2010/02/08
Difahamkan, kejadian itu bukanlah insiden pertama sebaliknya kejadian susulan selain jumlah pelajar yang diserang histeria terlalu ramai sehingga memeningkan pengurusan sekolah berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan pada mulanya jumlah pelajar yang terkena histeria dalam bilangan kecil namun mula merebak lebih besar dalam tempoh tidak sampai 20 minit.
Pelajar, Farah Aida Yahya, 16, berkata kejadian itu sudah berlaku sejak malam kelmarin membabitkan beberapa pelajar tingkatan empat dan berjaya diuruskan pihak sekolah.

"Ada yang meronta tidak tentu pasal menyebabkan kami semua takut. Pada mulanya, kami nak tolong juga namun bila terlalu ramai diserang, tiada apa yang dapat dilakukan lagi," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurut Farah Aida, ibu bapa pelajar yang terbabit datang mengambil anak mereka untuk berubat.
"Keadaan mula reda kira-kira jam 5 petang apabila penghuni asrama pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Ain, 17, berkata kejadian histeria itu paling besar sejak setahun lalu kerana membabitkan ratusan pelajar dalam satu masa.
"Kejadian histeria sudah beberapa kali berlaku sebelum ini namun hanya membabitkan beberapa pelajar dan boleh diredakan dalam masa yang singkat.
"Namun, kali ini keadaan menjadi huru-hara kerana ia membabitkan ratusan pelajar sehingga sukar dikawal," katanya.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang menghubungi pihak pengurusan sekolah terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu gagal.
Nota: Semua gambar adalah hiasan semata-mata
Nota: Semua gambar adalah hiasan semata-mata
Itu la kesannya jika terlalu banyak program Tv yang menayangkan tentang cerita2 tahyul ni..hampeh punya kementerian penerangan, nak cari untung saja tanpa pikir kesan kepada rakyat marhain....
ReplyDelete