Alhamdulillahirabbil 'alamin. Segala puji bagi Allah. Syukur kerana dipanjangkan umur kita semua.
Hari ini 29 Januari 2010 genaplah 23 tahun aku mendirikan rumahtangga bersama isteri aku tersayang. Itu mengikut takwim Masehi. Kalau ikut takwim Hijriah, dah lebih 23 tahun kot. Tak kisahlah mana-mana takwim sebab masa itu tak ada sapa2 pon yang ingatkan aku akan tarikh Hijriah. Jadi aku gunakan tarikh Masehi.
Jika dibilang hari, sudah lapan ribu empat ratus dua (8402) hari aku bersama-sama isteriku. Susah senang, suka duka kami alami bersama. Bila dah berumahtangga rezeqi mencurah-curah. Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan kami 8 orang cahayamata. Empat lelaki dan empat perempuan.
Ini gambar hiasan saja. Aku cilok dari web sapa2 tah!
Tapi masa aku kawin dulu pun pakaian putih sedondon
Kebetulan kereta proton saga aku tu pula nombor pletnya 4114. Ngam sungguh. Empat di kiri dan empat di kanan. Nombor 1 dan 1 di tengah-tengah tu maksudnya aku dan isteri aku. Tapi jangan percaya sangat tahyul ni. Boleh bawa syirik.
Kereta proton saga tu dibeli tahun 1992, first hand. Entah macam mana aku minta penjual tu ambil nombor 'kapit', sebab nombor plet kereta aku yang lama, mazda 323 tu 1771. Jadi nasib aku baik aku dapatlah nombor plet 4114. Lagi pun masa tu anak aku baru 3 orang. Tak adalah pula aku plan nak lapan anak. Kalau boleh sedozen! Jadi semuanya kebetulan sahaja. Sampai la ni proton saga 4114 tu masih aku guna dan baiki bila dia meragam.
Lapan orang cahayamata kami ialah Ahmad Nizamuddin (22), Ahmad Nabil (20), Ahmad Nafis (19), Auna Nazihah (17), Auna Nabihah (16), Ahmad Naufal (14), Auna Nadhirah (11) dan Auna Nasyirah (8). Nak kenal anak aku senang saja, Yang lelaki mula dengan Ahmad, dan yang perempuan mula dengan Auna.
Bagi yang lelaki ni, tak susah sangat kalau kawan-kawan depa mai rumah atau telefon. Kawan-kawan depa guna nama kedua. Tapi yang perempuan susah sikit. Keempat-empat itu kawan-kawan depa panggil Auna. Bila depa mai rumah atau telefon, kena tanyalah dulu 'Auna yang mana?'. Susah jugak tu. tapi bukan selalu sangat kawan-kawan depa telefon.
Apa aku nak cerita pasal ulangtahun pernikahan kami ni?
laa bini ajak pi popular pulak!
nanti lapang aku sambong naaa...
No comments:
Post a Comment