Histeria dalam wikipedia adalah merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.
Pakar psikiatri dan pakar perubatan lain mempunyai beberapa teori lain bagi menggantikan histeria dengan istilah yang lebih eufemistis yang bersamaan. Ini termasuk "psikosomatik", "fungsian", "nonorganik", "psikogenik", dan sebagainya.
Apakah faktor yang menyebabkan seseorang individu itu mudah terkena histeria. Pada pandangan sesetengah pihak, ia ada kaitan dengan gangguan makhluk halus, ada pendapat yang mengatakan ia hanya mainan perasaan yang tidak stabil dan ada pihak yang mengandaikan ia berjangkit kepada individu yang lemah semangat dan mudah terpengaruh apabila mereka terdengar jeritan yang menggerunkan.
Walaupun andaian dan teori yang dikemukan ada kemungkinannya, tapi adakah ia cukup tepat untuk menjelaskan tentang punca histeria. Adakah histeria itu berkait rapat dengan rasukan yang menyeramkan atau stress yang melampau hingga menyebabkan ia sukar dikawal. Semua orang tertanya-tanya apakah punca yang sebenarnya. Tetapi adakah kita sedar bahawa setiap perkara didunia ini ada awal dan akhirnya, ada masalah dan penyelesaian, serta ada penyakit dan ada obatnya. Jadi tugas kita melihat dimana letaknya masalah ini, seterusnya dapatlah kita merungkai misteri yang selama ini membelengu kita... sekadar menulis...Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.
No comments:
Post a Comment