Wednesday, January 13, 2010

Cuba Try Start Pukul 3.30 ptg

Kemaren aku balik dari Bank Islam Lebuhraya Sultanah Bahiyah, lebih kurang pukul 5.10 ptg. Aku singgah di Esso depan SMK Sultanah Bahiyah. Aku tengok punyalah ramai budak-budak pompuan dengan pakaian sukan. Memang budak-budak Bahiyah. Bila aku tanya, sorang budak bagi tau depa balik dari latihan rumah sukan.

Baru pukul 5.00 ptg dah habis latihan sukan? Tentulah depa mula awai, paling kurang jam 3.30 ptg.

Aku nampak ada baiknya jugak. Yg pertama, sesi sekolah setiap hari habis jam 2.05 ptg. Kadang-kadang ada yang sampai 2.45 ptg. Kalau budak2 balik rumah depa bukan boleh buat apa2 pon. Nak semayang Asar tak masuk waktu lagi sebab latihan mula jam 4.30 ptg. La ni waktu Asar jam 4.50 ptg.

Bagi cikgu2 pulak, bila dah sampai rumah, faham2 sajalah. Banyak kerja kena buat dan kena dibuat. Yang ada anak, masalah anak lagi. Walau pun latihan sukan cuma 2 kali seminggu, tapi maasalah anak setiap hari. Tolak hari jumaat dan sabtu saja yang kurang sebab tak sekolah dan tak ada latihan rumah sukan.

Kalau start 3.30 ptg, cikgu2 pon tak payah balik rumah. Tunggu sejam, dah start, lepas setengah 2 jam, tamat. Pukul 5.00 dah boleh pakat-pakat balik rumah. Buat kerja dan dikerjakan.

Budak-budak pon suka. Depa tak balik rumah, boleh tunggu sat di kantin buat kerja sekolah. Mak bapak yang dok tunggu hari-hari pun tak payah tunggu lagi, cuma tunggu pukul 5.ptg saja. Bila balik rumah, depa bolehlah buat kerja rumah dan kerja-kerja lain yang patut.

Tambah2 pulak macam hari ni, ada pasar malam pulak. Kalau budak2 habis latihan jam 6 ptg depa bukan sampai rumah lagi pon. Depa singgah di pasar malam dulu. Kalau balik jam 5 ptg, depa tak pi pasar malam pasai tak start menega lagi waktu tu.

Nak kata time 3.30 ptg tu rembang sangat pun dak jugak. Kan sekolah kita banyak pokok2 besar yg bagi teduh satu padang. Budak2 pompuan SMKSB pun boleh, takkan budak2 kita tak boleh? Nampak sangat kita ni lekeh segala segi.

Apa kata kita tiru seperti yang dibuat oleh SMKSB tu? Tak salahkan? Takkan malu nak tiru sekolah cemerlang macam SMKSB tu? Apa ada sekolah kita? Tiru benda baik bukan rugi pun. Lagi pun kalau tiru, takkan Rahinun sampai hati nak saman The Rockers?

Try la, banyak manafaatnya.
(macam iklan kopi cap kapal api pulak)

1 comment:

  1. memang la poko tu banyak..tapi banyak juga yang dah kena potong... potong jangan la la tak potong..potong..potong..potong..macam iklan P1 Wimax...he2..sapa kata?..R S

    ReplyDelete