Tuesday, April 27, 2010

Lebih ramai guru lelaki diambil berkhidmat

Lebih ramai guru lelaki diambil berkhidmat

KUALA LUMPUR: Lebih ramai guru lelaki diperlukan bagi menjalankan tugas sebagai guru disiplin, memudahkan penghantaran ke sekolah pedalaman dan sesuai dengan hasrat menjadikan sukan elemen penting mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, berkata disebabkan faktor itu pihaknya akan mengambil lebih ramai guru lelaki, malah berusaha untuk memastikan pengambilannya seimbang, dengan masing-masing 50 peratus di antara guru lelaki dan perempuan.

Menurutnya, sehingga April 2010, nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah rendah dan menengah kerajaan serta bantuan kerajaan di seluruh negara ialah pada kadar 1:2.

“Sebab itu antara faktor kita mahu seimbangkan guru wanita dan lelaki, kerana guru lelaki ini kita dapat tumpukan mereka untuk menjalankan tugas sebagai guru disiplin, untuk memudahkan penghantaran mereka mengajar di sekolah pedalaman, sebab guru lelaki lebih sesuai dihantar ke pedalaman kerana faktor keselamatan.

“Kita akan menjadikan sukan sebagai elemen penting mulai tahun depan, sebab itu kita memerlukan lebih ramai guru lelaki,” katanya, menjawab soalan Senator Datuk Azizah Abd Samad mengenai kuota pengambilan dan masalah kekurangan guru lelaki, dalam soalan lisan, di Dewan Negara, di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini guru lelaki berjumlah 126,580 orang dengan 70,808 di sekolah rendah dan 55,772 orang di sekolah menengah manakala guru perempuan berjumlah 279,650 membabitkan 160,064 orang di sekolah rendah dan 119,586 orang di sekolah menengah.

6 comments:

  1. org laki dah tak minat jadi cikgu

    atau

    org laki tak berkeupayaan @ OKU?

    ReplyDelete
  2. disiplin budak jd teruk sebab ramai cikgu prpuan..mari sekolah asyik buat bisnes..dulu ramai cikgu llaki sebab tu disiplin ok..

    ReplyDelete
  3. Tambahan pula guru-guru perempuan biasanya bawa kereta mahal dan baru. Kena selamatkan kereta dahulu daripada disiplin budak-budak.

    ReplyDelete
  4. ceh.. kalo ada ramai cikgu lelaki pun tapi pemalas, takda maknanya.. asik lepak kat kantin n isap rokok dlm school compound, elok ke tu? at least cikgu pompuan buat bisnes sebab faham maksud '9 per 10 dari punca rezeki adalah dtg dari perniagaan'..

    ReplyDelete
  5. budak lepak kt lorong, cikgu pmpuan lalu buat mcm tak nampak budak, mcm tu ke seorang cikgu?. lbh pentingkn pangkat,kedudukan dan krim muka,nak marah takut make-up cair..

    ReplyDelete
  6. cikgu pompuan takut ambil risiko
    depa sanggup ambil gaji sajaa
    hahhaa

    ReplyDelete