GIGIH...pekerja KTM menggunakan kren untuk mengalih gerabak.
BERGEGAS...Mohd Desa mengusung ibunya yang sakit keluar rumah kerana tidak tahan bau gas dari gerabak.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Difahamkan, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth membawa barangan berasaskan getah.
Hafiz ketika ditemui semalam berkata, ketika kejadian itu dia menonton televisyen di rumahnya sebelum ternampak kereta api terbabit yang bergerak perlahan di landasan terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya di kampung berkenaan.
“Kereta api itu berhenti sebelum saya terdengar bunyi seperti letupan di gerabak paling belakang. “Sejurus selepas itu, semua gerabak berkenaan terbalik satu persatu kecuali kepala kereta api dan saya difahamkan pemandunya sempat membuka penyambung gerabak pada kepala kereta api itu,” katanya di lokasi kejadian, semalam.
|
Penduduk, Md Desa Said, 53, berkata selepas kejadian dia cuba menghampiri salah satu gerabak terbalik itu tetapi membatalkan hasratnya selepas menghidu bau busuk seperti gas ammonia.
“Ketika itu bau dari gerabak yang terbalik semakin kuat kerana jarak rumah saya dengan gerabak itu hanya 10 meter,” katanya.
Tinjauan Harian Metro di tempat kejadian, semalam mendapati sebahagian landasan menjadi bengkok serta beberapa tayar gerabak tercabut. Selain itu, kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja pengalihan gerabak dan mengesan kebocoran gas selain menutup landasan.
Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran landasan berkenaan turut meninggalkan rumah masing-masing berikutan tidak tahan dengan bau gas itu.
Ketua Operasi Balai Bomba Guar Chempedak, Hasbullah Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kemungkinan kerosakan terbabit berpunca akibat cuaca terlalu panas menyebabkan besi landasan mengembang dan bengkok.
No comments:
Post a Comment