SUBANG JAYA: Hanya kerana tidak menepati janji, seorang lelaki cedera dibelasah isterinya yang tiba-tiba ‘naik angin’ di rumah mereka di Batu 3, di sini, semalam.
Difahamkan, isteri berusia 33 tahun itu hilang pertimbangan apabila suaminya dikatakan enggan pulang ke kampung halamannya di Perlis untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Lebih memburukkan keadaan apabila isterinya itu dikatakan sudah berjanji dengan keluarganya untuk pulang beraya selain sudah membuat persiapan membeli pelbagai barangan semata-mata mahu menyambut perayaan itu bersama anak sulungnya yang baru berusia lapan bulan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 37 itu dikatakan berubah fikiran pada saat akhir menyebabkan isterinya mengamuk sebelum bertindak menyerang suaminya itu.
Difahamkan, pada malam sebelumnya, lelaki yang bekerja sebagai pengurus kilang itu sudah berjanji untuk pulang ke kampung isterinya.
Sumber berkata, keengganan mangsa untuk pulang ke kampung halaman isterinya seperti dijanjikan adalah kerana terjadi pertengkaran kecil antara mereka beberapa jam sebelum bertolak ke Perlis.
No comments:
Post a Comment