Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

Personaliti Kentut. Anda dikategori mana?

Personaliti Kentut

Bagaimanakah personaliti anda melalui kentut pulak…

Seperti yg kita tahu Kentut adalah sebuah proses alamiah dan merupakan kegiatan rutin yang tidak kenal jadual. Kalau anda tengah tiada kerja, cuba anda semua perhatikan orang-orang yang kentut. Mungkin bisa menjadi objek penelitian anda untuk bahan tesis atau assignment.

ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI MANA?



TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut salahkan orang lain.

BANGANG
Orang yang tak sedar kalau dia tengah kentut

SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh

MISTERI
Jika dia kentut, orang lain tak tau

SIHAT
Orang yang selepas kentut berkata "Legaa...."


GUGUP
Orang yang tiba2 menahan kentutnya saat kentut

TIADA KEYAKINAN DIRI
Orang yang selepas kentut, bertanyakan orang lain "ada bau tak?"

PERASAN
Orang yang ingat kentut dia wangi

SADIS
Orang yang kalau habis kentut, kentutnya dikibaskan dekat orang lain

PEMALU
Orang yang kentut tak berbunyi, kemudian senyum sendirian

KREATIF
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak

JIMAT-CERMAT
Orang yang habis kentut, menghirup kentutnya sendiri untuk menggantikan kentutnya yang keluar. ..

PEMARAH
Kentutnya sungguh panas berapi.

SOMBONG
Orang yang kalau dia terkentut, akan diceritakan kentutnya itu berasal dari restoran mahal

BOSAN
Orang yang kalau kentut atau orang lain kentut, riak mukanya sama sahaja seperti tiada apa2 berlaku

RAMAH
Orang yang suka mencium kentut orang lain

AKUATIK
Orang yang hobi kentut di dalam air.

AHLI SUKAN
Orang yang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman

JUJUR
Orang yang mengaku bila habis kentut meskipun orang lain tak tanya

KUAT INGATAN
Orang yang boleh tahu kentut orang lain dengan bau, bunyi serta kehangatannya.

MALANG
Orang lain yang kentut, tapi dia yang selalu kena.

PEMUZIK
Orang yang kentutnya berirama

INTERNET
Orang yang bunyi kentutnya macam bunyi modem.

KERAS KEPALA
Orang yang terus balas kentut jika ada orang lain yang berani kentut di depannya

TAK GUNA
Orang yang mengentuti orang lain tepat di mukanya.

Wednesday, February 17, 2010

lepas baca utusan melayau

lepas baca utusan melayau

anak sedara aku tanya
"liwat" tu apa?
aku jawab
"liwat" tu basikal
anak sedara aku kata pulak
"kalau Pak Lang dah dapat gaji, bagi liwat sebijik boleh?"
aku garu kepala

anak sedara aku tanya lagi
"KY Jelly" tu apa?
aku kata minyak selindar
anak sedara aku mintak aku beli KY Jelly
dia kata "nak letak kat enjin motor Pak Lang"
"nak bagi enjin berkilat, memancar-mancar,lancar dan tak tersekat-sekat"
Lepas dia tanya mana nak beli benda tu?
aku sengeh aja

anak sedara aku tanya lagi
"jubor" tu apa?
aku kata ekzos motor Pak Lang
dia angguk-angguk
maknanya dia faham la tu
dia kata, "Pak lang tak korek jubor Pak Lang ke? Dah hitam legam dah"
aku rasa macam nak bagi penampor

lepas tu dia tanya lagi
"fuck" tu apa?
aku kata keropok cikedis
dia kata "boleh mintak fuck sebungkus"?
aku kata tak boleh, tak baik untuk kesihatan
Dia kata balik. "sekali ni aja"
aku kata tak boleh, tak baik!
lepas tu dia menjerit
"mak, mak nak fuck sebungkus!!"
"Mak, nak fuck, nak fuck!"

Adooi laa!
akak aku jeling semacam aje kat aku
salahkah aku?
abang aku pulak ambik utusan melayau tu dan buang dalam tong sampah

aku capai topi keledar
start motor
pergi jumpa awek

Thursday, February 11, 2010

Tugu Peringatan

Tugu Peringatan

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tuguperingatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumian beliau juga berjalan dengan lancar

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.

"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.

"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawab lelaki itu sugul....

Monday, February 8, 2010

PEKEJ Cuti Sekolah Hairy - Jom Makan Angin

Medan - Danau Toba
 4H 3M
RM750


Phuket-Haatyai
12-2-2010 hingga 15-2-2010
RM 480


Umrah
9H 8M
RM3900
 

JOM MAKAN ANGIN

Sunday, February 7, 2010

Keluhan...


Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja
Pagi, naik kereta pergi kerja
Tengahari, tak payah kerja
Petang, balik kerja
Maghrib, tak ada kerja
Malam, tanya bini bole kerja
Bangun pagi, penat malam tadi kerja
Tak sudah-sudah dengan kerja


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain
Pagi sidai kain
Tengahari angkat kain
Petang lipat kain
Maghrib susun kain
Malam buka kain
Bangun pagi, hilang kain
Tak sudah-sudah dengan kain

Fair & Square!

Saturday, February 6, 2010

IKLAN - KEM BUAT KEK

Salam buat semua rakan...
Jika anda berminat mengisi masa cuti Tahun Baru Cina ini buat anak-anak anda.ataupun saudara-saudara dengan aktiviti Mendeko Cup Kek...


Musim Cuti Sekolah Telah Bermula…
Penuhkan Aktivit Anak-Anak Anda dengan Aktiviti Menarik…..



Kumpulan Sasaran: (Perempuan & Lelaki)
Kumpulan A ( Kanak Kanak Berumur 5 hingga 7 tahun)
Kumpulan B ( Kanak-Kanak Berumur 8—12 tahun)
* utk sekolah menengah boleh diadakan atas permintaan
Setiap Kelas hanya maksimum 10 orang sahaja

Masa: 2.30 ptg hingga tamat sesi

Tarikh: (12/13/14/15/16/17/18/19/dan 20 Feb 2010)
** @ tarikh lain ikut permintaan

Yuran: RM50/orang

Tempat:
No 182 Jalan Cenderawasih 10
Taman Shahab 2 Jalan Langgar
Alor Star.
Tel: 012 588 6482 / 7330658
(Kak Fazidah)

Aktiviti:
  • Belajar teknik bancuh, bakar cup cake teori dan praktikal
  • Kenali peralatan mendeko cup cake
  • Mendeko cup cake menggunakan buttercream
  • Setiap peserta akan membawa pulang hasil cup cake masing masing (6 biji)
  • Buku panduan disediakan untuk setiap peserta
  • Kelas akan bermula tepat ikut waktu pilihan
  • Semua peralatan akan disediakan oleh pihak pengajar
**Sila buat tempahan awal untuk penyertaan.

Hubungi no telefon di atas atau
emelkan ke phea_65@yahoo.com

ataupun Sila ke blog ini...http://zedabakery.blogspot.com

Tq..
Fazidah

Thursday, February 4, 2010

Bukan senang nak jadi hero

Hai…bukan senang nak jadi hero…

kalau hero mana pahlawannya…
kalau pahlawan mana pendekarnya…

kalau pendekar mana panglimanya…
kalau panglima mana laksamananya…
kalau laksmana mana perajuritnya…
kalau perajurit mana dewanya…
kalau dewa mana raksaksanya…
kalau raksaksa mana jinnya…
kalau jin mana jenglotnya…
kalau jenglot mana gendurowonya…
kalau gendurowo mana gergasinya…
kalau gergasi mana garudanya…
kalau garuda mana wewegombelnya…
kalau wewegombel mana sundelbolongnya…
kalau sundelbolong mana suzannanya…
kalau suzanna mana nyi blorongnya…
kalau nyi blorong mana nyi roro kidulnya…
kalau nyi roro kidul mana si butanya…
kalau di buta mana stevie wondernya…
kalau stevie wonder mana wonderwomannnya…
kalau wonderwoman mana batmannya…
kalau batman mana kelawarnya…
kalau kelawar mana guanya..
kalau gua mana kambingnya…
kalau kambing mana ahmad albabnya…
kalau ahmad albab mana p.ramleenya…
kalau p.ramlee mana salomanya…
kalau saloma mana sharifah aininya…
kalau sharifah aini mana sitinya…
kalau siti mana datuk K nya…
kalau datuk K mana datinnya…
kalau datin mana dayangnya…
kalau dayang mana surinya…
kalau suri mana suriramnya…








6161

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,di atas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika , si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.”

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tidur balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?

Dengan marah suaminya menjawab,



Nak gi amik gigi …!”

Wednesday, February 3, 2010

Sumaat

Suatu petang sepasang pengantin yang baru mengalami gangguan kesihatan telah pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan intim suami isteri yang terlalu kerap.

“Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan hubungan suami isteri. Sebaiknya dua kali saja seminggu . Untuk mudah diingat, saya sarankan hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu,” nasihat doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan , si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

“Hari ini hari apa bang?” tanya si isteri.

Sumaat


Soalan quiz: Pasangan itu berjumpa doktor pada hari apa?


Sumber: Cilok

Seks dan Malam Jumaat

Tajuk kontroversi. Sesiapa yang berfikiran konsovertif, dinasihatkan jangan baca entri ini. Kalau nak baca juga, sila buka minda terlebih dahulu. Tapi ini hakikat, selalu sangat kalau sebut hari Khamis malam Jumaat, mesti orang-orang yang dah berumahtangga fikir pasal seks. Kononnya itulah hari wajib untuk buat ibadah yang mendatangkan kenikmatan tu. Kadang-kadang ada suami kononnya sibuk sangat kat pejabat tapi sanggup balik rumah cepat pada hari Khamis. Kononnya tak nak terlepas aktiviti dengan isteri. Kelakar sungguh rasanya.

Urusan seks tidak diperincikan oleh syara’.

Tapi tak tahulah kenapa lelaki-lelaki Melayu suka sangat mengaitkan malam Jumaat dengan seks. Habis tu, hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu, Ahad, tak bolehkah? Jadi tak keterlaluan dikatakan bahawa ia hanya mitos mengenai 'ibadah sunat' dan tak ada masuk dalam bab sunnah pun. Cuma mentaliti orang Melayu sudah diterapkan zaman berzaman mengaitkan malam Jumaat sebagai malam bulan madu.

Mungkin ada yang akan marah dengan isu yang aku bangkitkan ini. Mungkin juga ada yang akan kata, aku bakal merosakkan minda remaja dan golongan belum berkahwin. Tapi aku tak bertujuan nak menghasut minda sesiapa. Ini hanya artikel bebas, dari seseorang yang sudah berumahtangga dan pernah mengalami pasang surut kehidupan. Tidak kerana artikel aku ni maka minda pembaca akan rosak, banyak lagi perkara lain yang merosakkan minda, jadi tak perlu bias.

Aku ada seorang kawan yang beritahu, hari Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. Hari berbulan madu. Tak kira tempat pun. Tapi itulah dia antara rencah yang buat rumahtangga bahagia. Pada aku tak kisahlah nak buat cara apapun kalau dah ada hubungan halal. Kalau dah suka sama suka, tak usahlah kita pandang serong kan?

Suami mana yang tak suka kalau isterinya 'wild wild west' kan?

Suami yang dapat isteri macam ni, mesti keluar rumah pun tak nak. Pendek kata, nak berselingkuh dengan perempuan lain pun dah tak sempat!

Al-Baqarah: 223 (Isteri-isteri kamu adalah ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah ladang kamu itu sebagaimana yg engkau sukai...)

Sebabnya banyak pasangan Melayu yang semakin tua, semakin bosan untuk menghadapi seks. Inilah masalahnya. Dan sedar tak sedar ia jadi antara satu sebab terjadinya perselingkuhan. Puncanya? Tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa banyak pasangan Melayu yang masih berfikiran konsovertif dalam soal 'ibadah yang mendatangkan kenikmatan' ini. Sebab kebanyakan akan kata, dah tua, perkara itu dah tak penting lagi.

Aku ni jenis terbuka dan dah banyak kali jumpa kawan-kawan yang sebaya mahupun berpangkat kakak yang mengeluh sudah tak suka berhubungan dengan suami. Vice versa. Dah jadi tak seronok. Habis, macam mana nak seronok kalau hanya hari Khamis malam Jumaat sahaja yang dapat... lepas tu mulalah 'air tendang naik ke kepala' dan cari jalan berselingkuh. Seks malam Jumaat tu cuma mitos orang Melayu! . Kalau nak ulas panjang lebar pasal ni, takut ada yang menghentam aku pulak. Iyalah, perkara-perkara begini dianggap sensitif, malah ada yang anggap lucah pun. Bagi aku bukan lucah. Ia seni rumahtangga. Percaya atau tak, ada juga perkahwinan yang runtuh hanya sebab masalah dalaman begini. Ini realiti kehidupan. Tepuk dada tengok kalendar.

Sepatutnya setiap hari adalah sama dan istimewa untuk suami isteri... tak payah tunggu hari Khamis malam Jumaat.


Sumber: Cilok

Aktiviti Cuti Gong Xi Fa Chai


Sapa2 yg tadak keja tu
Sapa2 yg tak balik tengok mentua tu
Sapa2 yg tak suka tengok kampong sendirik

time cuti boleh lepak Star Parade

banyak gak acara dia. Tak larat aku ingat
korang tengok sendiri lah!

Click image for clearer view

Monday, February 1, 2010

Sukantara Perempuan Part 1

 
 acara jalan atas angin
  
 selamat mendarat di airport Langgar
  
 jom regangkan urat-urat yang tegang
 
Cian baby pun kena bersukan

13th Floor - KLCC: Misteri

13th Floor - KLCC: Misteri

JANGAN  SELALU OVER TIME .............

Baik-baik bila pergi ke KLCC..bawa kawan  jangan  sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini  terjadi kepada  seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari  khamis malam jum'at) beliau ada membuat  OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11  malam  sendirian....Sampai di depan lif, dia pun tekan  tombol untuk turun. kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2  didalamnya... Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground  floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus  naik ke atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah  seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil  tersenyum manis. Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC.  Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya  didalam hatinya... siapa perempuan itu,dan kenapa sudah lewat malam belum  pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah.  Dalam suasana hening  sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu  tingkat ke satu  tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift  terhenti seketika  dia mencium bau yang teramat busuk, yang  mengganggu hidungnya .. bulu romanya tiba-tiba saja merinding  ... dia pun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya  sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah  lampu lift menyala.

Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya  ketawa ......... dan
segera berkata........

"Maaf ya.... saya kentut.... Anda  tidak marah kan?"

Friday, January 29, 2010

Dah 23 tahun aku kawen!

Alhamdulillahirabbil 'alamin. Segala puji bagi Allah. Syukur kerana dipanjangkan umur kita semua.

Hari ini 29 Januari 2010 genaplah 23 tahun aku mendirikan rumahtangga bersama isteri aku tersayang. Itu mengikut takwim Masehi. Kalau ikut takwim Hijriah, dah lebih 23 tahun kot. Tak kisahlah mana-mana takwim sebab masa itu tak ada sapa2 pon yang ingatkan aku akan tarikh Hijriah. Jadi aku gunakan tarikh Masehi.

Jika dibilang hari, sudah lapan ribu empat ratus dua (8402) hari aku bersama-sama isteriku. Susah senang, suka duka kami alami bersama. Bila dah berumahtangga rezeqi mencurah-curah. Alhamdulillah,  Allah SWT kurniakan kami 8 orang cahayamata. Empat lelaki dan empat perempuan.

Ini gambar hiasan saja. Aku cilok dari web sapa2 tah!
Tapi masa aku kawin dulu pun pakaian putih sedondon

Kebetulan kereta proton saga aku tu pula nombor pletnya 4114. Ngam sungguh. Empat di kiri dan empat di kanan. Nombor 1 dan 1 di tengah-tengah tu maksudnya aku dan isteri aku. Tapi jangan percaya sangat tahyul ni. Boleh bawa syirik.

Kereta proton saga tu dibeli tahun 1992, first hand. Entah macam mana aku minta penjual tu ambil nombor 'kapit', sebab nombor plet kereta aku yang lama, mazda 323 tu 1771. Jadi nasib aku baik aku dapatlah nombor plet 4114. Lagi pun masa tu anak aku baru 3 orang. Tak adalah pula aku plan nak lapan anak. Kalau boleh sedozen! Jadi semuanya kebetulan sahaja. Sampai la ni proton saga 4114 tu masih aku guna dan baiki bila dia meragam.

Lapan orang cahayamata kami ialah Ahmad Nizamuddin (22), Ahmad Nabil (20), Ahmad Nafis (19), Auna Nazihah (17), Auna Nabihah (16), Ahmad Naufal (14), Auna Nadhirah (11) dan Auna Nasyirah (8). Nak kenal anak aku senang saja, Yang lelaki mula dengan Ahmad, dan yang perempuan mula dengan Auna.

Bagi yang lelaki ni, tak susah sangat kalau kawan-kawan depa mai rumah atau telefon. Kawan-kawan depa guna nama kedua. Tapi yang perempuan susah sikit. Keempat-empat itu kawan-kawan depa panggil Auna. Bila depa mai rumah atau telefon, kena tanyalah dulu 'Auna yang mana?'. Susah jugak tu. tapi bukan selalu sangat kawan-kawan depa telefon.

Apa aku nak cerita pasal ulangtahun pernikahan kami ni?


laa bini ajak pi popular pulak!
nanti lapang aku sambong naaa...

Thursday, January 28, 2010

Soal Jawab Kentut - part 1

1. Dari mana asalnya kentut?

- Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita sedut, gas yang masuk ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apakah komposisi kentut?

- Banyak faktornya. Makin banyak udara kamu sedut, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Kadar setiap gas bergantung kepada yang anda makan, berapa banyak udara disedut, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar isipadu nitrogen, karana gas-gas lain diserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang cara makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?

- Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Keduanya bergabung dan menghasilkan sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dan merkaptan (methanethiol) dihasilkan oleh bakteria dalam perut, dan makin busuklah kentut anda!. Telur dan daging juga mempunyai peranan besar dalam memvariasikan bau busuk kentut. Kacang dan ubi pula berperanan menambahkan isipadu kentut, tetapi tidak pada bau busuknya.

4. Kenapa kentut mengeluarkan bunyi?

- Karena adanya getaran pada lubang dubur ketika kentut dirembeskan. Kekuatan bunyi kentut bergantung pada kecepatan gas dan saiz lubang dubur anda.

5. Kenapa kentut yang busuk itu panas dan tidak berbunyi?

- Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Pembiakan bakteri dan proses pencernaan menghasilkan haba panas di samping gas yang busuk. Ukuran gelembung gas menjadi lebih kecil, hangat dan padat dgn produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau pun bunyinya perlahan atau tiada bunyi, tetapi baunya sangat busuk atau pembunuh senyap (silent killer).

6. Berapa banyak kentut dihasilkan dalam satu hari?

- Puratanya setengah liter sehari atau lebih kurang 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

- Anda mungkin berkata ketumpatan gas kentut itu ringan dan sepatutnya naik ke atas? Kentut tidak keluar ke atas kerana pergerakan peristaltik usus akan menyebabkan segala isinya ke bawah. Tekanan di sekeliling lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus ke arah bawah menjadikan tekanan isi usus, termasuk gas-gasnya bergerak ke kawasan yang mempunyai tekanan yang lebih rendah iaitu di bahagian dubur. Dalam perjalanan ke arah dubur, gelembung-gelembung gas ini bergabung menjadi gelembung yang lebih besar. Sekiranya tiada gerakan peristaltik itu, kemungkinan gelembung-gelembung gas itu bergerak keluar ke atas. Tetapi disebabkan bentuk usus agak rumit dan berbelit-belit, gelembung-gelembung gas itu tidak akan sampai ke atas.

8. Berapa saat masa yang diperlukan oleh kentut akan sampai ke hidung orang lain?

- Ianya bergantung kepada keadaan udara, bentuk kelembapan, suhu, kecepatan dan arah angin bertiup, berat molekul gas kentut dan juga jarak antara punca kentut dengan hidung. Begitu ketika kentut meninggalkan sumbernya, gas kentut tersebar menjadikan ketumpatannya berkurangan. JIka bau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, ini bermakna gas kentut itu tersebar di udara dan akan hilang ditelan udara selama-lamanya. Tetapi jika anda kentut di dalam ruang yang sempit, seperti dalam lift atau dalam motokar, gas kentut itu lebih padat dan baunya akan kekal dalam waktu yang lama sehingga diserap oleh dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?

- Sudah pasti sekiranya orang itu masih hidup dan bernafas. Pun begitu, orang mati juga boleh kentut iaitu dalam masa satu saat kematiannya. Ini kerana perjalanan gas itu lebih perlahan dari saat kematiannya.

10. Betulkah laki-laki kentut lebih kerap daripada perempuan?

- Kentut tidak ada kaitan dengan jantina. Sekiranya benar, ini bereri orang perempuan suka menahan kentutnya, tetapi apabila dia kentut, gas yang dikeuarkan itu terlalu banyak.


Nantikan Soal Jawab Kentut - part 2

Perempuan dgn Kentut

Jarang sekali  kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar  dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata  tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun  tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling  kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk  dan kuat sangat  nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan  ketawa bersama  sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.
                                                                         
Kentut dalam air mengasyikkan

Lelaki secara  lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki  dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa  dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata "Tak  senonoh la."  sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya  hubungan mereka.                            
                                                                         
Jika dahulu pompuan asyik  menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan  beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata,  kentut mintak izin. Tengok.bagaimana kentut mendidik pompuan supaya  menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan  bertambah baik.                                      
                                                                         
Jika dahulu pompuan  berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu  perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan  semakin menghormati.kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak  jumpa dah lelaki camtu.                            
                                                                         
Akhir sekali, jangan  sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan  menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli  keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara  tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli  keluarga anda.                           
                                                                         
Kesimpulan:                                                             
Kentut itu membahagiakan. .anda  setuju???


Sumber: CIPLAK

Monday, January 25, 2010

Naik Bajaj Di Jakarta

Semasa Aku dan isteri tersayang bercuti di Jakarta bulan Disember yang lalu, kami mencuri peluang untuk mendapat pengalaman menaiki sejenis 'Angkot' atau Angkutan Kota yang terkenal dalam Bandaraya Jakarta, atau Jakarta Pusat. Kenderaan itu dikenali sebagai 'BAJAJ' disebut 'bajai'.


Salah satu BAJAJ yang terdapat di Jakarta Pusat

Selepas mendapat sedikit maklumat mengenai BAJAJ dari pemandu wisata kami, aku bercadang membawa isteri keliling Jakarta Pusat. Pemandu wisata kami mencadangkan kami ke Pasar Baru atau Metro yang terletak kira-kira 6 km dari tempat kami berhenti. Di sana katanya, kami boleh membeli belah dan juga mengurup wang kerana aku sudah kehabisan matawang Rupiah.


Lihat peta, Metro (Pasar Baru) adalah destinasi kami


Untuk menyewa BAJAJ ini, kita perlu beritahu kepada pemandunya sama ada dia sanggup membawa kita ke sesuatu tempat yang kita tujui kerana kesesakan trafik yang begitu teruk di Jakarta Pusat. Selepas tawar menawar kami bersetuju untuk membayar Rp25,000 (lebih kurang RM10 untuk satu perjalanan ke Pasar Baru.


BAJAJ ini mudah didapati di mana-mana jua jalanraya di Jakarta Pusat

BAJAJ yang menggunakan enjin skuter 150cc itu mempunyai tempat duduk belakang yang hanya muat untuk dua orang berbadan sederhana, iaitu lebih lebar sedikit dari beca roda tiga. Cuma BAJAJ ini mempunyai bumbung yang diperbuat daripada kain kanvas.


Antara pemandangan lalulintas di Jakarta Pusat

Yang menariknya, BAJAJ ini tidak perlu mengikut jalan raya biasa. Di mana ada jalan pintas, BAJAJ ini akan masuk, hatta di lorong-lorong belakang sekali pun demi menjimatkan masa. BAJAJ kami melalui lorong-lorong kecil yang sesak dan ada juga tempat-tempat berbau longkang kurang enak.


Satu pemandangan kawasan penempatan di Jakarta.
Kabarnya populasi Jakarta waktu siang ialah 9 juta, malam 4 juta!

Dalam perjalanan itu sempat aku berbual dengan supirnya (pemandu), yang separuuh abad umurnya, bertanyakan undang-undang yang digunapakai oleh kenderaan kecil ini. Kata supir itu, tidak banyak sangat peraturan, antaranya BAJAJ ini boleh mengambil jalan pintas yang dilarang kepada kenderaan lain.


Foto kami dalam BAJAJ yang sedang bergerak.
Lihat betapa sempitnya tempat duduk kenderaan itu

Lebih kurang 20 minit kami pun tiba di Pasar Baru Metro tersebut. Di sana sempat kami membeli-belah dan menukar wang Rupiah sebanyak Rp 1 juta. Kalau di Jakarta, kita sudah jadi jutawan!


Kesibukan trafik di Jakarta Pusat jam 9 pagi (WIB)

Hampir sejam kami menyusur toko-toko (kedai) yang menjual berbagai barangan, terutamanya pakaian dan kain ela, kami pun berangkat pulang. Kali ini aku beranikan diri tawar-menawar tambang BAJAJ. Nasib baik dalam perjalanan pulang kami cuma dikenakan tambang Rp20,000 (RM8) sahaja! oleh supir yang berlainan!

Itulah serba sedikit yang dapat diceritakan pengalaman aku dan isteri di Jakarta.

Tunggu cerita lain pula.

Sunday, January 24, 2010

HARI INI HARI GAJI


Seronoklah orang yang makan gaji. Hari ini hari lega selepas 39 hari melopong menunggu gaji masuk bank. Last gaji tahun lepas ialah 17/12/2009. Jenuhlah dok pekin2 takut terbabas.

Tambah2 awal tahun ni banyak yang kena disediakan. Bagi yang ada anak sekolah memang perit. La ni dah dapat gaji bolehlah lega sikit, bolehlah bayar hutang-hutang yang tak terbayar.

Kalau tengok jadual di bawah ini, ada beberapa lagi keadaan di mana tempoh atau selang antara tarikh gaji yang diterima setiap bulan.

TARIKH TERIMA GAJI 2010



BULAN
TARIKH GAJI
SELA (hari)
Januari
25-01-2010
39
Februari
08-02-2010
14
Mac
25-03-2010
45
April
22-04-2010
28
Mei
24-05-2010
32
Jun
24-06-2010
31
Julai
22-07-2010
28
Ogos
25-08-2010
34
September
23-09-2010
29
Oktober
25-10-2010
32
November
10-11-2010
16
Disember
20-12-2010
40

Bulan Februari 2010, kita akan terima gaji awal. Tetapi untuk dapat gaji seterusnya bulan MAC, kita terpaksa tunggu 45 hari!. Ingat! EMPAT PULUH LIMA HARI!

Oleh itu sebagai panduan, warna hijau itu kena hati-hati, warna kuning tu jangan JOLI KATAK pulak!

Pandai2lah mengurus kewangan sendiri.

Wednesday, January 20, 2010

Terjemahan Google

Aku try buka lembaran BLOG ini dengan menggunakan Google Translation.
Menarik dan lucu sekali
korang tengok lah dan try sendiri

klik imej untuk paparan lebih besar

Ust Bakaq kirim salam


Pagi tadi sebelum aku sampai sekolah, aku sempat jenguk ustaz bakaq. Dia kirim salam pada semua orang di sekolah yang masih kenal dan ingat kepadanya.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Hari sabtu ini sekolah ustad Bakaq akan adakan merentas desa. Laluan ikut depan sekolah kita.