Sabtu Februari 6, 2010
Bongkak Sombong Tidak Ke Mana
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)
Huraian
Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.
Kita perlu ingat kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan Allah SWT tersebut?
Ayat ini yang merupakan ungkapan nasihat Luqman kepada anaknya adalah satu amaran kepada manusia demi memperbetulkan sistem sosial dalam masyarakat Islam. Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.
Justeru, berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian Allah SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam.
Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata.
Kesimpulan
Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam. Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.

adakah saya sombong???? huhu!
ReplyDelete