Saturday, January 2, 2010

Disiplin


Seperti biasa di awal persekolahan ramai pelajar yang sengaja melanggar peraturan sekolah.Guru-guru disiplin dan pengawas sekolah sibuk membuat pemeriksaan ke atas semua pelajar lelaki dan perempuan sebelum mereka bersurai ke kelas masing-masing.

Pengumuman kepada semua pelajar baru tingkatan 4 supaya berada di kafeteria untuk agihan kelas dan aduan berbangkit.

Telah ramai pelajar ditahan kerana beberapa kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan di hari pertama ini. Hampir 30 orang!

Antara kesalahan-kesalahan mereka ialah berambut panjang, gaya rambut yang tidak senonoh, rambut berekor, rambut 'trojan', rambut diwarnakan, 'side burn' ditarah panjang atau kecil. Selain itu juga ada pelajar yang memakai kasut perempuan dan berstokin pendek, ada juga yang berstokin belang-belang. Apa yang ketara ialah kurangnya pelajar yang memakai celana ketat.
Encik Ahmad dan Tuan Haji Mat Saad menggunting rambut pelajar-pelajar yang ditahan tadi. Ustaz Amran dan Encik Riduwan Nor mengawasi pelajar-pelajar lain yang ditahan itu.

No comments:

Post a Comment