit yang berasal dari Taman Desa Baru, Batu Berendam dekat sini, akhirnya pasrah apabila menyedari pegawai Jaim tidak termakan pujukan itu.



Wartawan akhbar ini yang mengikuti operasi bersepadu itu mendapati guru terbabit mengenakan gaun pendek bercorak bunga dengan mendedahkan bahagian dada dan paha serta memakai rambut palsu dan selipar labuci.

Dia kemudiannya digari dan selepas soal jawab serta dokumen peribadinya diperiksa, dia dibawa menaiki keretanya sendiri yang dipandu anggota Jaim ke Balai Polis Melaka Tengah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki terbabit yang sudah diambil keterangannya dan dibebaskan dengan jaminan selepas dikeluarkan saman hadir di mahkamah.

Beliau berkata, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 kerana berlagak seperti wanita, jika disabitkan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.

Rahimi, berkata, Jaim turut menahan dua pasangan pelajar institusi pengajian tinggi di Johor yang tidur di dalam kereta berasingan berdekatan Medan Selera Samudera.

Ustazah putar alam

Ustazah putar alam
Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/02/16

KAJANG: Gelaran ustazah putar alam layak buat seorang wanita berusia awal 30-an apabila dikatakan licik memerangkap ibu bapa terutama mereka berkerjaya menghantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak miliknya sebelum bertindak menghilangkan diri sebaik bayaran pendahuluan diterimanya, sejak lebih setahun lalu.
Bagi meyakinkan mangsa, ustazah berkenaan mendakwa menggunakan pendekatan Islam dalam pengajaran di pusat asuhannya, selain memakai purdah.

Namun, selepas dia menerima wang pendahuluan, ustazah itu menghubungi ibu bapa sebelum mendakwa pusat asuhannya itu tidak mendapat kebenaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dan terpaksa ditutup.

Berikutan itu, dia juga memaklumkan waris untuk menjelaskan bayaran yang sudah dibuat dengan memasukkan wang berkenaan dalam akaun masing-masing sebelum bertindak menghilangkan diri.

Difahamkan, ustazah terbabit bukan saja melakukan kegiatannya di sekitar Lembah Klang, sebaliknya dikatakan sering berpindah- randah di setiap negeri di seluruh negara bertujuan mengelakkan kegiatannya itu dihidu orang ramai terutamanya pihak berkuasa.

Terbaru, seorang ibu, Norizan Mohd Khairi, 28, mendakwa menjadi mangsa ustazah terbabit apabila menghantar anaknya di pusat asuhan kanak-kanak milik ustazah itu di Taman Putra Kajang, Disember tahun lalu. “Pada mulanya, saya diminta menyerahkan pendahuluan RM300 kepada ustazah terbabit sebelum anak sulung saya diarah memulakan pembelajaran pada 4 Januari lalu.

“Seperti dijanjikan, saya menghantar anak ke taska berkenaan sebelum menyerahkan wang tambahan RM500.

“Ustazah itu mendakwa wang berkenaan digunakan membiayai peralatan pembelajaran dan setiap waris dikenakan caj sama,” katanya.

Menurut Norizan, dia yang curiga mula bertanyakan pelbagai soalan, namun ustazah terbabit berjaya meyakinkannya.

“Mana saya tidak curiga, ketika menghantar anak tiada seorang guru pun di taska berkenaan.

“Naik pening saya dibuatnya, namun ketenangan ustazah itu menjawab soalan diajukan berjaya meyakinkan saya,” katanya.

Namun, pada 10 Januari lalu, ustazah berkenaan menghubungi saya sebelum mendakwa pusat asuhannya itu terpaksa ditutup.

“Dia mendakwa pusat asuhannya itu tidak memiliki ciri keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Namun, dia berjanji menjelaskan semula bayaran sudah dijelaskan itu,” katanya.

Norizan berkata, selepas beberapa hari menunggu, dia menghubungi semula ustazah terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Mana tidaknya, dia menggunakan kata kesat sebaik saya bertanyakan mengenai pembayaran semula deposit dan yuran persekolahan dijelaskan itu.

“Malah, perangai biadab ustazah itu juga jauh berbeza dalam pertemuan pertama mereka ketika menghantar anak ke pusat asuhan terbabit,” katanya.

Berang dengan tindakan itu, mangsa ke pusat asuhan berkenaan dan mendapati premis terbabit dikosongkan.

Tersentak dengan itu, mangsa ke Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat aduan.

Katanya, seorang pegawai bertugas mendakwa menerima lebih 10 aduan mengenai pusat asuhan berkenaan selain mengatakan ustazah terbabit tidak pernah berdaftar dengan pihaknya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan di Balai Polis Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, ustazah itu cuba membuka pusat asuhan baru di Melaka dan menjalankan agenda terkutuknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sunday, February 14, 2010

15 remaja belasah, samun beramai-ramai

15 remaja belasah, samun beramai-ramai

2010/02/12

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 15 remaja yang masih menuntut dalam tingkatan tiga dikesan sudah berani bertindak umpama samseng dengan memukul dan membelasah beramai-ramai sebelum merompak mangsa.

Dalam kejadian terbaru, seorang pelajar berusia 16 tahun menjadi mangsa apabila disamun kumpulan remaja terbabit ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Isnin lalu, mangsa baru turun dari bas bersama adik dan abangnya sebelum berjalan ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu di sini.

Menurutnya, ketika mangsa berjalan, tiba-tiba muncul sekumpulan 10 hingga 15 remaja lelaki menghampiri mangsa sebelum berpura-pura bertanya sama ada mangsa mempunyai rokok.

“Pada masa sama mangsa mengeluarkan telefon bimbit sebelum cuba menghubungi rakannya. Namun, mangsa terkejut apabila seorang daripada suspek menepis tangannya menyebabkan telefon bimbit dipegang terjatuh.

“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, seorang suspek lagi mengutip telefon mangsa sebelum melarikan diri beramai-ramai,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba mengejar kumpulan remaja terbabit.

“Namun, tindakan mangsa sebaliknya membawa padah apabila mangsa sebaliknya dibelasah beramai-ramai,”katanya.

Operasi maksiat Hari Kekasih

Operasi maksiat Hari Kekasih
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
berita@kosmo.com.my

SEORANG wanita hanya memakai coli dan seluar dalam ketika diserbu dalam operasi Hari Kekasih di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Kekasih semalam menjadi satu igauan ngeri buat pasangan pelajar institusi pengajian tinggi awam berusia 19 tahun apabila mereka ditangkap kerana berkhalwat.

Mereka ditahan di dalam sebuah bilik hotel murah di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini ketika operasi besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut sumber Jawi, operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat di beberapa buah taman rekreasi dan hotel murah di sekitar ibu negara.

“Operasi kali ini membabitkan 50 anggota penguat kuasa dan ia dibuat bukan semata-semata kerana sambutan Hari Kekasih. Ia adalah operasi rutin pihak Jawi untuk membanteras maksiat,” katanya ketika ditemui.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan dalam operasi itu ialah Taman Tasik Titiwangsa, Taman KLCC, Taman Tasik Bandar Permaisuri dan hotel-hotel di Jalan Pudu dan Jalan Raja Laut

Saturday, February 13, 2010

Isteri kedua Sultan Ismail dibenar lawat

Isteri kedua Sultan Ismail dibenar lawat

2010/02/13

SINGAPURA: Isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, mendapat perintah mahkamah membenarkan beliau melawat Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, di sini.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan pada 4 Februari lalu, yang membenarkan Elia Suhana Ahmad, 31, melawat dan bersama Sultan Kelantan di hospital berkenaan bermula jam 7 pagi Sabtu hingga jam 7 pagi Isnin setiap minggu secara eksklusif tanpa gangguan pihak lain.

Perintah tegahan turut dikeluarkan terhadap Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid atau wakil baginda daripada mengganggu proses berkenaan dan waktu melawat ditentukan menerusi hak giliran.

Peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika ditemui di sini, semalam menegaskan pihaknya cuba menghantar perintah berkenaan petang semalam, tetapi gagal berbuat demikian selepas dihalang pengawal peribadi Raja Perempuan Kelantan.

“Kami hanya mahu serahkan perintah ini supaya Cik Puan (Elia Suhana) dapat melawat baginda Sultan, tetapi kami tidak dapat menyerahkannya kerana pengawal memberitahu Raja Perempuan tiada dan kami akan datang semula pagi esok (hari ini) untuk menyerahkannya semula,” katanya.

 
 

Fakhrul berkata, ini kali pertama, pihaknya datang menyerahkan perintah itu dan beliau ditemani kakitangannya dan anggota polis.

Pada masa sama, beliau berkata, mahkamah turut memerintahkan kerjasama perlu diberikan semua agensi kerajaan seperti polis dan imigresen bagi melancarkan perjalanan perintah itu.

Friday, February 12, 2010

Suami cikgu‘ghaib'

Suami ‘ghaib'

KUALA LUMPUR: “Kehilangan suami secara tiba-tiba seakan-akan misteri buat kami sekeluarga, malah dia tidak membawa bersama dompet, kunci kereta dan wang tunai,” kata seorang guru, Wan Norana Wan Adnan, 41.

Katanya, kejadian kehilangan itu berlaku Isnin lalu dalam tempoh tidak sampai 10 minit ketika kali terakhir dia berjumpa suaminya, Rasidi Jali, 41, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Wangsa Melawati.

“Suami menelefon saya ketika di sekolah dan mengadu dia tidak sihat lalu bergegas pulang ke rumah di Setapak untuk melihat keadaannya. Sebaik tiba, suami memberitahu ingin pulang ke kampung ditemani adiknya.

“Saya turun kerana mahu ke sekolah menguruskan cuti dan kurang 10 minit selepas itu adik ipar pula memberitahu dia tidak dapat menghantar kami ke kampung lalu saya naik semula ke rumah.

“Sampai saja di rumah saya terkejut apabila mendapati suami tiada di rumah selepas puas memanggilnya. Saya terus mencarinya di sekitar kawasan pangsapuri, namun gagal,” katanya ketika datang ke Balai Berita semalam.

Ibu dua cahaya mata berusia 13 dan 14 tahun itu kemudian membuat laporan kehilangan suaminya di balai polis berdekatan.

Katanya, lebih menimbulkan tanda tanya apabila suami tidak membawa wang, malah meninggalkan dompet mengandungi dokumen pengenalan diri, lesen memandu dan telefon bimbit.

Norana merayu sesiapa yang menjumpai suaminya menghubunginya di talian 017-3122193.