Pelajar boleh dapat sijil berhenti sekolah baru
2010/04/01
ALOR STAR: Seramai 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan yang dilabel pelajar tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah diminta hadir semula ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan salinan sijil baru.
Difahamkan selepas berita itu didedahkan akhbar ini kelmarin, beberapa pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Yan diarah ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah terbabit. Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, berkata perkara itu sudah diselesaikan kerana beliau sudah mengarahkan pihak sekolah mengeluarkan sijil berhenti sekolah baru kepada pelajar terbabit. “Ia sudah selesai dan kita harap pelajar mendapatkan sijil berhenti sekolah baru. Mungkin ketika ini sekolah menghadapi masalah untuk menghubungi sesetengah pelajar, oleh itu saya harap mereka boleh datang berurusan,” katanya.
hmm.. kalo macam ni, takda maknanya buat sijil berenti tu.. kalo betul budak tak bdisplin, mmg padan la tulis mcm tu dlm sijil brenti..
ReplyDeleteapa la punya tindakan JPN dan PPD ni...abis tu di sekolah x payah la ada guru disiplin dan lembaga tatatertib..sebab keputusan yang kita ambil depa tak pakai...macam la depa tau semua hal-hal disekolah...kalu dah kaki bodek, dok dimana pun asyik bodek je la..jaga nama konon..piirahh..
ReplyDeleteJika sudah di berhenti kan sekolah boleh mohon sijil Berhenti sekolah tak?
ReplyDeleteNak tnye...kalu Kita xlulus xdpt sijil SPM...Kita dot x sijil berenti sekolah..than 2014
ReplyDelete