terdapat rombakan kecil apabila ada guru yang bertukar ganti.Apa yang boleh disimpulkan ialah, penggubal jadual waktu sekolah ini tidak mampu menjadikan jadual waktu itu suatu yang dinamik dan memuaskan hati semua klien.
Sesi rehat hari ini seperti tahun-tahun lalu juga. Pelajar-pelajar ke kafeteria untuk membeli makanan. Ramai pelajar perempuan lebih gemar membeli makanan ringan dan makan di pondok-pondok rehat yang disediakan.
Kelihatan ramai waris yang datang untuk mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah ini masih berurusan di pejabat. Ada juga waris yang datang untuk membelikan peralatan sekolah anak-anak mereka di Kedai Koperasi sekolah tetapi hampa kerana kedai koperasi hanya dibuka pada waktu rehat sahaja.
No comments:
Post a Comment