SYARIKAT yang biasanya membekalkan penyelesaian prasarana rangkaian di seluruh dunia, Huawei mengeluarkan model Ideos U8150 dibangunkan bersama dengan Google.
Oleh itu, mereka berupaya menawarkan telefon pintar sistem operasi Android 2.2 yang cekap untuk digabungkan antara perkakasan dan perisian. Tambahan pula, Ideos mempunyai rekaan ergonomik yang menyenangkan tangan dan jari jemari ketika melayari Internet.
Bercakap mengenai sambungan Internet, Ideos mempunyai akses menggunakan kelajuan sehingga 7.2Mbps serta ada dilengkapi kemudahan 3G dan WiFi yang digabungkan bersama.
Ia turut boleh digunakan sebagai router WiFi yang menjadikannya peranti semua dalam satu menghubungkan lapan peranti lain seperti laptop, tablet dan sebagainya.
Saiznya pula 104 x 55 x 13.5 milimeter bermakna ia tidaklah terlalu besar untuk dimuatkan dalam poket dengan saiz skrin 2.8 inci beresolusi 320 x 240 yang digunakan sebagai standard biasa bagi telefon bimbit berkelas menengah.
Spesifikasi lengkap klik sini
http://www.gsmarena.com/huawei_u8150_ideos-3513.php
No comments:
Post a Comment