Saturday, January 30, 2010

Jaga2! Enjin Kancil boleh terbang kalau eksiden

KOTA BHARU: “Saya bagaikan tidak percaya apabila melihat enjin depan sebuah kereta melayang di depan mata,” kata seorang saksi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tendong, dekat sini, semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang pelajar Politeknik Kota Bharu, Nor Shazwana Mat Zin, 21, yang duduk di sebelah pemandu maut, selepas kereta Kancil dinaikinya bersama empat rakan yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

Menceritakan detik cemas berkenaan, Mat Nor Husin, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Jeli ke rumahnya di Binjai dekat sini, dengan ditemani anaknya, Idris Mat Nor, 10.

“Ketika itu saya cemas sebaik melihat sebuah Kancil seperti terbabas. Saya tidak tahu apa puncanya kerana saya memandu di belakang sebuah kereta Toyota Avanza dari arah Pasir Mas ke Kota Bharu.

“Saya kemudian cuba mengelak kereta itu yang bertembung dengan Kancil sebelum panik melihat objek melayang di depan cermin kereta,” katanya.


Sumber
Harian Metro

No comments:

Post a Comment