Hari ini ahad. 31-01-2010
Macam biasalah ada perhimpunan mingguan.
Pagi ni aku tengok depa start lambat sikit. Ada benda yang depa tengah prepare.
Selesai baca doa dan negaraku, Ust Amran ambil tempat. Ustad memberikan laporan bertugas bagi minggu lepas. Kali ini ustad agak kecewa dengan sikap pelajar sekolah ini yang rata-ratanya tidak berdisiplin dan bertanggungjawab. "kamu yang bertukar dari sekolah lain tu kena ingat, sekolah lama tak mau kamu, kamu tu condamn dah, bila mai sini tolonglah buat perangai elok-elok sikit. Ubah sikap kamu. Ini tidak, kamu dok macam tu jugak lah...." itu antara yang aku dengar. Yang lain2 tu macam biasalah. Agak lama juga ustad berleter dalam laporannya kali ini.
Selepas itu cikgu Hasanah, GK Teknikal pula naik berucap. Kali ini dia umumkan 23 org calon PMR tahun lepas dapat gred 'A', jadi dipanggilah nama-nama semua itu untuk menerima cendera hati. Sorang demi sorang budak naik atas pentas, sehinggalah selesai.
Lepas tu pulak naik cikgu KKQ, dia pun ceritala sikit pasal KKQ ni, apa menatangnya. Budak2 sudah bising, mungkin lenguh berdiri. Lalu cikgu KKQ pun suruhlah budak2 duduk bersila atas aspal (tar). Macam biasalah bila suruh buat sesuatu mesti bising. Ini pun kena ditegur oleh cikgu KKQ.
Cikgu KKQ pula ada habuan nak bagi pada budak2. Dia kata ada dalam 14 orang yang mengikuti KKQ sebagai satu ko-kurikulum sekolah, dan kesemua budak2 ini telah lulus dan diberikan sijil oleh pihak sekolah. Satu demi satu nama dipanggil untuk menerima sijil tersebut.
Kemudian tiba pula giliran cikgu Midah. Kali ini terdengar ketawa kecil budak2 lelaki perempuan. Cikgu Midah dah jadi faveret depa, depa agak mesti kena hantam laser kaw2.
Cikgu Midah mulakan dengan definisi 'Disiplin'. Dia cikgu bahasa, tentulah pakar dalam bab2 ini. Tak kisahlah. Agak lama jugak cikgu Midah berucap dan memberikan nasihat. Selepas itu ada pula majlis memberikan tauliah kepada pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah. Sorang demi sorang naik ke pentas untuk menerima sijil tauliah sebagai pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah. ada dalam 80 orang.
Bila selesai budak2 terima sijil, tiba pulak giliran cikgu2 disiplin menerima watikah perlantikan sebagai guru disiplin sekolah. Nama demi nama dipanggil untuk menerima sijil dari pengetua. Setiap kali nama guru disiplin dipanggil dan bila mereka naik, kedengaran riuh rendah, bunyi suara budak2 ketawa. Sama ada ketawa mereka itu kerana lucu atau perli.
Selesai cikgu Midah berucap, barulah tiba giliran pengetua. Oleh kerana masa itu dah pukul 9.00 pg, maka pengetua tak cakap banyak. Cuma dua tiga ayat dan dia pun tutup majlis hari ini.
Lepas itu pula adalah beberapa pengumuman, panggil budak itu panggil budak ini.
Petang ini ada sukantara untuk pelajar lelaki sahaja. Tak mai kena denda
Akhirnya jam 9.15 barulah tamat perhimpunan hari ini. Fuuh! 1 jam 35 minit.
Tamat
No comments:
Post a Comment