Friday, April 23, 2010

Pelajar Perempuan dibuang sekolah kerana biadap dan maki hamun guru, bukan kerana lewat

'Dia ajak guru bergasak'

KUALA TERENGGANU: Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Engku Noor Wahidah Engku Anuar dikenakan tindakan buang sekolah bukan hanya kerana datang lewat.

Mengikut surat pemberitahuan salah laku disiplin sekolah dan tindakan tatatertib pelajar bertarikh 14 April yang dikirimkan kepada bapa pelajar, Engku Anuar Engku Abdullah, beberapa kesalahan lain menyebabkan jawatankuasa Lembaga Disiplin Tatatertib terpaksa mengambil tindakan membuang pelajar dari sekolah berkuat kuasa 18 April.

Surat yang ditandatangani Pengetua, Hassan Awang Mat turut menyenaraikan rekod ponteng kelas Pendidikan Islam pada 23 Mac dan lompat pagar untuk keluar sekolah pada hari sama. Kesalahan lain yang dinyatakan ialah tiba di sekolah pada jam 8 pagi pada 13 April, membawa lelaki yang mengaku bapa kepada pelajar yang kemudian menyerang seorang guru di bilik kaunseling, dan bercakap kasar serta bertindak biadab terhadap pengetua dan dua guru lain.

Surat yang ditunjukkan Engku Anuar berkenaan turut melampirkan laporan kejadian Selasa lalu di mana pelajar berusia 17 tahun yang menetap bersama keluarga di Taman Desa Putra, Manir, diarah pulang kerana datang lewat ke sekolah.

Engku Noor Wahidah juga dilaporkan membawa seorang lelaki yang mengaku bapanya masuk ke kawasan sekolah lebih sejam kemudian tanpa kebenaran pengawal keselamatan dan seterusnya menuju ke bilik disiplin untuk mencari guru berkenaan.

Menurut laporan itu, pelajar berkenaan bertemu dengan gurunya itu di bilik kaunseling dan mengajaknya bertumbuk di luar kawasan sekolah sebelum memaki hamun gurunya dengan kata-kata kesat.

Laporan itu juga menyebut lelaki yang mengaku bapa pelajar dilaporkan memasuki bilik kaunseling dan terus menolak kepala sebelum menampar pipi guru terbabit yang juga dicabar untuk memanggil suaminya agar dapat bersemuka dan ketika bertemu pengetua, lelaki berkenaan dikatakan meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada guru terbabit kerana sering berdendam dengan Engku Noor Wahidah sebelum berkata: “kalau saya tak sabar, dah lama saya terajang muka cikgu ****** sampai pecah hancur muka dia.”

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan ketika dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai surat dan laporan yang dihantar kepada bapa pelajar.

“Sudah menjadi prosedur kami tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kepada media,” katanya.

Sementara itu, Engku Anuar dan anaknya berkata, surat dan laporan yang turut menyenaraikan nama saksi kejadian banyak yang ditokok-tambah.

Kata nelayan berusia 45 tahun itu, dia tidak pernah menampar pipi guru berkenaan dan sentuhan tangannya ke kepala guru itu memang tidak disengajakannya.

Engku Noor Wahidah pula berkata, laporan berkenaan lebih kepada fitnah dan bukannya fakta menyebabkan dia sekeluarga mencari keadilan dan membuat laporan polis.

“Mereka membuat keputusan untuk membuang saya daripada sekolah tanpa mengetahui perkara sebenar dan cuma berdasarkan pengakuan saksi yang semuanya terdiri daripada guru sekolah yang juga rakan cikgu bermasalah dengan saya,” katanya yang mengaku masih risau memikirkan sekolah mana yang sanggup menerimanya selepas ini,” katanya.

2 comments:

  1. Sememangnya pelajar-pelajar sekolah pada masa kini biadab. Tidak berbudi bahasa dan banyak masalah disiplin. Apa lagi patut dibuat jika engku noor wahidah sememangnya bermasalah. Hukuman yang dikenakan ke atasnya memang patut pun. Guru itu ibarat ibu dan bapa. Kalau engku noor wahidah ni tidak menghormati guru, samalah macam tidak menghormati ibu dan bapanya sendiri.

    nama saja engku tapi perangai macam hantu. kenapa bapa dia tidak namakan sahaja hantu noor wahidah.

    hukuman yang dikenakan itu sebagai pengajaran kepada pelajar-pelajar lain supaya tidak mengikut jejak langkahnya yang ternyata bersalah. PENGAJARAN, semua harus mengingati tentang perkara tersebut.

    Semua sekolah telah mempunyai peraturan dan undang-undang. semua pelajar telah menerima buku peraturan sekolah. saya rasa hantu noor wahidah ini tidak membaca buku peraturan sekolahnya. sebab tu tidak mengetahui apa yang dibuatnya itu salah di sisi peraturan sekolah. pergi sekolah untuk timbulkan masaalah disiplin sahaja.

    Tidak bolehkah pergi ke sekolah lebih awal dan belajar dengan berdisiplin. semua orang mempunyai masalah peribadi sendiri. jangan di bawa masalah peribadi tersebut ke sekolah. beratus atau beribu lagi pelajar-pelajar mempunyai masalah peribadi tetapi masih mengekalkan disiplin yang baik.

    satu lagi trend masa kini. ada masalah sedikit bawa ke pengetahuan media masa. surat khabar tu cuma nak melariskan jualan dengan cerita kontroversi sahaja.
    surat khabar cuma mencetak cerita untuk menjual produk tanpa mengetahui mengenai sistem pengurusan disiplin di sekolah. jijik rasanya bila gambar mengadu kat surat khabar terpampang . bodoh sombong punya orang.

    moga-moga orang yang menyusahkan golongan guru tidak akan hidup tenteram dan aman. moga-moga hidupmu engku noor wahidah tidak diberkati.

    suka mencari salah orang lain. cuba pandang diri sendiri dan nilai. baik kah aku ini engku noor wahidah? atau aku ini hantu di sekolah?

    ReplyDelete
  2. aku pun setuju dengan komen blade, budak2 skrg tidak jujur bila menceritakan keadaan yang sebenar. Rancangan2 TV yg tidak bermoral mempengaruhi pelajar2 kita. Mak bapak pulak, pantang sikit, repot tv dan saman, dengan harapan beroleh sekupang dua.

    ReplyDelete