Monday, April 26, 2010

Ulasan Perlawanan Bolasepak PKR vs BN & CO

Ulasan Perlawanan Bolasepak antara Pasukan ADIL menentang Barisan Nasional & CO di Padang Hulu Selangor.

Nama Pertandingan : Piala Parlimen Hulu Selangor (p094) - 2010

ADIL VS BN & CO

Pengadil Pertandingan : SPR
Penjaga Garisan 1 : PDRM
Penjaga Garisan 2 : Media Perdana
Pengadil Simpanan : FRU
Kordinator Pertandingan : SB

Jumlah Penonton : Rakyat 1Malaysia (kononnya)

Kita ikuti ulasan selari bersama Hasbullah Awang.

Assalamualaikum.

Salam bahagia.

Salam 1 Malaysia.

Kami bawakan anda semua siaran langsung dari Padang KKB untuk menyaksikan Pertandingan Akhir merebut Piala Parlimen Hulu Selangor P094 2010.

Anda saksikan betapa ramainya penonton yg membanjiri kawasan dan jajahan parlimen Hulu Selangor untuk menentukan siapakah yg layak merebut Piala yg paling dinantikan pada tahun ini dan kita dapat lihat siapakah yang akan berkembang lubang hidung menjulang Piala Parlimen Hulu Selangor ini.

Pasukan ADIL yang merupakan Juara Bertahan akan menentang Pasukan BN & Co yg merupakan Juara Rakyat (kata depa la..)

Walaupun sudah 9 kali pertandingan seumpama ini diadakan dan BN & Co tewas 7x dan menang 2x, namun kali ini lebih meriah, lebih byk gula2, derma, sedekah, errr.. rasuah yang ditaburkan kpd penonton di Hulu Selangor khususnya dan rakyat 1Malaysia amnya..

Harus diingat ..!!! Pertandingan kali ini akan menentukan jatuh bangunnya Pasukan BN & Co yang diwar warkan sebagai Jaguh Rakyat..

Kita lihat barisan pemain bagi pasukan BN & Co..

Penjaga gol : Katak2 Melompat

Barisan pertahanan : Pemuda-pemuda & Puteri UMNGOK, Tun M nampaknya diturunkan pada mlm ini walupun dilaporkan beliau mengalami kecederaan parah dihatinya akibat dibaling selipar oleh Sami NoValue ketika sesi latihan kelmarin. Sami juga diturunkan pada malam ini.

Midfielder : Mat Sembam, Brahim Perkasa, CSL (bkn Henpon) dan Rais Yatim

Serangan : P.Kamal Bin Nathan akan berpasangan dengan ketua pasukan Najibtuya. walupun diberitakn beliau akn berpasangan dengan G.Palanovel. Namun G.Palanovel tidak disenaraikan kerana sedang menjalani pembedahan otak akibat tekanan perasaan.

Jurulatih merangkap pengurus pasukan BN & Co iaitu APCO merangka strategi khusus utk memerangkap pemain pasukan ADIL yg dibimbing oleh Mursyidul Am PAS Dato Hj Nik Aziz Nik Mat yg diberitakn baru pulang dari Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah...

Senarai pemain ADIL yg merupakan Juara Bertahan Piala Hulu Selangor ini adalah seperti berikut :

Penjaga Gol : Pemuda PAS, DAP & KeADILan

Pertahanan : Bloger2 Pakatan Rakyat

Midfield : Ustaz Nasharuddin, Lim Kit Siang, Tian Chua, TS Khalid

Serangan : DS Zaid Ibrahim & DS Anwar Ibrahim

Jika dilihat senarai pemain kedua dua pasukan nampak seimbang disemua posisi kecuali pertahanan BN & Co yg mana jika Tun M tersilap langkah err kata2 akan menyusahkan pasukan BN & co. begitu juga dgn Berahim Perkasa yg dilihat semakin melalut permainannya.

Barisan serangan BN & Co dilihat bgtu ampuh (kata juak2 BN).

Najibtuya baru sahaja mendapat suntikan semangat dari pertemuan dgn pemain yg berpengkalan diluar negeri iaitu Barak Obama.

Barisan pemain ADIL seimbang disemua posisi yg mana tiada masaalah kecederaan melanda pasukan. Cuma dikhuatiri pemain2 ADIL khususnya dibahagian serangan akn terkena serangan hendap berunsur fitnah durjana dari Barisan BN & co.

Apa pun..

Saudara saudari..

Permainan dimulakan oleh Pengadil SPR sambil dibantu oleh PDRM dan Media perdana.

Pengadil simpanan iaitu FRU mengambil langkah berjaga2 sekiranya SPR mengalami sesak nafas ditengah padang.

Ye itu dia serangan awal dilancarkan oleh pasukan ADIL menerusi gandingan mantap DS Zaid & DS Anwar.

Walupun pemain2 BN & Co kerap melakukan terjahan keras dari belakang namun ianya dipandang enteng oleh SPR.

Penjaga Garisan PDRM kerap menyalahkan pemain ADIL walaupun tidak berada dalam kedudukkan offside.

Serangan pasukan BN & Co mudah dipatahkan oleh Bloger2 PR.

Ini menimbulkan perasaan kurang senang penjga garisan 2 iaitu media perdana.

Agak pelik kerana media perdana mengangkat bendera tanda offside kepada pertahanan ADIL walupun bola tidak berada di kaki pertahanan ADIL.

Permainan masih diteruskan dengan barisan tengah BN & Co. cuba menghantar bola kepada penyerangnya namun mudah disekat oleh pemain tengah pasukan ADIL.

Sehinggakan penyerang utama pasukan BN & Co. Kamal Bin Nathan terpaksa mencium tgn Mat Sembam utk meminta bola. (sampai gitu sekali..??)

Penyokong masih menanti debar gol pertama kedua2 pasukan. Kebykan adalah penyokong ADIL dari Felda2, Bandar KKB memenuhi stadium manakala BN & Co terpaksa mengimport segenap jentera kerajaan bagi memberi sokongan moral (bermoral ke BN ni..?) kpd BN.

Penjaga gol BN & Co dilihat tidak senang duduk selepas melompat kesana sini kerana takut tiada habuan selepas tamat permainan ini.

Sami NoValue diberitakan akan bersara sekiranya pasukan BN menang kali ini.

Manakala Tun M dilihat masih diberi kepercayaan walaupun dah nyanyuk dan semput.


Itu dia serangan dari pasukan ADIL. Bola dihantar tepat kepada DS Anwar yg membawa bola dgn penuh skill dan merembat tepat isu Yahudi ke gawang BN dan GOLLLLLL....!!!

Namun penjaga garisan yg mengadili garisan sebelah ADIL pulak mengangkat tanda offside.
Pelik..???

Pengadil SPR pula dlihat sibuk mengeluarkan nama2 pengundi serta mengimport pengundi hantu utk memenuhi HS.

Namun itu tidak mematahkan semangat pemain ADIL melancarkan serangan menerusi ceramah2 yg diadakan, isu kapal selam, isu TBH, isu rasuah pemain BN dan juga yg paling tak dpt ditahan oleh pemain BN iaitu Altantuya dan isu perkahwinan terlarang UMNO APCO.

Pemain BN & Co agak lesu pd hari ini.

Najibtuya terpaksa menabur janji2 manis berupawang tunai supaya BN & Co boleh mencipta kejayaan kali ini.

Segala janji2 manis ditaburkan hampir seluruh pelusuk H.Sgor..

Serangan lagi dari Pasukan ADIL dan DS Anwar sekali lg merembat kencang ke gawang yg dijaga oleh katak2 melompat.

Golllll......

Namun pengadil tidak mengira jaringan tersebut kerana separuh masa pertama dah tamat walupn berbaki 15 minit lg.

Separuh masa kedua pemain BN & Co semakin lesu dan tak bermaya dimana ceramah2 yg diadakan lebih byk kerusi dari org yg hadir.

Pemain ADIL masih meneruskan serangan. BN & co dilihat lebih sibuk mendptkan nasihat dari Jurulatih ditepi pdg iaitu APCO dari menjawab serangan ADIL.

Ketiga2 pengadil pd hari ini dilihat lebih memihak kepada BN & Co walaupn jelas BN menyalahi byk peraturan pertandingan terutama isu rasuah.

Kodinator pertandingan iaitu SB dilihat lebih menumpukan kepada pergerakan pemain ADIL.
Sementara FRU dalam keadaan berjaga2..

Permainan hampir tamat dan masa kecederaan diberikan pengadil iaitu SPR agak panjang supaya lebih byk tong2 yg dimpot tah dari mana dapat membantu kemenangan BN.

Pemain ADIL telah menunjukkan semangat yg tinggi walupn mereka sedar akan kalah akibat ketidaktelusan pengadil2 pertandingan.

Preeeettttttt.... tu dia pengadil, SPR telah menghembuskan wisel penamat. sepatutnya pasukan ADIL telah menjaringkan 2 gol namun tidak dikira.

Penguasaan perlawanan dilihat ADIL menguasai 80% permainan tetapi SPR mengistiharkan BN menang kerana undi pos + undi hantu dan ditolak pengundi yg telah dipindahkan kemana2 hala.

BN menjulang Piala Parlimen Hulu selangor dgn bantuan pengadil dan juga pitih (yg dijanjikan) . Sebanyak 60juta telah ditabur bg BN memenangi perlawanan ini.

Pemain ADIL berjalan keluar dgn megah kerana berjaya memberikan saingan sengit apabila undi ADIL meningkat dari Grand Final 2008.

Kepada pasukan BN..

Tahniah diucapkan kerana korang menang dalam kalah.

Tahniah diucapkan kepada ADIL walupn kalah tp korang kalah bermaruah.

Terima kasih kepada semua penonton yg menonton siaran secara langsung atau tidak langsung. Majulah Demokrasi utk semua.

Assalamualaikum.

1 comment: