Friday, February 12, 2010

Suami cikgu‘ghaib'

Suami ‘ghaib'

KUALA LUMPUR: “Kehilangan suami secara tiba-tiba seakan-akan misteri buat kami sekeluarga, malah dia tidak membawa bersama dompet, kunci kereta dan wang tunai,” kata seorang guru, Wan Norana Wan Adnan, 41.

Katanya, kejadian kehilangan itu berlaku Isnin lalu dalam tempoh tidak sampai 10 minit ketika kali terakhir dia berjumpa suaminya, Rasidi Jali, 41, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Wangsa Melawati.

“Suami menelefon saya ketika di sekolah dan mengadu dia tidak sihat lalu bergegas pulang ke rumah di Setapak untuk melihat keadaannya. Sebaik tiba, suami memberitahu ingin pulang ke kampung ditemani adiknya.

“Saya turun kerana mahu ke sekolah menguruskan cuti dan kurang 10 minit selepas itu adik ipar pula memberitahu dia tidak dapat menghantar kami ke kampung lalu saya naik semula ke rumah.

“Sampai saja di rumah saya terkejut apabila mendapati suami tiada di rumah selepas puas memanggilnya. Saya terus mencarinya di sekitar kawasan pangsapuri, namun gagal,” katanya ketika datang ke Balai Berita semalam.

Ibu dua cahaya mata berusia 13 dan 14 tahun itu kemudian membuat laporan kehilangan suaminya di balai polis berdekatan.

Katanya, lebih menimbulkan tanda tanya apabila suami tidak membawa wang, malah meninggalkan dompet mengandungi dokumen pengenalan diri, lesen memandu dan telefon bimbit.

Norana merayu sesiapa yang menjumpai suaminya menghubunginya di talian 017-3122193.

No comments:

Post a Comment