Monday, February 8, 2010
6 Sekeluarga Rentung
Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi, selamat dikebumikan malam ini. Dari kiri : Norfadilah Isnin, 32 (wife), Muhammad Hanif Iman, 6, Nurul Natasha Huda, 11, Muhammad Danial Iskandar, 10 dan Suhaimi Ghazali, 41 (suami).(Adi Putra tiada didalam gambar)
Pengarah Urusan Fadhilat Herb, isteri, 4 anak disahkan rentung
SEREMBAN: Pengarah Urusan Fadhilat Herb, Suhaimi Ghazali, isteri dan empat anak mereka disahkan rentung dalam kemalangan di Kilometer 252 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Senawang, awal pagi tadi.
Selain Ghazali, 41; isterinya Nor Fadilah Senin, 32; serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10; Mohd Hanif Iman, 6; dan Adi Putra, 2.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah, berkata mayat semua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi itu, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja''afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler.
Sementara itu, bapa saudara Allahyarham Suhaimi, Nowawi Johari, 60, yang ditemui di bilik mayat HTJS berkata beliau mendapat berita itu apabila salah seorang kakitangan Fadhilat Herbs menghubunginya pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.
"Mereka sekeluarga bertolak dari Melaka untuk bercuti dan berjumpa stokis di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada Sabtu lepas, dan kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka.
"Kemalangan itu sungguh menyayat hati kerana yang meninggal dunia melibatkan Suhaimi, isteri dan semua empat orang anak mereka. Kali terakhir saya jumpa arwah Suhaimi Jumaat lepas," katanya.
Allahyarham Suhaimi adalah pengasas dan pengarah urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd manakala isterinya adalah pengarah kewangan syarikat itu. Kilang syarikat itu yang mempunyai 35 orang petugas, terletak di Teluk Mas, Melaka dan telah beroperasi sejak dua tahun lalu.
Pengurus pentadbiran syarikat itu Siti Aishah Senin, 25, berkata Allahyarham Suhaimi dan isterinya sangat rapat dengan pekerja mereka. - Bernama
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment