04 Februari, 2010 12:55 PM
15 "Bapa Angkat" Bahagian UMNO Sertai Program Di Kedah Mulai Jumaat
ALOR SETAR, 4 Feb (Bernama) -- Selama tiga hari mulai Jumaat suasana di Kedah menjadi amat sibuk dan padat dengan pelbagai program Juara Rakyat peringkat negeri yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabtu ini.
Seramai 15 'bapa angkat' bahagian-bahagian UMNO terdiri daripada tiga Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti akan bersama rakyat dalam program berasingan di peringkat bahagian yang telah disusun-atur.
Program bermula dengan pelancaran daftar pemilih Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia oleh Naib Presiden merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Shafie Apdal di padang pekan Simpang Empat, Kerpan pukul 5 petang Jumaat.
Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang turut hadir akan bersama masyarakat pelbagai kaum di dewan Sekolah Menengah Hutan Kampung pada sebelah malam.
Menurut jadual yang dikeluarkan UMNO Kedah pada Khamis, program Juara Rakyat akan dirasmikan Muhyiddin di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang pukul 11 pagi, dijangka dihadiri lebih 10,000 orang.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mempunyai aturcara jadual yang padat termasuk bertemu warga pendidik seluruh Kubang Pasu dan beramah mesra dengan masyrakat Kota Siputeh pada sebelah petang.
Program Juara Rakyat dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Rawang, Selangor, 9 Jan lepas sebagai tanda UMNO menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada pilihan raya umum ke-12.
Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Shafie dan ahli-ahli MKT pula menyertai majlis berasingan bersama rakyat di peringkat bahagian pada Sabtu.
Hishammuddin akan melancarkan program Juara Rakyat UMNO Baling di Dewan Tun Abdul Razak dan melawat Ibu Pejabat Polis Baling manakala Ahmad Zahid bersama rakyat di Sik dan Shafie melancarkan program Juara Rakyat Parlimen Pendang.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata program itu bertujuan memberi ruang kepada pemimpin memahami pelbagai perkara yang menyentuh hati nurani rakyat selain mendekatkan hubungan kedua-dua pihak," katanya.

Tok Mahyudin
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment