Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Sejarah Mungkin Berulang.

Sejarah mungkin berulang..aku tidak pasti adakah ini ungkapan yang paling sesuai untuk menakrifkan keadaan semasa di sekolah..Jika kita imbas kembali kejadian histeria tahun lepas, ia terjadi selepas sukan..Tahun ini selepas sukan ada tanda-tanda kemungkinan histeria akan kembali..Aku tidak meminta benda ini berlaku tapi isyarat yang kita lihat potensi itu ada..
Dah bermacam-macam teori sudah dirumuskan tetapi penyelesaian muktamad belum ada..hanya Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahuinya..
Kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha dan bertawakal agar akidah kita tidak terpesong..Jangan kita terlibat dengan benda-benda kufur samada secara sedar ataupun tidak..Aku berharap dan berdoa agar kita semua ditetapkan iman...Amin

Wednesday, April 7, 2010

Projek Ternakan Ikan keli

Hari ini dengan rasminya dua buah tangki air telah dijadikan kolam untuk ternakan ikan keli..Projek ini di ilhamkan oleh Menteri Pertanian Dan Haiwan YB Sahibul Samahah Ustaz Zam..Mengikut YB Zam, sebanyak 2000 ekor ikan keli dan 2000 ikan patin akan diternak untuk fasa pertama..Setiap guru akan dijadikan bapak2 angkat ikan keli dan patin ini ataupun lebih tepat lagi tukang beli umpan ( palet )..Jika fasa pertama ini berjaya, projek fasa kedua akan di jalankan dengan benih ternakan 20000 ekor..

Hidup YB Zam....Anda Boleh Mengubah Kerajaan..

Wednesday, March 10, 2010

M10-H45: yey yey ESok cuti

Hari ini ada 2 program berasingan
1 untuk lelaki di surau
1 untuk perempuan di kantin

Yg perempuan habis awai

Esok pulak cuti seminggu separuh penggal I

Kita release tension

Tuesday, March 9, 2010

M10-H44: MARKAH KO KO ITU LAKU?

Hari ini sudah empat puluh empat hari kita sekolah

Empat puluh empat hari yang penuh dugaan dan cabaran

Empat puluh empat hari itu ada yg anggap angka keramat
Kalau wanita bersalin, tunggu empat puluh empat hari baru boleh "on"
Bila tak mau sesuatu berlaku juga dikata "mintak simpang malaikat empat puluh empat"
Kalau cina pulak nombor "empat puluh empat" ini suey!

Apa cerita di laman himpun murid?

Cikgu Din menggoreng cerita kokonya. Markah markah markah...
Apa ada dengan markah koko? Malas nak ulas. Nak temuntah dah dok dengar cerita markah koko ni.

Macam biasalah cikgu kan suka cari salah orang. Satu kesilapan yang tidak sepatutnya dibuat oleh mereka2 yg menjadi pentadbir, kerana mereka bukan macam cikgu2 lain. Mereka tidak boleh silap dalam perkara asas macam ini. Tambah2 didepan budak2 dengan mikropon masih 'on'.

Apa yang disilapkannya? Itu korang cari sendirilah.


Kemaren dibagi tau waktu koko 2 waktu belah bagi dibatalkan. Ganti dgn waktu 10 dan 11. Konon2nya bolehlah balik awal jam 1.25. Tapi dah dibagi tau ada mesorat lagi. Kali ke-156 kot! Tak larat nak membilang lagi.

Nampaknya waktu koko yang dulunya diletak di sebelah tengahari, kini dibawa ke pagi adalah sebagai satu 'medium' untuk mengadakan mesorat-mesorat yang 'boring' lagi mem'boring'kan. Kabarnya hari ini nak bagi semua cikgu paham apa itu RUMAH SEKOLAH.

Jom sama2 kita dengar cerita itu nanti, lebih kurang jam 1.30ptg kot!

Monday, March 8, 2010

M10-H43: Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun

Cikgu Asri mulakan

Alfatihah kepada aruah bapa salah seorang pelajar yang baru meninggal dunia malam tadi. Sesungguhnya hidup dan mati itu adalah ketentuan dari Allah SWT jua. Setiap yang hidup WAJIB mati.

Peraturan diubah lagi.
Kalau sebelum ini dibenar dan digalakkan pelajar menengah rendah yakni tkn 1, 2 dan 3 untuk keluar awal 5 minit sebelum loceng waktu rehat. Hari ini diubah lagi. Cuma tkn 1 sahaja, dgn tujuan untuk memberikan kelesaan kpd mereka untuk membeli di kantin.

Itulah peraturan manusia. Boleh diubah dan ditambah mengikut selera masing-masing. But for one thing, please be honest. Did the regulation made before not suitable? If so, then accept your failure!

Kemudian cerita tandas pulak!
Memang perangai pelajar sekolah ini suka buat kerja last minute atau pun tak buat kerja langsung. Tapi pasal ke tandas ini, tabiatnya bila loceng dah bunyi tamat waktu rehat, barulah depa berduyun2 masuk tandas.

Cerita terowong lagi
Ini pun satu masalah jugak. Terowong block B ini tak pernah sunyi selepas waktu rehat. Kalau satu kelas yang sama, mungkin boleh dijangka juga yang guru mp waktu itu tidak masuk kelas, masuk lambat, atau pun cuti. Yang peliknya ialah dari kelas-kelas yang berlainan. Lagi teruk apabila disertai oleh pelajar tkn 1 dan 2 dengan pelajar2 tkn 5 yang 'hardcore'

Sunday, March 7, 2010

M10-H42

Hari ini tak banyak isu. Yang ada hanyalah kesibukan manusia-manusia yang bernama guru itu dengan urusan masing-masing yang hakiki.

Ok kot?

Saturday, March 6, 2010

M10-H41: Sekolah Melahirkan Penyamun

Hari ini diadakan perhimpunan resmi mingguan.
Lamanya menunggu 'boss' besar turun. Kalau budak2 dah bersedia, janganlah tunggu lama-lama sangat. Orang boring tau! Boring tu menyampah!

Perhimpunan dimulakan dengan cikgu Mad bercakap tentang pencuri dan penyamun "Kita sungguh bangga kerana sekolah ini telah melahirkan penyamun-penyamun!" kata cikgu Mad.

Katanya lagi petunjuk2petunjuk sudah ada untuk mencekup penyamun yang dikenal pasti.

Kemudian cikgu Hasni dengan perutusan siapa entah!

Cikgu Asri pula membentangkan berleter pasal kecurian juga! Panjang jugak.

8.40 baru selesai

Friday, March 5, 2010

M9-H40: Merentas Jalan Tar

Hari ini sabtu, hari ganti cuti tahun baru Cina yang lepas. Sekolah menetapkan diadakan Acara Merentas Desa di sekeliling kawasan kejiranan sekolah ini.

Acara dibahagikan kepada 3 kategori lelaki dan perempuan. 20 peserta terbaik memberikan mata kepada rumah masing-masing dan 10 yang pertama mendapat hadiah cenderamata.

Larian bermula lebih kurang jam 8.30 pagi yang dilepaskan oleh YDP PIBG Sdr Non China.

Acara tamat lebih kurang jam 10.00 pagi. Jam 11.00 diadakan acara penyampaian hadiah, juga disempurnakan oleh Sdr Non China.

Gambar-gambar akan dipostkan kemudian nanti

Wednesday, March 3, 2010

M9-H39: Tiada tajuk sesuai

Khamis 4 Mac 2010
Tiada perhimpunan harian, cuma diadakan bacaan yasin perdana mingguan. Kemaren sudah ada bacaan yasin tergempar mohon kepada Allah agar ditunjukkan dan dibetulkan para-para pencuri yang berkeliaran di sekolah ini.

Tuesday, March 2, 2010

M9-H38: Mendidik itu Wajib

Hari ini kemarahan guru belum reda atas kes2 kecurian 2 hari berturut2. Belum ada saspek yang dikenal pasti.

Pagi ini cikgu Mad pula berleter panjang. "Manusia jenis apakah kamu ini yang sanggup menganiaya guru sendiri? Saya cukup sedih dengan sikap kamu ini..." itu antara keluhan dan rasa kecewa cikgu Mad.

Kemudian cikgu Din pula ambil tempat. Ucapannya juga tidak lari dari kes kecurian yang berlaku. Selain itu diingatkan juga pelajar2 supaya hadir pada hari Sabtu ini untuk acara merentas desa.

Pagi ini baru nampak kelibat ust Amran yang dikabarkan cuti sakit dua hari akibat penat. Alhamdulillah, beliau sudah sihat dah boleh bergerak dengan cergas.

Monday, March 1, 2010

M9-H37: Sekolah sibuk menanti gerombolan PPD dan JPN

Kabarnya orang PPD dan JPN sudah turun ke beberapa buah sekolah yang mendapat keputusan yang buruk dari tahun sebelumnya.

Antaranya sekolah ini juga termasuk dalam senarai itu. PMR nya dari 56% turun kepada 45%. Maka sekolah ini juga akan diserang oleh gerombolan PPD dan JPN.

Sejak minggu lepas banyaklah arahan2 dari atas menyuruh guru-guru buat itu dan ini. Kelas-kelas juga diarahkan ditambahkan keceriaan.

Kemaren aku tengok cikgu din berkeliaran ke serata kelas melihat item2 yang sepatutnya dipamerkan dalam bilik masing-masing. Cikgu2 lain pula sibuk mengemaskinikan fail-fail. Guru2 kanan pula lagi sibuk mencantikkan fail dan borang-borang mereka.

Apakah pemantauan ini untuk melihat semua yang cantik2 saja? Adakah semua orang mahu jadi hipokrit dan dilihat hipokrit? Itulah amalan zaman sekarang. Yang bodoh dan kurang upaya dijadikan ketua.

Maaf kalau terasa

Sunday, February 28, 2010

M9-H36: Henpon cikgu pun kena curi!

Hari ini semua baru lepas cuti Maulidul Rasul. Semua cikgu2 sibuk dengan menyemak kertas jawapan ujian selaras 1 minggu lepas. Sibuk tul!

Apa yang menarik hari ini ialah kehilangan henpon cikgu riduan polis. Katanya dia letak di atas mejanya untuk charging. Lepas rehat dia ada kelas. Bila dia balik bilik guru, tengok2 benda tu dah lesap!

Hebat sungguh budak2 kita. Henpon cikgu pun dicurinya!

Lepas balik, semua budak2 lelaki kena tahan dan dicheck2 sorang2. apa ceritanya?

Wednesday, February 24, 2010

M8-H35: Ujian Selaras Hari Akhir

Hari ini hari terakhir ujian selaras 1

Jumaat esok maulidur Rasul SAW

Hari Ahad kita cuti lagi

Tuesday, February 23, 2010

M8-H34: Ujian lagi hari kedua

Hari ini barulah seharian budak-budak peksa

jawab elok2 yer

Monday, February 22, 2010

M8-H33: Ujian Selaras 1

Perhimpunan pagi ini dimulakan dengan ust Amran membuat pengumuman kutipan derma kilat.

Kemudian cikgu MatSaad dengan arahan supaya meja dalam kelas disusun untuk ujian selaras

Jam 8.00 bermulalah ujian selaras, cuma satu subjek sahaja hari ini iaitu Pendidikan Seni/Bahasa Arab.

Selamat Maju Jaya

Sunday, February 21, 2010

M8-H32: Cerita sama

Hari ini panjangla jugak perhimpunan harian pagi
Mula dengan Kaunselor
- apa yg dibebelkan tak dapat dipastikan

Lepas tu cikgu Masitah
- ini pulak pasal esok nak periksa selaras 1

Lepas tu cikgu Din
- ceritanya markah kokurikulum

Hangus satu waktu pagi ini

Saturday, February 20, 2010

M8-H31: Baik guna tape rekorder

Hari ini hari pertama selepas sekolah cuti 9 hari untuk tahun baru cina.

Perhimpunan Hari Ahad diadakan.
Cikgu Midah memulakan laporan minggguannya minggu sebelum cuti TBC. Mungkin kerana sudah jemu dengan perangai budak2 yang tidak pernah berubah, cikgu Midah umpamakan apa yang dilaporkannnya itu telah diulang-ulang berpuluh2 kali.

"Same ole story. Awak tak berubah-ubah jugak.
Kalau macam ni baik saya rakam dengan tape rekorder saja.
Minggu depan pun sama juga
Bulan depan pun sama
Tahun depan pun sama
Tak payah saya tulis banyak2.
Rakam dengan tape rekoder saja
Sampai bila kamu nak berubah?"

Itulah sebahagiannya.

Yang lain2 tu macam biasalah

Wednesday, February 10, 2010

M6-H30: Ini Last Warning!


Perhimpunan pagi ini banyak berlegar kepada disiplin pelajar.
Bermula dengan cikgu Matsaad memanggil pelajar2 yg ditangkap kemaren untuk dicatatkan dalam rekod salahlaku.
Kemudian cikgu Din dengan hal kokonya. Mesti jadi atlet berjiwa besar!
Diikuti dengan cikgu Asri.
Panjang juga cerita cikgu Asri ini.
Bermula dengan cuti seminggu sempena perayaan Tahun Baru Cina
Kemudian dengan hal-hal disiplin yang sudah dianggap tidak terkawal lagi.
Hukuman lebih keras menanti!

Tuesday, February 9, 2010

Kabinet YB Abu Talib ( Negeri Langgar dan Jajahan Takluknya )

Kena lagi...itu lah yg boleh aku simpulkan..Aku pn dilantik menganggotai Kabinet 1 Langgar pimpinan YB Abu Talib...
Mungkin lepas ni kes ini akan dirujuk ke mahkamah persekutuan kerana aku dilantik bukan melalui pilihanraya..
Nasib baik la ada 2 orang ahli kabinet yang belum memegang tittle Datin...hahaha,pandai YB Abu Talib pilih..
Tahun ini mengikut perancangan jangka panjang, RM200 juta akan dilaburkan untuk projek-projek yang masih terbengkalai di negeri Langgar..Peruntukkan ini akan di uruskan oleh Menteri bertanggungjawab iaitu Senator Rofiza..Harap-harap Rancangan Langgar ke 13 akan mencapai matlamatnya..We look for outcome not output...Graciosss, mujo aspalela

M6-H29: Kepala Butoh Pak Hang

Perhimpunan pagi ini panas, walaupun mentari belum tinggi.
Ungkapan di atas sengaja di 'highlight'kan. Dan itulah yg sebenarnya terjadi. Kata-kata itu dihamburkan kepada cikgu Midah. Itu sudah melebihi paras 'bahaya'. Masihkah kita mahu memanggil mereka ini 'pelajar'?

Selepas itu cikgu Din dengan mesyuarat kokonya. Minggu ini giliran kelab dan persatuan akademik.