Tuesday, January 19, 2010

Hari ke-13

Ramai orang yang percayakan tahyul takut akan nombor 13. Kata mereka itu 'banyak suwei'. Ada juga hotel-hotel mewah yang memiliki bangunan berpuluh2 tingkat tidak meletak label 13, tetapi menulis sebagai 12A dan sebagainya.


Mahu tidak mahu, dalam biliangan hari semestinya angka 13 ini tidak terlepas daripada pengiraan. Hari ini hari ke-13 dalam kalendar persekolahan. Apakah ada 'suwei'?

Perhimpunan dimulakan seperti biasa. Cikgu Din mengambil giliran pertama. Oleh kerana hari ini Rabu, dan pelajar2 kena pakai uniform unit masing-masing, maka ucapan Cikgu Din tidak lari dari memperkatakannya. Pelajar2 bersila kerana itu lebih mudah mengawal tingkah-laku mereka. Lagi pun kalau ter'ambil' masa yang lama, pelajar2 tidaklah merasa lenguh atau pitam.

Hampir 40 minit perhimpunan berlangsung pagi ini. Cikgu Midah seperti biasa melakukan tugasnya - Buku Kehadiran Murid.

No comments:

Post a Comment