Saturday, January 30, 2010

Bapa merompak terdesak anak nak sekolah

MELAKA: Menyedihkan apabila seorang bapa memberi alasan dia melakukan rompakan dan mencederakan wanita Disember lalu, hanya kerana terdesak disebabkan anaknya bakal bersekolah.

Semalam dia menerima pembalasan atas perbuatan ‘sucinya’ itu apabila dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Saya menyesal Yang Arif atas kesalahan dilakukan. Tapi saya tidak berniat dan cederakan sesiapapun. Saya terdesak (melakukan samun) kerana anak nak sekolah,” kata tertuduh, Ar Azalley Haron, 46, yang juga penganggur ketika diminta merayu hukuman yang akan diputuskan mahkamah.

Bagaimanapun, rayuannya gagal meraih simpati Hakim Al-Baishah Abd Rahman yang menegaskan beliau memutuskan hukuman itu selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Katanya, mahkamah jelas apabila merujuk 20 rekod kesalahan lampau dari awal 80-an hingga 2005 bahawa tertuduh tidak benar-benar insaf kerana mengulangi jenayah yang hampir sama iaitu mencuri, pecah rumah, dadah dan samun.

Al-Baishah berkata, beliau bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Jaizah Jaafar Sidek bahawa hukuman ‘deterrent’ dan berbentuk pengajaran perlu diberikan kepada tertuduh sebagai iktibar kepadanya dan masyarakat.

“Berdasarkan rekod kesalahan tidak menunjukkan kamu menyesal, malah mengulangi kesalahan serupa dengan kesalahan ini (seperti pertuduhan). Jadi hukuman setimpal perlu diberikan. Kamu dengan ini dihukum penjara 15 tahun dan enam sebatan rotan,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Ar Azalley didakwa menyamun rantai leher emas, dua utas gelang tangan emas, tiga cincin emas, telefon Nokia N82 dan kamera digital Olympus dan dokumen penting RM3,500 milik, Fauziah Othman, 30, dan dengan sengaja mencederakan mangsa
Sumber

No comments:

Post a Comment