Friday, April 9, 2010

Pakar ular terima 20 jahitan digigit ular

Penjinak ular terima 20 jahitan digigit ular
2010/04/09

KUANTAN: Seorang penjinak ular cedera teruk di tangan selepas dipatuk seekor ular sawa batik yang cuba ditangkapnya malam tadi.
Mohd Fauzi Sarwani Seman, 27, menerima 20 jahitan di bahagian tapak tangan kanannya selepas dipatuk ular berkenaan.

Katanya, ketika kejadian 9 malam tadi, dia sedang memandu kereta dan melihat seekor ular melintas jalan di Batu Enam, Kuantan, dekat sini.

"Saya kemudian memberhentikan kereta dan terus menangkap ular itu supaya ia tidak dilanggar kenderaan lain.

"Saya kemudian menangkap bahagian kepala ular itu namun terlepas kerana tangan saya licin. Saya kemudian cuba memegang bahagian tengah ular dan ketika itu, dia terus menyambar dan menggigit tangan saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, hari ini.

Mohd Fauzi Sarwani berkata, dia kemudian terasa pitam sehingga seorang wanita datang membantu dan menghantarnya ke hospital.-Bernama

No comments:

Post a Comment