ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berjaya menggagalkan tindakan seorang pelajar yang cuba terjun dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Syed Hassan, di Kangar, 23 April. - Utusan/FAIZAL ABU HASSAN
Bomba Perlis Selamatkan Pelajar Yang Cuba Terjun Bangunan Sekolah
KANGAR, 23 April (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis dapat memujuk seorang pelajar lelaki daripada terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya di sini pada Jumaat.
Pelajar tingkatan dua itu, yang dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas kematian bapanya kira-kira sebulan lalu, cuba terjun daripada bangunan itu pada sebelah pagi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa sejam memujuk pelajar itu.
Katanya, pasukan itu menggunakan kaedah psikologi bagi menenangkan pelajar terbabit sebelum menyelamatkannya kira-kira pukul 12 tengahari.
Setelah diselamatkan, pelajar itu tiba-tiba bertindak agresif menyebabkan kaki dan tangannya terpaksa diikat bagi menggelak beliau bertindak di luar jangka.
Pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan termasuk memulihkan tekanan perasaannya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment