Sunday, January 31, 2010
Pelajar kemalangan
Pagi nie seperti biasa selepas selesai menghanyar anak ke rumah pengasuh, aku terus drive kereta datang sekolah. Sambil-sambil drive aku terdengar sirens ambulans di pekan Langgar so aku pn bagi laluan kepada ambulans tu.. Aku anggap mungkin ada eksiden di depan x xpun di jalan langgar menghala ke pokok sena.. dari jauh aku melihat ambulans membelok masuk ikut jalan Titi Deris..Aku dengan selamba jea, lepas Lampu Isyarat Hijau, aku terus membelok ke arah jalan titi deris menghala ke sekolah.. Dari jauh aku nampak ambulans behenti dekat kedai basuh kereta Fuad, eksiden kt sini rupanya..jalan dah semakin sibuk dan jem kerana semua memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kejadian. aku melihat cikgu hamidah dan cikgu mashitah ada dekat kemalangan itu. Mungkin pelajar sekolah aku yang eksiden kot. Aku terus memberhentikan kereta aku dekat kedai Rifqi Jaya dan terus ke tempat eksiden. Aku bertanyakan pada cikgu Hamidah dan cikgu mashitah, mereka memberitahu bahawa dua org pelajar telah kemalangan dengan dua pekerja swasta Hospital Bahiyah. Dua mangsa cedera yang agak teruk manakala dua lagi cedera ringan. Aku melihat pada motorsikal, kalu tgk keadaan motorsikal teruk jugak dan mungkin dipandu laju..Semua mangsa telah dibawa ke hospital oleh Ambulans. Dua pelajar yang terlibat ialah seorang pelajar tingkatan 3 dan seorang lagi pelejar tingkatan 5..Aku ada satu pesanan kepada semua pengguna jalanraya, sentiasalah mengambil langkah-langkah keselamatan dan patuhi undang-undang jalanraya.
Labels:
Laporan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment