Saturday, January 30, 2010

Tuan Haji Mansor

La ni boleh kata setiap petang hari sekolah kecuali khamis aku kena pi ambik anak aku balik dari kelas KAFA. Jadi satu hari Selasa minggu lepas, lepas ambil anak aku, kami terus ke pasar malam Kepala Batas. Carilah satu dua barang keperluan dapur. Anak-anak pulak apa lagi, beli makanan kegemaran depa.

Kebetulan hari itu aku terjumpa sahabat karib yang sudah lama aku kenal. Tuan Haji Mansor. Umurnya dalam lingkungan 50-an. Aku kenal Cikgu Chot (panggilan mesra) ini sudah lama. Masa itu aku mengajar di SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang. Tahun 1984 Cikgu Chot berpindah ke sekolah itu selepas memperolehi ijazahnya. Sebelum itu Cikgu Chot adalah guru lepasan maktab juga.

Cikgu Chot antara suara-suara lantang mengkritik pentadbiran. Kritik yang membina. Kalau ada yang tak berapa kena, dia akan kritik dan dia firm dengan pendiriannya. Nak jadi cerita, Cikgu Chot berkahwin dengan orang Seberang Perai yang kebetulan adalah sahabat bini aku (bini aku pun orang Seberang Perai). Sebab itu kami kamcheng sebab sama-sama conquer orang Penang.

Ada sorang lagi sahabat aku yang  ceritanya lebih kurang macam ni jugak Nantilah bila aku singgah rumah dia, aku goreng cerita pasal dia pulak.

Suasana pasar malam (tapi siang lagi tu) di Kepala Batas.
Ini baru bahagian ikan dan sayur-sayuran

Kadang-kadang, bila hujung minggu aku balik ke rumah mertua dan ada beberapa kali, secara kebetulan aku laku ikut rumah mertua Cikgu Chot, aku akan singgah jumpa dia di sana jika dia ada. Beberapa tahun selepas itu, Cikgu Chot memohon untuk menjadi pensyarah di Institut Perguruan Darul Aman. Dia jadi pensyarah bahasa. Tiga tahun kemudian isterinya juga mengikuti jejaknya bertugas di tempat yang sama.

Bila aku jumpa dia baru-baru ini, aku ucapkan tahniah kerana dia sudah menjadi ketua Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman. Isterinya pula menjawat jawatan ketua Jabatan Penyelidikan di tempat yang sama.

Inilah satu-satunya puteri Cikgu Chot

Cikgu Chot mempunyai seorang isteri dan 5 orang cahaya mata. 4 lelaki dan 1 perempuan. Anak lelaki beliau yang keempat Muzaffar di tingkatan 3Arif sekarang ini. Yang 1 perempuan ialah anak bongsu. Mereka kini tinggal di taman perumahan berdekatan hospital baru.

Khabarnya Cikgu Chot akan bersara pada tahun 2011. Itulah serba sedikit sahabat baik aku yang jarang aku jumpa walau pun duduk tidak jauh dari aku, tetapi kerana berlainan tugas, masa itu begitu suntuk untuk menjenguk satu sama lain.

Semoga Cikgu Chot panjang umur dan bahagia di samping keluarga dan tugas-tugasnya.

No comments:

Post a Comment