Tuesday, April 6, 2010
Terima Seadanya ( Syukur )
Aku tertarik dengan beberapa isu yang berlaku sekarang di sekolah..Antara isunya ialah
a) Perbedaan Sekolah
aku baru berkecimpung dalam dunia pendidikan ini baru 7 tahun..Baru mengajar di dua buah sekolah..Isunya ialah ada di antara kita ialah suka membuat perbandingan dengan sekolah lama kita..Bagi aku ianya tidak berapa sesuai untuk di bangkitkan kerana kita harus ikut pepatah, masuk kandang kambing kena mengebek, masuk kandang harimau kena mengaum..Kita sepatutnya bersyukur dengan tempat kerja kita..Kalau asyik kondem murid sendiri umpama kita kondem diri kita sebabnya kita adalah guru di situ..Aku kagum dengan guru-guru yang berpengalaman kerana mereka cool dengan perangai dan tingkahlaku pelajar..Jika kita sudah set mind negatif pada pelajar, hasilnya kita datang ke sekolah pun dalam keadaan tekanan..Cuba bayangkan jika kita di tugaskan di sekolah yang keadaan disiplin amat teruk..Mau jadinya terus isi borang resign ataupun pencen awal agaknya..
b) Ukur Baju Sendiri
isu ini lagi la hebat, kita tidak boleh menyamakan zaman persekolahan kita dengan zaman semasa..Macam-macam lah takrifan bahawa pelajar sekarang teruk, itu tidak dinafikan 100 % kerana zaman berubah..Zaman dulu mana ada handphone, sekarang ini boleh dikatakan setiap pelajar ada handphone..Ianya selari dengan peradaran waktu cuma kekadang rohani itu yang tidak di isi sebaiknya..
c) Sosial Di Tempat Kerja
Ini isu yang paling meruncing pada pandangan aku..Kalau salah harap maaf..Banyak wujud geng-geng( puak-puak ) dalam organisasi sekolah..Mungkin aku juga termasuk dalam kelompok itu..hehe..Untuk menghukum seseorang atau lebih tepat lagi mengumpat,
kita kena lihat sosial budaya rakan sekerja kita..Ada rakan-rakan kita yang mempunyai masalah keluarga, apabila sesuatu tugas diberikan dan dia tidak dapat melaksanakan semaksimunnya, maka kita janganlah terus menghukumnya..Perlu ada toleransi dalam sesuatu organisasi..Aku tidak mengatakan yang aku ini bagus dan bertoleransi, aku pun termasuk dalam golongan ini juga cuma biarlah berpada-pada..
Apa jua tulisan dan pandangan di atas adalah pandangan umum sahaja dan bukanya untuk menghentam sesiapa..Yang baik tetap baik, yang buruk tetap buruk..Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..Yang baik datang dari Tuhan Yang Esa, Yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri..
TAMAT....10am
Labels:
Isu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
..masa saya di kolej, blaa blaaaa....
ReplyDelete..masa saya di mergong, blaaaaa, blaaaaaaa....
mcam pernah dengar la!
sapa agaknya....
ungkit yang sekolah lamanya best dr sekolah semasa itu adalah sesuatu kekecewaan juga. mereka2 ini tidak punya 'guts' untuk menghadapi jenis dan keadaan manusia yang berbagai ragam, tapi masih mendabik dada merekalah yg terhebat!
macam2 wajah cikgu.. kahakahakahaaaa
u r rite anak cucu! mungkin belum adapt dengan environment baru kot... bg la dia masa... hehe!
ReplyDeleteitulah manusia nak yang baik2 saja..yang buruk, hodoh,bermasalah jadi bahan gurauan dan kutukan...tapi adakah kita cuba tengok diri sendiri...apakah sumbangan kita untuk memulihkan keadaan..setakat cakap saja x jalan daaa....
ReplyDeletekutuk saja mmgla senang.. tapi cikgu yang kene ugut, biadap dan kene lukis gambar bogel bagai, kompem la kutuk students lagi rapattt! bukan nak kutuk suka2, tapi sbb dah kene kat diri sendiri..
ReplyDeleteu ols bayangkan, orang lukis gamba bogel bini u ols n paparkan kat umum siap nama bini u ols.. u ols tak kutuk ke orang mcm tu? ke u ols lagik suke? hahaha! tepuk dada tanya selera..
nak pulihkan keadaan pun payah. stakat pangge PPD mai, mcm takde perubahan jugak! hmm.. sket2 tu adala.. amik masa kot..