Minggu lepas beria-ria benar pihak sekolah nak berikan anugerah awal tahun kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman, selain dari ujian PMR 2009 yang lalu.
Minggu lepas, aku didatangi Cikgu Norolhuda bertanyakan siapa pelajar yang difikirkan layak untuk diberikan anugerah tersebut. Aku tanya "untuk apa?". "Pengetua nak bagi hadiah cemerlang" jawabnya ringkas. Dia minta pelajar cemerlang matematik. Aku berikan satu nama sahaja yang sememangnya layak untuk diberikan penghargaan.
Tapi hari ini tak ada pula anugerah tersebut. Yang ada anugerah untuk pelajar cemerlang PMR dan Panitia cemerlang.
Apa pentingnya memberikan penghargaan seperti itu kepada panitia-panitia? Apa faedah yang dapat? Aku rasa itu semua tidak membantu kepada peningkatan akademik pelajar. Kalau hadiah untuk pelajar itu boleh diterima akal.
Jika diberikan kepada panitia cemerlang, apakah ada panitia yang merosot atau tidak cemerlang? Di mana sikap kerjasama yang selalu dilaung-laungkan? Adakah pemantauan yang dilakukan sebelum ini ada mendapati panitia yang tidak menjalankan tugas?
Sebenarnya semua panitia bekerja untuk kejayaan pelajar. Panitia itu sendiri adalah guru-guru juga. Ada juga guru-guru yang menganggotai lebih dari satu panitia. Apa instrumen yang digunapakai untuk mengukur kejayaan seseorang guru?
Adalah lebih baik anugerah cemerlang itu diukur dari segi kualiti dan bukan dari segi kuantiti atau peratus lulus yang dibuat seperti sekarang.
No comments:
Post a Comment