"Apa soalan awak Abu?" tanya Cikgu Murni.
"Saya rasa saya tidak sesuai berada di darjah 4 cikgu" kata Abu.
"Kenapa pula?" tanya Cikgu Murni.
"Kakak saya menduduki UPSR. Saya rasa saya lebih cerdik dari dia. Sepatutnya saya berada di darjah 6 juga, cikgu" balas Abu.
"Mana boleh. Umur awak baru 10 tahun. Sebab itulah awak mesti duduk di darjah 4" tegas Cikgu Murni.
"Cikgu tak adil" kata Abu dengan perasaan tidak puas hati.
Cikgu Murni sudah tidak dapat menahan sabar dengan karenah Abu. Dia bawa Abu ke pejabat Guru Besar.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada Guru Besar. Guru Besar mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 4 dan berkelakuan baik.
Abu dibawa masuk ke pejabat Guru Besar. Cikgu Murni terangkan pada Abu apa yang Guru Besar mahu dan syarat-syaratnya. Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan oleh Guru Besar.
Guru Besar: Berapakah 3 x 3?
Abu: 9
Guru Besar: Berapakah 6 x 6?
Abu: 36
Guru Besar: Berapakah 25 x 25?
Abu: 625
Guru Besar terus bertanyakan soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR dan Abu mampu menjawab dengan betul setiap soalan yang diberikan oleh Guru Besar.
Guru Besar memandang Cikgu Murni dan berbisik, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",
Cikgu Murni tidak puas hati.
"Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?" kata Cikgu Murni. Guru Besar memandang kepada Abu dan Abu bersetuju.
"Silakan Cikgu Murni", saya akan melihat dan menilainya nanti. Tanpa berlengah lagi, Cikgu Murni bertanyakan soalan pertama kepada Abu.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
.......... bersambung PART 2
No comments:
Post a Comment