Pelajar Mati Minum Racun Serangga
BATU GAJAH: Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun ditemui mati dipercayai minum racun di rumahnya di Taman Pusing di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Najib Mohammad berkata kanak-kanak itu yang balik dari sekolah pada pukul 1.30 petang, dilihat oleh bapa saudaranya mengalami muntah-muntah ketika keluar dari biliknya pada 3 petang dan telah dihantar ke Hospital Batu Gajah.
Katanya pelajar itu meninggal dunia pada 6 petang semalam dan bedah sisasat mendapati dia mati akibat minum racun serangga.
Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah dan mengklasifikasikan kes terebut sebagai mati mengejut.
Budak lelaki itu dijaga oleh bapa dan ibu saudaranya kerana ibu bapanya telah meninggal dunia. BERNAMA

No comments:
Post a Comment