Saturday, January 9, 2010

Cuti Hujung Minggu


Yey! yey! sekolah cuti dua hari!
Cuti hujung minggu pon syok jugak bolehlah tenangkan fikiran dan duduk bersama anak isteri. Bebas daripada kerja-kerja rutin yang membosankan.

Hari jumaat pagi, pergi market, carilah serba sedikit barang dapur. Mak ai! Ikan temenung RM 12 sekilo! hahaa, sakitlah sapa2 yang kuat makan ikan. Ayam baru RM 6 sekilo.

Tengahari pi mesjid, dengar khutbah dan lepas tu balik rumah. Petang apa lagi, buat taik mata la pulak.

Lepas asar pi Star Parade, kebetulan ada expo kereta - Proton, Perodua, Nissan dan Mitsubishi. Ramai yang tengok-tengok saja. Yang paling ramai orang pi tengok ialah ALZA, harga RM 69,990 OTR Fully Auto.

Hari sabtu pulak. Pagi2 boleh lepak depan komputer. Petang kena hantar anak balik asrama. Malam baru sampai rumah.

Yang penting, kita bersama family dihujung minggu

No comments:

Post a Comment