Monday, February 22, 2010

Guru bebas tuduhan cabul pelajar bisu

Guru bebas tuduhan cabul pelajar bisu

2010/02/23

KLANG: “Alhamdulillah, akhirnya nama saya dibersihkan,” kata seorang guru selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, daripada pertuduhan mencabul kehormatan tiga pelajar pekak dan bisu di sebuah sekolah pada 2005.

Hakim Datuk Anita Harun dalam keputusannya melepas dan membebaskan Mohd Rizal Beboo, 29, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Menurutnya, pihak pendakwaan gagal menyatakan apakah bentuk kekerasan dan pencabulan didakwa dilakukan tertuduh yang juga guru bagi mata pelajaran Sejarah dan Kemahiran Hidup terhadap ketiga-tiga mangsa. Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah melakukan cabul terhadap tiga mangsa di bilik komputer Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Bukit Kuda, Klang, di sini, antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang, 25 Julai 2005.

4 comments:

  1. tahniah cikgu rizal,kita jadikanlah kes ni pengajaran.harap jangan diulangi kesilapan yang lama,semoga hidup bahagia disamping orang di sayangi..

    ReplyDelete
  2. tahniah......jangan buat lagi

    ReplyDelete
  3. akhirnye selesai juga kes ni da lama sangat,tp tak apa berbaloi juga penantian cikgu rizal.harap2 tiada da lagi kes melibatkan cikgu macam ni,maklumlah cikgu sepatutnya menjadi contoh yang baik,

    ReplyDelete
  4. sudah jangan cabul murid dah.

    ReplyDelete