Saturday, January 23, 2010

M4 - H16 Adab dan biAdab

Dah masuk minggu ke empat


Hari Ahad, perhimpunan macam biasalah. Leter sana leter sini. Rockers tak nampak2 muka. Cutila tu. Atau pon miting

Start dengan ustad Roslim, dia marah sungguh budak2 jantan yang kurang adab bila mengoyak2kan pamplet yang diberikan oleh penceramah. Penceramah pun bukan calang2 orang, polis wooo!.


Ustad memberikan nasihat tentang adab dengan membacakan hadis yang bermaksud

"Orang yang tiada adab, tiada iman. Orang yang tiada iman, tiada agama"

Diikuti oleh Cikgu Siti, pemberian hadiah kepada pelajar2 yg meningkat akademik bagi calon2 PMR dan SPM tahun 2010.


Lepas tu mangkok hayun pula bercakap. Ada kot 3 minit, dia stop! Hangin kot!

Perhimpunan selesai.

Lepas perhimpunan, cikgu Abu pula mencari budak2 yang ponteng kemaren. Ramai jugak laa. Macam2 alasan ada!

No comments:

Post a Comment