3 pelajar perkosa, sula hingga pengsan
2010/02/17
KUALA LUMPUR: Kejam adalah istilah paling tepat menggambarkan tindakan tiga lelaki yang bukan hanya memperkosa seorang wanita bergilir-gilir, malah turut menyula mangsa dengan kayu hingga pengsan akibat kesakitan.
Difahamkan, kumpulan penjenayah yang juga pelajar berusia awal 20-an berkenaan sengaja mencucuk kayu ke bahagian dubur mangsa dipercayai bagi mendapat keseronokan selain menyeksa mangsa. Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berkata kumpulan penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan berkeliaran mencari mangsa di sekitar Pandamaran, Klang, sebelum cuba menculik seorang gadis jam 5.30 pagi kelmarin.
Menurutnya, dalam cubaan pertama itu, gadis yang hampir menjadi mangsa terbabit berjaya menyelamatkan diri. “Dalam cubaan seterusnya sekitar jam 6 pagi hari sama, suspek menyerang seorang wanita berusia 35 tahun yang ketika itu berada di tepi jalan,” katanya. Menurutnya, suspek yang menaiki kenderaan kemudian membawa mangsa ke kawasan belukar sebelum memperkosa mangsa bergilir-gilir.
“Tidak cukup memuaskan nafsu dengan memperkosa mangsa, suspek turut mengambil kayu sebelum memasukkannya ke bahagian dubur mangsa.
“Tindakan terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesakitan sehingga pengsan,’ katanya.
Menurutnya, pada masa sama mangsa pertama yang hampir diculik dan diperkosa membuat laporan polis sebelum pihak polis segera menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.
“Usaha polis akhirnya berhasil apabila dua daripada penjenayah itu berjaya diberkas polis pada hari sama di sekitar daerah Klang,” katanya.
No comments:
Post a Comment