Pagi ini di perhimpunan pagi cikgu Midah memulakan ucapan. Banyak dikisarkan kepada buku pontong/kehadiran pelajar dalam kelas.
Kemudian cikgu Din pula mengambil tempat. Pelajar2 dikehendaki bersila. Sudah tentu cikgu Din akan ambil masa yang lama kali ini. Kemaren tak sempat, sebab dibuat adhoc meeting. Jadi hari ini cikgu Din lepas gian kot?
Dimulakan dengan bicara buku peraturan sekolah yang WAJIB dibeli oleh semua pelajar dgn harga RM2.50. Cikgu Din menghuraikan serba sedikit pentingnya buku itu dimiliki oleh semua pelajar. Di samping membaca peraturan-peraturan yang ditulis di situ, pelajar juga dapat menjadikan panduan supaya tidak melakukan apa yang dilarang atau tidak dibenarkan. Cikgu Din umpamakan harga buku itu hanya sama dengan 5 batang rokok (sebabnya ramai pelajar di sini merokok). Buku yang kulitnya berwarna biru berkilat itu akan mula diedarkan kepada pelajar hari ini.
Selepas itu masuk tajuk sukan pula. Dengan memberikan contoh bagaimana formula membina daya tahan diri, cikgu Din yakin pelajar sekolah ini mampu menandingi dan bersaing dengan sekolah-sekolah lain dalam acara olahraga MSSKD Kota Setar.
"Mergong ni depa kuat dalam acara lari saja, sebab tu depa boleh jadi juara kerana acara larian banyak. tapi dalam acara lontar depa tak kuat. Saya ada formula untuk itu. Acara lontar ada 12. Kalau kita boleh dapat 12 pingat emas dalam acara lontar, sekolah-sekolah lain akan mula cuak dengan sekolah kita"
Cikgu Din juga berjanji akan memberikan ganjaran peribadi berupa wang tunai kepada mana-mana atlet sekolah yang memperolehi pingat dalam MSSKD nanti. RM20 emas, RM15 perak dan RM5 gangsa. Itu antara insentif yang dijanjikan.
"Kalau Mergong boleh kita pun boleh!" tegas cikgu Din
Akhirnya barulah diumumkan keputusan sukantara yang telah diadakan pada minggu lepas. Sepatutnya pengumuman ini telah dibuat pada pagi hari Selasa.
KEPUTUSAN KESELURUHAN L + P SUKANTARA 2010
Kedudukan | ---------Rumah-------- | -----Mata---- |
1 | KUNING | 102 |
2 | HIJAU | 85 |
3 | MERAH | 87 |
4 | BIRU | 65 |
Perhimpunan pagi ini berakhir jam 8.19pg
No comments:
Post a Comment