Friday, February 5, 2010

Lelaki khalwat bukan ustaz

Lelaki khalwat bukan ustaz

2010/02/01

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 30-an dan pasangannya pelajar berusia 16 tahun oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam sebuah kereta di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, dekat Tendong, petang Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, berkata pihaknya bagaimanapun menafikan lelaki ditahan itu seorang ustaz seperti didakwa ahli SRS itu sebaliknya kakitangan sebuah badan berkanun.

“Pelajar ditahan itu bersekolah di sekolah agama dan kedua-duanya sudah diambil keterangan sebelum didakwa mengikut Seksyen 5(1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 Tahun 1985.

“Jika sabit kesalahan mereka akan dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Sumber: HMetro

Komen:
Hari tu kata ustaz, skrg bukan ustaz pulak!
Buat malu prof guru jer. Patut saman ini paper

4 comments:

  1. huhu! tp zaman skrg imam pun blm tentu bleh pakai...

    ReplyDelete
  2. jangan dok pakai imam, pakai la cik suami tu...imam guna masa nak kawen je...he2..he2

    ReplyDelete
  3. encik suami jadi imam time semayang je kot!

    ReplyDelete
  4. dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini...

    ReplyDelete