Sejarah mungkin berulang..aku tidak pasti adakah ini ungkapan yang paling sesuai untuk menakrifkan keadaan semasa di sekolah..Jika kita imbas kembali kejadian histeria tahun lepas, ia terjadi selepas sukan..Tahun ini selepas sukan ada tanda-tanda kemungkinan histeria akan kembali..Aku tidak meminta benda ini berlaku tapi isyarat yang kita lihat potensi itu ada..
Dah bermacam-macam teori sudah dirumuskan tetapi penyelesaian muktamad belum ada..hanya Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahuinya..
Kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha dan bertawakal agar akidah kita tidak terpesong..Jangan kita terlibat dengan benda-benda kufur samada secara sedar ataupun tidak..Aku berharap dan berdoa agar kita semua ditetapkan iman...Amin
No comments:
Post a Comment