
Berdasarkan maklumat, guru lelaki itu menampar pelajar berkenaan berikutan masalah disiplin.
Selepas berita mengenai insiden berkenaan tersebar, Pengetua SMK Perlis, Loo Way Theang dikatakan memanggil guru berkenaan untuk mendapatkan penjelasan, sebelum satu perbincangan bersama mengenainya diadakan.
Bagaimanapun, sesi pertemuan untuk menjernihkan keadaan bertukar panas, sebelum diikuti pertikaman lidah antara kedua-dua pihak sehingga ibu pelajar berkenaan bertindak menampar guru lelaki itu.
Berikutan itu, satu laporan dibuat guru berkenaan di Balai Polis Kangar pada jam 1.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment