PELE menempelak mereka yang memuji Lionel Messi sebagai pemain terbaik pernah disaksikan dalam sukan bola sepak kerana baginya, bintang Argentina itu belum layak mendapat pengiktirafan berkenaan selagi belum menjaringkan 1,000 gol.
Bagaimanapun, Pele yang memenangi tiga kejuaraan Piala Dunia bersama Brazil, belum bersedia untuk melepaskan gelaran 'Raja Bola' kepada bintang Barcelona itu atau mana-mana pemain.
“Mereka sering cuba membandingkan seseorang dengan Pele,” kata legenda berusia 69 tahun itu. “Tapi saya sering membuat jenaka dengan rakan-rakan saya dari Argentina bahawa mereka perlu memilih dulu siapa pemain terbaik dari Argentina.
“Kemudian, apabila seorang daripada mereka menjaringkan 1,000 gol, barulah kita boleh memulakan bicara (membandingkan dengan dirinya).” Pele menjaringkan 1,280 gol dalam 1,363 perlawanan termasuk beberapa pertemuan persahabatan, tapi rekod jaringan sebanyak itu mungkin sukar untuk dilihat sekali lagi berlaku.
Selain empat gol menentang Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini, Messi juga menjaringkan gol buat Barcelona ketika mengalahkan Real Madrid 2-0 dalam perlawanan El Clasico, Sabtu lalu.
Ia membolehkannya mengumpul sebanyak 133 gol setakat ini dalam karier pada peringkat senior, termasuk 42 gol musim ini buat kelab dan negaranya.
Di sebalik mempertahankan statusnya, Pele tetap mengagumi Messi dan mengimbau bagaimana tiga tahun lalu dia meramalkan pemain bergelar 'The Flea' itu akan memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
“Messi tidak menang (pada 2007), tapi saya masih ingat pernah berkata kepadanya, “anda akan memenanginya selepas ini”,” kata Pele. “Ia mengambil masa sedikit, tapi akhirnya dia menang. Dia pemain hebat.
“Dia bermain dengan cemerlang buat Barcelona, tapi gagal mempamerkan bakat sebenarnya dengan pasukan kebangsaan Argentina. Mungkin dia akan melakukannya pada Piala Dunia. Kita tunggu dan lihat.” Apa yang pasti pandangan Pele berbeza dengan bintang bola keranjang Los Angeles Lakers, Kobe Bryant.
“Dia pemain paling hebat pernah saya saksikan,” katanya. “Apa yang membuatkan saya tambah kagum ialah dia sebagai pemain terbaik dunia tidak pernah berhenti mencipta gerakan yang tidak pernah saya lihat.
“Messi pemain yang amat kreatif dan anda tidak akan tahu apa yang akan dilakukannya. Dia mencipta keseronokan buat peminat setiap kali menyentuh bola,” katanya.
Messi x boleh nak dikatakan hebat lagi jika dia x boleh nak pimpin Argentina pulang dgn piala Dunia di Afrika nanti. Cuba kita bandingkan dgn legenda dunia seperti Pele, Beckenbaeur ( The Kaiser ), Maradona, dan Zidane. Mereka mampu menjadi mastermind kpd pasukan untuk julang Piala Dunia. Pele bawa Brazil julang Piala Dunia 3 kali ( 1954,62,1970, The Kaiser bawa Jerman Barat julang piala 1974, Maradona bawa Argentina piala 1986. Zidane bawa Peranchis julang piala pertama kali pada 1998. Jadi mana letaknya Messi..Dia main dgn Barca boleh la sebab ramai pemain bagus ada dalam team tu..tengok dia main dgn Argentina,mcm hampeh! lansung x jadi..
ReplyDelete