Wednesday, January 13, 2010

Hari ke-5 Minggu ke-2

Dah 2 minggu kita sekolah tahun ini.
Kalau kira hari 10 hari dah.
Setahun 190-195 hari, rupa2nya banyak hari lagi.........

Awal ucapan hari ini dari cikgu Midah. Dia bebel lagi pasal buku pemantauan pelajar ponteng. Cikgu Midah panggil ketua kelas bagi kursus cara isi buku itu.

Lepas Cikgu Midah, barulah diperdengarkan Asma Ul-Husna, dan lagu Negaraku. Entah apa protokol yang digunapakai pada hari ini. Main terkam2 macam rimau saja.

Sepatutnya hari Khamis ini diadakan bacaan Surah Yasin beramai-ramai di surau. Tak tahu pulak kenapa tak dibuat, padahal sudah ada dalam perancangan dan jadual waktu!

Lagi teruk dibawa pula waktu akhir hari ini ke depan! Ini pun cerita mabok jugak. Cikgu2 yang ada double period tu macam mana? Kena kerat dua kot!

Lepas itu, pelajar2 lelaki diminta tunggu. Cikgu Matsaad dan Cikgu Talib warning pelajar2 lelaki yang suka letak motor ikut suka hati. Sudahlah naik motor tak ada lesen, main tibai saja mana nak parking motor.

Satu lagi pelajar2 yg suka lepak2 di kedai kopi waktu sebelum masuk kawasan sekolah akan dibuat ambush oleh pejabat kesihatan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment