Hari ini Ahad, 03-01-2010 adalah hari pertama sesi persekolahan 2010. Sidang sekolah dimulakan seperti yang dijalankan pada tahun-tahun sebelumnya iaitu mengadakan perhimpunan pagi.
7.25 pagi
Persekitaran sekolah ceria. Pejabat terang benderang. Puan Iswati duduk di tempat kebiasaannya, Encik Asrar sibuk melayan guru-guru, Pengetua di biliknya menulis sesuatu. PK1 HEM tersenyum ceria.
Seperti biasa juga, pelajar sekolah tidak ramai yang bersedia beratur di laman perhimpunan. Mereka masih menunggu untuk dijemput.
7.40 pagi
Cuaca agak mendung. Tiada sinar matahari dipagi ini. Pelajar sudah ramai berpusu-pusu ke laman perhimpunan dan membentuk lajur-lajur mengikut kelas masing-masing.
7.50 pagi
Guru-guru lelaki dan perempuan tidak ramai kelihatan yang turun ketika i ni, mungkin masih berbual-bual dan bertegur-sapa setelah sekian lama tidak bersua. Guru disiplin, Cikgu Ahmad dan CikguMat Saad pula sibuk mengarah pelajar supaya berada di dalam lajur masing.
7.55 pagi
Kelihatan sudah ramai guru mengambil tempat duduk masing-masing. PK HEM sahaja yang kelihatan turun ke bawah. 2 orang guru kanan sudah mengambil tempat. Di tempat duduk guru lelaki, masih tidak ada sesiapa yang mengambil tempat, mereka masih berdiri di bawah pentas. Beberapa tetes hujan kelihatan di atas simen kaki lima. Apakah perhimpunan pagi akan dibatalkan?
8.00 pagi
Cikgu Ahmad membuat pengumuman menjemput semua guru mengambil tempat di atas pentas. Pengetua dan PK1 turun ke bawah. Tetes-tetes hujan masih kelihatan. Semua orang telah mengambil tempat masing-masing. Setelah itu lagu kebangsaan 'Negaraku' dimainkan dan semua tegak berdiri.
8.05 pagi
Perhimpunan dimulakan dengan pengacara menjemput pembaca doa. Doa dibaca dan diaminan oleh semua. Selesai doa, PK HEM memberikan ucapan alu-aluan kepada semua pelajar dan guru. Beberapa nasihat dan peraturan sekolah disebut agar pelajar sentiasa mengingati dan akur setelah sekian lama bebas dari kongkongan aturan sekolah.
Ucapan aluan Pengetua kepada semua pelajar dan guru. Antara yan g disebut ialah kemerosotan ketara keputusan PMR 2009, dengan memberikan alasan tahun lalu banyak perkara-perkara yang menggangu pengajaran dan pembelajaran bermula dari suku ke-2 lagi sehinggalah kepada hari peperiksaan PMR. Harapan pengetua bagi calon PMR tahun ini supaya dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik dari tahun 2009.
Pengetua juga membayangkan sekolah ini akan dikategorikan dalam sekolah-sekolah pemantauan intensif. Selain itu juga, beberapa nasihat umum dituturkan kepada pelajar.
8.40 pagi
Selesai ucapan pengetua, dimainkan lagu-lagu patriotik, lagu sekolah, lagu Jabatan dan lagu Negeri Kedah. Perhimpunan selesai.
No comments:
Post a Comment