Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Jumpa Ex-Student di Giant

Lepas ambik anak dari KAFA aku ke SMKAK pula, isteri antar barang ke anak yang di asrama SMKAK. Lepas tu pi Giant.

Bila aku keluar kereta, satu hamba Allah tegur aku.
"Cikgu, ingat saya tak?"
Aku pun senyumlah, buat2 terkejut sikit pastu tanya dia "Err! tak ingatlah, sapa ni?"
"Saya ingat lagi. Dok kena penampaq dengan cikgu"
"La ni marah saya lagi tak?" aku tanya dia.
"Dak laa"
"Kerja di mana?"
Aku dengar macam dia kata Kepala Batas. Aku pun angguk2 la. "La ni dok mana?"
"Kepala Batas, Isteri keja di Imigresen" dia jawab.
"Anak dah brapa?"
"3 orang"
"Yang ni yang kecik kot?" aku tanya lagi
"Aha... 2 lelaki 1 perempuan" kata nya "Cikgu anak berapa?"
"8, yang ni no.7 yang ni no.8"
Aku pun minta diri masuk ke Giant.
Lebih kurang 30 minit join dgn anak bini shopping, aku keluar balik cari ex-student tadi. Aku nampak dia dok layan anak kecik tu. Bini dia blom keluar2 lagi dari Giant.
Aku panggil dia "Mai sat, saya nak tanya sikit"."Dulu sekolah mana?"
"Syed Ahmad".
"Tahun berapa saja ajar awak?"
"Saya keluar tahun 85, Cikgu ajaq saya tkn 1 ka 2 taktau"
Aku pun kira-kira sat "Saya agak tkn 2 tahun 82". "Nama apa tah?"
"Zul" dia jawab ringkas
"Nama penuh"
"Zulkarnain Abdul Lateh"
Aku angguk2 macamlah aku ingat. Tapi susah jugak nak ingat budak2 ni. Dah lama pulak tu. Lepas tu aku kata, nak ambik gambaq dia. Dia pon bagi. Aku sembang2 lagi. Barulah aku tau dia kerja di SMK Kepala Batas, sebagai lab assitant.
Aku pun mintak diri sebab dah magrib dah!

Saturday, January 30, 2010

Tuan Haji Mansor

La ni boleh kata setiap petang hari sekolah kecuali khamis aku kena pi ambik anak aku balik dari kelas KAFA. Jadi satu hari Selasa minggu lepas, lepas ambil anak aku, kami terus ke pasar malam Kepala Batas. Carilah satu dua barang keperluan dapur. Anak-anak pulak apa lagi, beli makanan kegemaran depa.

Kebetulan hari itu aku terjumpa sahabat karib yang sudah lama aku kenal. Tuan Haji Mansor. Umurnya dalam lingkungan 50-an. Aku kenal Cikgu Chot (panggilan mesra) ini sudah lama. Masa itu aku mengajar di SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang. Tahun 1984 Cikgu Chot berpindah ke sekolah itu selepas memperolehi ijazahnya. Sebelum itu Cikgu Chot adalah guru lepasan maktab juga.

Cikgu Chot antara suara-suara lantang mengkritik pentadbiran. Kritik yang membina. Kalau ada yang tak berapa kena, dia akan kritik dan dia firm dengan pendiriannya. Nak jadi cerita, Cikgu Chot berkahwin dengan orang Seberang Perai yang kebetulan adalah sahabat bini aku (bini aku pun orang Seberang Perai). Sebab itu kami kamcheng sebab sama-sama conquer orang Penang.

Ada sorang lagi sahabat aku yang  ceritanya lebih kurang macam ni jugak Nantilah bila aku singgah rumah dia, aku goreng cerita pasal dia pulak.

Suasana pasar malam (tapi siang lagi tu) di Kepala Batas.
Ini baru bahagian ikan dan sayur-sayuran

Kadang-kadang, bila hujung minggu aku balik ke rumah mertua dan ada beberapa kali, secara kebetulan aku laku ikut rumah mertua Cikgu Chot, aku akan singgah jumpa dia di sana jika dia ada. Beberapa tahun selepas itu, Cikgu Chot memohon untuk menjadi pensyarah di Institut Perguruan Darul Aman. Dia jadi pensyarah bahasa. Tiga tahun kemudian isterinya juga mengikuti jejaknya bertugas di tempat yang sama.

Bila aku jumpa dia baru-baru ini, aku ucapkan tahniah kerana dia sudah menjadi ketua Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman. Isterinya pula menjawat jawatan ketua Jabatan Penyelidikan di tempat yang sama.

Inilah satu-satunya puteri Cikgu Chot

Cikgu Chot mempunyai seorang isteri dan 5 orang cahaya mata. 4 lelaki dan 1 perempuan. Anak lelaki beliau yang keempat Muzaffar di tingkatan 3Arif sekarang ini. Yang 1 perempuan ialah anak bongsu. Mereka kini tinggal di taman perumahan berdekatan hospital baru.

Khabarnya Cikgu Chot akan bersara pada tahun 2011. Itulah serba sedikit sahabat baik aku yang jarang aku jumpa walau pun duduk tidak jauh dari aku, tetapi kerana berlainan tugas, masa itu begitu suntuk untuk menjenguk satu sama lain.

Semoga Cikgu Chot panjang umur dan bahagia di samping keluarga dan tugas-tugasnya.

Saturday, January 16, 2010

Kawan Lama - 20 tahun tak jumpa!

Masa aku pi kenduri rumah Pak Leh kelmarin aku ada terjumpa sorang kawan baik aku. Masa mula2 aku kenai dia di Sekolah Kuala Nerang tahun 1984. Dia masa tu baru bertukar dari Grik Perak ke Kedah. Kawan aku ini asal orang Trengganu. Berkahwin dengan orang Kedah tak silap aku la. Bini dia suri rumah full time. Anak dia ada 4 orang semuanya.

Memang dia kawan baik aku. Masa di Kuala Nerang, kami sama2 kerah budak pi semayang zohor dan asar. Masa tu kami sekolah sesi petang. Pueh jugak dok kerah budak2 ni. Kawan aku ni mengajar Kemahiran Hidup.

Kami sama2 kuat politik.

Aku teringat tahun 1988, masa tu sekolah berlebih cikgu sebab ada sekolah baru di Padang Terap dibuka. Bila ramai budak2 pindah sana, guru yang hampir 100 orang itu kena ditukar sebahagiannya. Antaranya, Cikgu Pie kena pi Simpang Empat. Cikgu Ya kena pi Kota Sarang Semut. Cikgu Bokhori pi Naka, Cikgu Ark pi Kolej, Cikgu Usup pi Tanah Merah. Kawan aku ni pi Tanah Merah jugak. Aku kena pi Sultanah Bahiyah.

Last aku jumpa kawan aku ni tahun 1990 kalau tak silap aku. Masa tu dia dok di Tanah Merah lagi. Dia dok berulang dari Kuala Nerang ke Tanah Merah hari2 pasai rumah dia buat di Kuala Nerang.

Kawan aku ni nama Amer.

La ni Cikgu Amer dah pencen. Baru pencen tahun 2008 dulu pada umur 56 tahun. Sekolah last dia di Pedu, jadi penolong kanan.

La ni dia dah ada 3 menantu dari 4 orang anak-anaknya. Ada satu lagi belum kawen, yang bongsu. Dia kata masa kenduri anak2 dia yang 3 orang tu, dia tak dapat nak kontek aku. Tapi dia janji, anak yg last ni dia akan panggil aku jugak. Insya ALlah. Panjang umur jumpa lagi.