Sunday, February 7, 2010

Bagaimana menguruskan GAJI?



Tahniah kepada Tuan Shamsuddin atas buku yang penuh informasi ini. Baiklah, saya akan ulas secara ringkas sahaja. Secara keseluruhan buku ini, saya boleh beri 5 bintang.

Seperti semua orang sedia maklum, ilmu pengurusan kewangan adalah satu-satunya ilmu yang tidak di ajar di sekolah. Untuk menguasai ilmu ini, anda perlu belajar sendiri. Bagaimana? Buku ini antara cara untuk anda tambah pengetahuan anda tentang pengurusan wang secara tidak langsung.

Buku ini membincangkan tentang perihal pekerja yang makan gaji, tetapi masih boleh mengatur strategi untuk menjadi kaya, seterusnya bebas kewangan dan mungkin jutawan!

Saya sememangnya sudah sedia sedar akan risiko yang di tanggung seseorang individu sebagai pekerja makan gaji. No doubt, kerja makan gaji tidak ada jaminan. Tidak kira anda kerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Kenapa? Ia adalah bom jangka. Seperti tertera dan di huraikan dengan menarik dalam bab 1 buku ini.

Sampai di bab 8 - Menjana Pendapatan Alternatif. Saya sudah mula tersenyum-senyum. Di sinilah saya sekarang. Mencuba dan tak lupa gagal, dan bangun dan cuba lagi. Sudah 2 tahun, pengalaman yang mendewasakan :)

Kemudian masuk ke bab 9 - Mesin Cetak Wang Kelas Pertama. Sehingga akhir buku, amat menarik hati. Malahan beberapa nota di catatkan. Kadang-kadang pemahaman konsep datang dari sumber yang tidak kita ketahui. Adalah lebih penting memahami dari hanya membaca kosong.

Bagi saya, buku ini mendidik dan memberi saya informasi tentang bagaimana kita boleh merangka strategi untuk menjadi kaya, tidak kira di mana anda berada sekarang. Semua orang mempunyai peluang sama rata. Yang menjadikan seseorang kaya semakin kaya, dan orang biasa menjadi kaya, ialah strateginya. Banyak lagi intipati buku ini yang akan saya cerita lagi dari masa ke masa. Prinsip 10%, 20%, 70% amat menarik minat saya.

Pada akhir pembacaan, saya yakin para pembaca akan berkata : Semua orang boleh menjadi kaya, tidak kira siapa mereka. Saya menyarankan anda membaca buku ini, terutamanya para graduan.

ps : Tertarik pada ungkapan : Ijazah adalah aset anda. Ilmu adalah aset paling berharga anda. Tetapi sedar atau tidak, ramai orang tidak bijak menggunakan ilmu yang mereka ada. Malahan, ada yang ilmunya tidak langsung berkembang. Ilmu akan membawa perubahan besar dalam hidup anda. Soalan saya kepada anda : Apakah ilmu baru yang anda pelajari hari ini? :) Tahukah anda, Donald Trump sendiri akan memastikan dirinya mempelajari benda baru setiap hari :) 

Sumber: Cilok

1 comment: