Wednesday, April 7, 2010

MU menang tapi tak layak

Pemain2 Bayern Munich meraikan kejayaan mereka ke separuh akhir Liga Juara2 Eropah walau pun tewas kepada Manchester United 3-2. Bayern layak dengan jaringan gol tempat lawan

Pagi2 buta tadi aku meluangkan masa untuk tengok game quater final European Cup Champion League antara Manchester United (MU) dengan Bayern Munich (BM). Mula-mula tu saja nak layan anak aku yang tengah bercuti, sebab dia minat sangat Kelab MU ni.

Dari petang kelmarin aku bagi tau dia yang MU tak boleh masuk semifinal. Dia tak percaya saja. Aku mestilah pilih yang opposite team, baru ada fight sikit.

Jam 2.00 pg tadi dia masih segar lagi melayan internet, sambil tunggu game yg dijangka pukul 2.45pg. Bila start line-up players, aku tengok dia dah tidoq, hahaaaa... Aku pun mengantuk jugak, tapi nak layan sat game ni.

MU yg bermain di laman sendiri bermula dengan garangnya. Masuk minit ke-3 MU mendapat gol pertama menerusi pemain Gibson. Riuh rendah stadium Old Trafford.

Sedang pemain BM masih terpinga-pinga, masuk pula satu gol di minit ke-7 menerusi Nani. Lagi gegak gempita stadium tersebut. Dalam hati aku berkata "kenala aku kali ni, anak aku mesti suka punya, sebab jangkaan aku meleset.

Sememangnya MU memerlukan kelebihan 2 gol untuk melayakkan diri ke semi final. Jika keputusan 1-0 pun sudah cukup. Tapi aku agak MU buat silap bila menjaringkan gol ke-2, sebabnya pihak lawan akan bermatian2 mendapat gol 'tempat lawan' atau away goal untuk menjadikan kedudukan seri.

Di tv, ditayangkan penguasaan bola MU 69%, BM 31% sehingga 25 minit pertama. Memang aku tengok pemain2 BM pening lalat dengan permainan pantas MU ketika itu.

Selepas 25 minit barulah pemain2 BM mendapat rentak permainan mereka yang sebenar. Tetapi ketika itu kedudukan sudah 2-0 yang akan menyingkirkan mereka. Mereka perlu mencari sekurang-kurangnya 1 gol untuk menyamakan kedudukan selepas permainan di Germany, mereka menang 2-1.

Tiba-tiba di minit ke 41, BM dikejutkan pula oleh satu lagi jaringan dari Nani menjadikan kedudukan 3-0. Nampak gayanya harapan BM hancur pagi tadi.

Di masa tambahan separuh masa pertama, BM mendapat satu gol jaringan Bommel, menjadikan kedudukan 3-1 di mana agregatenya masih memihak kepada MU lagi.

Separuh masa pertama tamat. Game possesion MU 56% BM 44%

Masuk babak kedua, permainan kembali seimbang. Di minit 50, seorang pemain MU d'Silva dibuang padang kerana  mengkasari Ribery dari BM. Dengan 10 orang pemain, MU masih layak kerana agregat sekarang 4-3 yang memihak kepada MU dan MU menggunakan tektik bertahan, sehingga ada ketika semua pemain MU berada dalam kotak penalti mereka mengekang asakan bertali arus pemain BM.

Beberapa pertukaran pemain dibuat oleh kedua belah pihak. Wayne Roodney antara pemain MU yang dikeluarkan. Permainan MU nampak perlahan dan banyak bertahan. Sekali sekali ada juga mereka membuat serangan balas, tetapi tidak ke mana.

MU nampaknya berpuas hati dengan kedudukan 3-1 tersebut dan berharap ianya kekal sehingga wisel penamat. Game possesion separuh masa ke-2 dah terbalik MU 39% BM 61%

Asakan bertali arus BM menghasilkan gol yang dicari2 pada minit ke-70 menerusi jaringan Robben. Kedudukan 3-2 tidak memihak kepada MU tetapi BM akan layak dengan jaringan gol tempat lawan. Pemain dan penyokong MU mula resah. Stadium tidak lagi riuh dengan sorakan penyokong MU tetapi sorakan dari penyokong BM pula yang tidak begitu ramai.

Ryan Giggs dibawa masuk untuk mencari satu gol lagi agar MU layak. Tetapi usahanya sia-sia dan wisel penamat dibunyikan. Akhir perlawanan, game possesion MU 44% BM 56%

Bayern Munich layak ke Semi Final European Cup Champions League bertemu dengan Olympic Lyon yang menewaskan Bordeaux dalam satu lagi perlawanan.

Kepada peminat2 setia MU, anda hebat tapi GAGAL, kah kah kah!
Juara Liga EPL pun belum tentu milik MU!

No comments:

Post a Comment