Showing posts with label Rohani. Show all posts
Showing posts with label Rohani. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Tudung ( Kongsi Bicara )-Sila Beri Komen


Di ciplak dari FB

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
  
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?
jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.
Rajin-rajinlah MENYELONGKAR "Older post" saya yang suatu ketika dulu telah saya tuliskan dari awal...
jangan sekadar MENYELONGKAR statement yang dituliskan sahaja,TETAPI teruskan usaha anda MENYELONGKAR segala COMMENT yang tersembunyi di bawah STATEMENT tersebut...
Sudahkah anda merantau apa yang saya post sejak dari awal saya menjejakkan jari menaip di alam maya ini???Saya juga manusia lemah macam saudara-saudari sekalian juga,boleh jadi saya lebih teruk dari saudara-saudara sekalian....Tidak mustahil Allah s.w.t sengaja mengilhamkan kepada naluri saya untuk mengirimkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan kepada manusia melalui kemudahan teknologi,dengan harapan ada manusia dapat memahami dan segera membuat pembetulan....


Monday, May 17, 2010

Wanita Solat di Belakang Lelaki

Wanita Solat di Belakang Lelaki

Hadith:

Abu Naim mennyampaikan kepada kami katanya, Ibnu ‘Uyainah menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq katanya:”Nabi s.a.w solat di rumah Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang anak yatim di belakang baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami.”

(Bukhari)

Huraian :

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelakisebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telahmelebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana merekatelah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanitasolehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaansuami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita.

Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah S.W.T secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.

Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan, Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim).

Bila saf terisi penuh, maka mulailah dengan saf yang baru dari arah sebelah kanan. Bila yang terbelakang hanya seorang diri, maka usahakanlah ia dapat masuk saf yang sudah ada; atau tariklah seorang anggota saf yang ada untuk menemaninya (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, April 29, 2010

Kepayahan itu adalah ujian ALLAH

Orang Mukmin yang sejati, bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu ALLAH mahu beri dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab tanpa dihitung-hitung. Kalau kebaikan biasa diberi ganjaran satu persepuluh atau paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar, ALLAH mungkin balas dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi; terpulang pada ALLAH untuk memberinya.

Patutlah orang Mukmin boleh senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT, sebab dia tahu dia akan diberi pahala. ltulah yang dimaksudkan dengan Hadis di atas Bila dapat nikmat atau kesenangan seperti sihat badan, ada duit, dapat suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan minum dan sebagainya, dia sedar dan insaf bahawa nikmat itu datang daripada ALLAH.

Oleh itu dia sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, Aku mesti gunakan nikmat ni kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan, aku mesti tambah kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku. Oleh itu dia dapat pahala. Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri. Sekiranya dia dapat kesusaa389;han pun, dia dapat pahala.

Jauh sekali bezanya dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu menjadi bala, mendatangkan dos. BiIa diuji dengan kesusahan pun ia menjadi bala. Yang senang pun kita dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau seseorang itu memandang kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan ALLAH.

Jangan sangka kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH. Kesusahan lebih baik baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. Sakit gigi pun dah tak tahan. Selama ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila diuji baru terpelengok. Rupanya aku ni hamba. Baru kita terasa diri kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang elok kita diuji.

Tapi sekiranya memang tak pernah kena uji, kalau diuji pun hanya dengan ujian yang kecil-kecil, bukan ujian yang besar-besar, bila diberi ujian lebih sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita.

JIWA TAUHID

Ubat untuk sakit jiwa tidak lain melainkan tauhid kepada ALLAH SWT. Kuatkan jiwa dengan ALLAH SWT. Kita boleh kuatkan fizikal dengan senaman,boleh berjoging tiap-tiap hari ataupun beli alat-alat aerobik, makan bahan-bahan berzat secukupnya. Semua ini boleh menyihatkan badan. Tapi makin kuat fizikal, makin lemah jiwa.

Kenapa? Kerana jiwa tak dikuatkan dengan ALLAH. Sebab itu perlunya ujian kesusahan. Dengan ujian itu, kita sedar ALLAH itu ada dan kita sedar perbuatan ALLAH pada kita. Kita tahu mengapa ALLAH lakukan sesuatu kepada kita. Kalau umpamanya ada orang menyusahkan kita, kita tahu ia merupakan ujian dari ALLAH untuk penghapusan dosa kita.

Mungkin waktu kita muda-muda dulu kita pernah menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya waktu sekolah menengah dulu, Kita jentik-jentik telinga kawan, pukul kawan, ejek-ejek kawan. Semua itu menyakitkan hati orang. ALLAH balas perbuatan kita itu sekarang, mungkin isteri kita mengejek kita pula.

Hapuslah dosa kita. Di waktu itulah kita kena ingat bahawa kita pernah mengejek orang, menghina orang. Jadi ALLAH hina kita melalui isteri, melalui anak, melalui orang lain untuk menghapuskan dosa.

Bila kita terasa dosa kita terhapus, alangkah bahagianya. Umpama kita diisytiharkan masuk ke Penjara, tapi tiba-tiba tak jadi dimasukkan ke dalam penjara. Alangkah bahagianya. Mungkin sebagai tanda kesyukuran, Kita akan sembelih lembu lima, enam ekor. ltu baru penjara dunia. Penjara Akhirat (Neraka ALLAH) lebih hebat dan menakutkan.

Patut kita sedar, dengan ujian kesusahan yang ditimpakan kepada kita, ALLAH tak mahu hukum kita di Akhirat, Dia mahu hukum kita di dunia. Tapi kalau kita tak mahu menerima, kita tak faham itu ganjaran pahala daripada ALLAH, maka jiwa kita akan sakit; itu yang membuat kita terpelengok.

Mana ada manusia yang lepas dari ujian. Raja atau pemimpin sekalipun, walau sehebat mana pun dia, pasti tidak lepas dari ujian kesusahan. Kalau dia seorang yang zalim, ALLAH datangkan orang yang lebih zalim lagi untuk menghukum dia. Bila orang jahat pukul orang jahat, maka kena buku dengan ruas.

Bagi sesetengah pemimpin, kadang-kadang orang-orangnya sendiri yang lanyak dia. ALLAH datangkan tokoh-tokoh yang dia didik dan dibelainya dulu, menyusah dan melanyak dia. Supaya dia sedar, tak ada orang yang berkuasa. Cuma kalau dia tak sedar, dia tak nampak kuasa ALLAH.

Tak nampak maha berkuasanya ALLAH. Mungkin dia telah berlaku zalim terhadap sebuah jemaah Islam yang haq. Dia nak hapuskan jemaah itu. Tapi ALLAH tak izinkan, bahkan jemaah itu masih terus berjuang dan dari sehari ke sehari makin berkembang; pendukung serta simpatinya makin bertambah. Bahkan orang-orang bawahan pemimpin itu pun turut memberi simpati dan mendukung perjuangan jemaah tersebut. Padahal tidak ada apa-apa pada jemaah itu kalau dibandingkan dengan pemimpin yang dikawal oleh bodyguard tapi akhirnya dapat dijatuhkan juga.

Kalau mengikut logik, itu tidak mungkin berlaku. Tapi ia berlaku dengan izin ALLAH. Jadi tidak ada manusia yang lepas daripada ujian. Bila didatangkan ujian oleh ALLAH, kita kena terima. Tak apalah susah sikit-sikit tapi bahagia di Akhirat. Tapi kalau orang yang kena ujian bukan kerana ALLAH, di dunia lagi parah. Di Akhirat dapat Neraka.

Kalau kita faham ini semua kerja ALLAH, maka ianya tidak memberi kesan kepada kita. Sakit memang sakit dan memang kita rasa teruji, tapi taklah sampai kita hilang pertimbangan. Katalah ada orang menyusahkan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah.・

Jadi kalau kita tak redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. Apabila orang curi duit kita umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang bersalah; dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH!

Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu yang marahkan kita, tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena gaya, boleh masuk Neraka...・Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan kita patut susah hati, Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga. Patutnya kita sedar tentang hal ini.

DIDIKAN UNTUK WANITA

Bagi seorang isteri, kalau dia sedar perkara ini, hatinya tidak akan susah. Umpamanya kalau suami lambat balik sikit, mungkin seminggu sekali baru balik, kita tak akan marah-marah. Kita akan bersabar dengan tindakan suami kita. tak apalah suami aku buat macam in mudah-mudahan dengan cara inilah dosa aku terampun・ Jadi kita tak akan marah-manahkan suami kita.

Yang hairannya, kita ini terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau kita buat pada orang tak apa, tapi kalau orang buat pada kita, kita tak boleh terima. Orang silap dengan kita, kita ambil tahu, tapi kalau kita silap dengan orang, kita make don’t know sahaja; buat tak tahu.

Suami tersilap dengan kita, kita ambil kira. Kita silap dengan suami, tak apa. Bagi si suami pula, isteri tersilap dirasakan terlalu menyakitkan, tapi bila suami yang silap, dia tak sedar. Dia buat don;t know sahaja. Sebab itu pentingnya tauhid. Bukan tauhid sekadar percaya ALLAH itu ada, ALLAH menjadikan alam ini. Cuba tanya orang bukan Islam, ni dunia siapa yang bikin?・Tentu dia jawab, tuhan ALLAH la...Tauhid macam itu, orang kafir pun miliki.

Jadi kita mesti faham akan kerja Tuhan. Bila diberi pangkat, harta dan duit sebanyak-banyaknya, ALLAH seolah-olah berkata, ni Aku beri peluang untuk engkau membuat pahala kebajikan sebanyak-banyaknya. Tapi mea389;ngapa tak ambil peluang? Waktu diberi peluang keistimewaan, kita tak ambil peluang untuk cari pahala.

Patutlah sekali-sekala ALLAH tarik nikmat itu untuk menguji kita pula. Supaya ALLAH dapat berikan pahala sabar pula. Tadi diberi peluang dapat pahala syukur, sekarang diberi peluang merebut pahala sabar pula. Di masa-masa lain mungkin diberi peluang mendapat pahala memberi maaf, pahala meminta maaf, pahala tawakkal, pahala pemurah dan sebagainya.

Kalau tak ada kejadian yang berlaku pada diri kita, mana ada ruang nak dapat pahala? Pahala sabar diberi waktu susah. Kalau tak mahu terima kesusahan, mana ruang untuk kita dapat pahala sabar? Jadi setiap kejadian yang menimpa diri kita itu, sebenarnya ALLAH nak berikan pelbagai benda kepada kita.

AMARAN ALLAH

Menjaga hubungan hati dengan ALLAH itu penting. Sekiranya ujian-ujian yang ALLAH timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan ALLAH. Kita tidak senang dengan Dia yang mencipta diri kita. Gambarkan bagaimana. Tentulah ALLAH murka.

Di dalam Hadis Qudsi ada disebut: Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan carilah Tuhan selain daripada Aku. Bolehkah Kita cari Tuhan lain? Bolehkah kita berpijak di bumi selain daripada bumi ALLAH? Katalah Kita nak pergi ke bulan. Bulan pun hak ALLAH juga. Seluruh isi langit dan bumi serta yang berada di antara kedua-duanya adaIah kepunyaan ALLAH.

Demikian murkanya ALLAH SWT hingga Dia berfirman demikian. Kalau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan-Nya, Dia menyuruh kita mencari bumi selain daripada bumi-Nya. Maknanya bumi yang di atasnya tidak ada ujian; hanya penuh dengan keindahan sahaja. Sedangkan ALLAH sudah tentukan, kehidupan di bumi-Nya ini ada payah dan ada senang. Katakanlah, kita berdoa kepada ALLAH, minta nikmat sahaja.

Kalau kita diberi nikmat, adakah kita mampu bersyukur setiap ketika? ALLAH tambah sahaja rezeki seringgit, Kita tambah sembahyang sunat dua rakaat. Bertambah sahaja sepuluh ringgit rezeki kita, Kita tambah 20 rakaat sembahyang sunat. Begitulah seterusnya, untuk menunjukkan syukur kita terhadap nikmat ALLAH.

Mampukah kita berbuat begitu? Kalau tidak mampu, terimalah sedikit ujian daripada ALLAH, untuk dapat pahala. Sebab kalau kita dapat banyak nikmat daripada ALLAH pun, bukannya kita boleh menambah bakti. Bukannya kita boleh menambah kebaikan. Jangan-jangan kita bertambah jahat! Kalau selama ini kita kurang duit, kita rajin juga sembahyang.

Tapi bila duit bertambah banyak, sembahyang pun tunggang-langgang. Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan; bila bertambahnya rezeki, kita akan tambah kebajikan yang dibuat. Kita akan tambah sembahyang sunat, tambah khidmat kepada orang, tambah sifat pemurah dan sebagainya.

Apakah kita mampu berbuat demikian? Kalau tak mampu, apa yang ALLAH timpakan kepada kita, kita terima sahaja. Jangan bangkang, kerana ALLAH bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tak faham. Waktu anak-anak kita main tepi jalan, kereta pula lalu-lalang, Kita rasa bimbang, lalu kita panggil dia balik. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, tak ada otak ibu ayah aku ni, sakit telinga aku dipiatnya.・

Tapi sekiranya anak kita faham, dia berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkan dia daripada kena langgar. Mana lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tapi anak itu tak faham didikan ibu dan ayahnya, lalu dia jadi marah. Padahal cuma dijentik sahaja; kalau dibiarkan diIanggar lori, lagi parah. Kalau dia faham, tak apalah dijentik sikit sebagai mengingatkan aku jangan main di tengah jalan.

Sebab kalau aku lalai, tak diingatkan dengan jentikan tadi, terus main di tengah jalan, mungkin dilanggar lori. Kalau tak mati pun, patah kaki, patah tangan. LaIu dia akan berfikir, baiknya ayah dan ibu aku ini bertanggungjawab. Rupanya begitu sayangnya dia dengan aku.

BiIa si anak berfikir begitu, taklah rasa sakit hati, nak marah dan memberontak. Bayangkan pula, kalaulah sejak dulu hingga ke hari, seluruh guru di dalam dunia ni, kerana nak menjaga ketenangan hati dan fikiran anak muridnya, mereka pun biarkan anak muridnya berbuat apa saja.

Apa yang muridnya buat walaupun salah, mereka tak marah, mereka tak akan pukul atau rotan. Anak muridnya nak mentelaah atau tidak, nak baca buku atau tidak, mereka tak tegur. Marah tidak, rotan pun tidak.

Agak-agaknya bagaimana manusia ini keadaannya? Begitu juga kalau kita sebagai ibu bapanya, dia tak buat kerja rumah, dia malas baca buku dan sebagainya, kita tak tegur atau rotan.

Bagaimana agak keadaannya? Sebab kalau jentik atau tegur tentu budak itu akan sakit hati. Kalau kita berfikir begitu, apa akan jadi? Akhirnya guru tak akan ke sekolah, anak-anak murid pun tak akan ke sekolah. Kita dulu pun pergi ke sekolah kerana mak ayah yang suruh. Kalau tak pergi, dipiatnya telinga kita.

Cuma baru sekarang kita tahu nilai harga ilmu. Kalau di waktu sekolah rendah kita biarkan anak kita tanpa ditegur, sampai sekarang ini pun dia tak mahu sekolah. Apa akan jadi dengan manusia yang seperti ini? Begitulah kalau ALLAH tak jentik-jentik kita, tak disusah-susahkan kita, apa akan jadi pada kita ini?

Jadi begitulah, ALLAH susahkan kita sedikit untuk melepaskan kita dari penderitaan yang besar di Akhirat kelak. Kalau kita faham seperti fahamnya si anak tadi terhadap tindakan ibu dan ayahnya, masyaALLAH, kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

9 SITI YANG PATUT DICONTOHI

9 SITI YANG PATUT DICONTOHI

1) Siti Khadijah
– Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W. yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
– Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
– Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W. minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
– Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
– Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah’
– Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
– Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah
– Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9) Siti Zubaidah
– Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramaihanya niat kerana Allah S.W.T.

Monday, April 5, 2010

'Sungai di dalam lautan'

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (QS Al Furqan 53).

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing" (QS Ar-Rahman 19-20).

::
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
::

PADA suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diartikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” artinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Sumber Referensi :

  1. Buku elektronik (ebook): Bukti Kebenaran Quran, oleh Abdullah M. Al-Rehaili, Tajidu Press, Yogyakarta, 2003. Judul Asli: This is The Truth, Newly Discovered Scientific Focts Revealed in the Quran & Authentic Hadeeth (Wolrd Supreme Council for Mosques Affairs Commission on Scientific Sign of Qur’an and Sunnah at Muslim World League Makkah al­Mukarramah and Alharamain Islamic Poundation, Third Edition, Riyadh, 1999)
  2. http://www.cenoteangelita.com/cenote_info.htm
  3. http://ivandrio.wordpress.com/2010/03/07/subhanallah-ada-sungai-dalam-laut/#more-865
  4. Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=RIyvz8th7dU&feature=related.

Tuesday, February 9, 2010

Perhimpunan Di Padang Mahsyar

Perhimpunan Di Padang Mahsyar

Hadith :

Dari Abi Hurairah r.a ., bahawa Nabi s.a.w bersabda: “ Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:

1. Untuk menzahirkan tanda kesangatan murka Tuhan Yang Maha Adil terhadap orang-orang yang bersalah maka pada masa itu didekatkan matahari kepada kepala manusia dan dibawa datang Neraka jahannam ke padang Mahsyar serta diberikannya bercakap menyatakan jenis-jenis orang yang diserahkan kepadanya menjalankan hukuman azab seksanya.

2. Bagi orang yang beriman, mereka mendapat pertolongan Allah seawalnya

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, February 6, 2010

Bongkak Sombong Tidak Ke Mana

Bongkak Sombong Tidak Ke Mana 
 
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)

Huraian

Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.

Kita perlu ingat kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan Allah SWT tersebut?

Ayat ini yang merupakan ungkapan nasihat Luqman kepada anaknya adalah satu amaran kepada manusia demi memperbetulkan sistem sosial dalam masyarakat Islam. Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.

Justeru, berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian Allah SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam.

Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata.

Kesimpulan

Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam. Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.

Thursday, January 21, 2010

Wajib Mendengar Dan Mematuhi


Wajib Mendengar Dan Mematuhi

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi” Riwayat Ahmad Dan Muslim 

Huraian:
Pengajaran Hadith:
i) Peraturan yang baik dan menjurus ke arah kebaikan hendaklah dihormati dan dipatuhi. Begitu juga perlu ada kepatuhan terhadap ketua sama ada arahannya dipersetujui atau tidak, melainkan jika arahan itu menyalahi peraturan dan merupakan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Menegur dan menasihati ketua yang mengarah melakukan perbuatan mungkar dan menyalahi adalah wajib kerana berbuat mungkar dan menyalahi peraturan itu merupakan suatu kezaliman. Sebaliknya ketua itu hendaklah diberi nasihat supaya tidak melakukan kemungkaran dan membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.  

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab

Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab

Hadith :
Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”
(Bukhari)

Huraian:
Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar).

Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.

Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia